Tarik Kalat
1. PERATURAN AM
1.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang permainan gabungan Tarik Kalat Antarabangsa yang berkuatkuasa ketika ini.
1.2. Sekiranya timbul perselisihan/persoalan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.3. Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan atau undang-undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-
1.3.1. Semua kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN AM PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2009.
1.3.2. Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-Undang dan Persatuan Tarik Kalat Negara Brunei Darussalam.
1.3.3. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan pertandingan Tarik Kalat PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009 adalah muktamad.
2. TARIKH PERTANDINGAN
6hb Mac - 13hb Mac 2010
3. TEMPAT BERTANDING
Padang dan Belapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
4. PENYERTAAN
4.1 Kontinjen yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang penyertaan kepada:
URUSETIA PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009.
Unit Penganjuran dan Penyertaan
Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Spg. 336-17 Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan BA1211, Negara Brunei Darussalam.
Tel: 2382911 atau 2381903/4/5 ext 1625
Fax: 2380869 atau 2380042
Email: rosfazilah@gmail.com
4.2. Penyertaan Kontinjen adalah seperti berikut:-
4.2.1. Jabatan Perdana Menteri
4.2.2. Kementerian Kewangan
4.2.3. Kementerian Pertahanan
4.2.4. Kemenetrian Hal Ehwal Dalam Negeri
4.2.5. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
4.2.6. Kementerian Pendidikan
4.2.7. Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
4.2.8. Kementerian Pembangunan
4.2.9. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
4.2.10. Kementerian Kesihatan
4.2.11. Kementerian Hal Ehwal Ugama
4.2.12. Kementerian Perhubungan
5. SISTEM PERLAWANAN
5.1. Perlawanan tarik kalat ini akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam dua (2) kumpulan (tertakluk penyertaan).
5.2. Dua pasukan yang menduduki tempat Pertama dan Kedua dalam setiap kumpulan akan masuk ke Perlawanan Separuh Akhir.
5.3. Pasukan yang menang dalam perlawanan Separuh Akhir akan bertemu dalam Perlawanan Akhir untuk menentukan Johan / tempat Pertama dan Naib Johan / Kedua. Sementara pasukan yang kalah dalam perlawanan Separuh Akhir akan bertemu bagi menentukan tempat Ketiga dan Keempat.
5.4. Pasukan yang menyertai perlawanan tarik kalat ini mestilah mengisi borang penyertaan dengan lengkap yang disediakan oleh Penganjur beserta gambar berukuran paspot bagi setiap Peserta, Pengarah, Saksi dan Pengurus.
5.5. Setiap pasukan mestilah mengandungi seramai sepuluh (10) orang peserta (Penarik), Dua (2) Simpanan, Seorang (1) Saksi dan seorang (1) Pengarah.
5.6. Berat badan terkumpul bagi setiap pasukan seramai 10 orang peserta / Penarik bagi satu-satu perlawanan tidak melebihi 800 Kilogram dan 1100 kilogram.
6. SYARAT – SYARAT DAN PERATURAN PERLAWANAN
6.1. Setiap pasukan akan mengandungi seramai sepuluh (10) orang peserta (Penarik), dua (2) Simpanan, Seorang (1) Saksi dan Seorang (1) pengarah yang akan dibenarkan berada di dalam gelanggang perlawanan bagi memberi ARAHAN kepada pasukannya.
6.2 Setiap pasukan hendaklah berada di tempat perlawan lima belas (15) minit sebelum perlawanan berlangsung. Pengurus pasukan hendaklah melaporkan kepada Pengadil jika peserta pasukannya tidak hadir atau sebarang perubahan yang tidak dapat dielakkan dan dalam tempoh tiga puluh (30) minit maka pasukan tersebut dikira KALAH dan Pengisdytiharan akan dibuat oleh Pengadil bahawa pasukan yang hadir akan dikira MENANG TANPA BERTANDING.
6.3. Peserta-peserta tidak dibenarkan memakai kasut semasa perlawanan dijalankan.
6.4. Peserta tidak dibenarkan memakai atau membawa benda-benda berat atau barang-barang yang boleh membahayakanya samaada di badan atau dalam saku dengan tujuan untuk menambah berat badannya kecuali Tali Pinggang.
6.5. Peserta yang menjadi SAUH/ANCHORMAN tidak dibenarkan melilitkan tali di sekeliling tubuhnya atau melilitkan lebih dari satu lilitan. Tali hendaklah diletakkan di bahu dan dililitkan di bawah lengan tangan sahaja.
6.6. Bagi menentukan pemilihan tempat sebelum memulakan tarikan, Pengadil perlawanan akan memanggil kedua-dua pengurus pasukan untuk membuat undian.
6.7. Tali akan diletakkan di atas tanah dan peserta-peserta akan berdiri sama ada di sebelah kiri atau kanan tali. Hanya dengan perintah Penadil sahaja tali boleh dipegang.
6.8. Masa yang diperuntukan bagi setiap pusingan selama tiga (3) minit sahaja.
6.9. Apabila pengadil mengarahkan peserta mengambil tempt untuk memulakan tarikan maka peserta aka memegang tali dalam tempoh urang satu (1) minit.
6.10. Pengadil akan meniup Wisel bagi memulakan tarikan dan kemudian akan meniup sekali lagi bagi menandakan tamat perlawanan.
6.11. Pasukan yang melanggar di bawah ini adakan dikira KALAH iaitu:-
6.11.1 Jumlah berat badan lebih dari yang dihadkan (jumlah 10 0rang peserta/ penarik iaitu melebihi 800 kilogram dan 1100 kilogram dalam satu-satu perlawanan).
6.11.2 Semasa dalam perlawanan dijalankan (DALAM TARIKAN) salah seorang DUDUK atau Baring melebihi kiraan 5 saat oleh PENGADIL.
6.11.3 Apabila peserta/penarik melepasi kedua-dua tanda memanjan di kiri dan kanan garisan (tanda sempadan gelangang) semasa perlawanan dijalankan (DALAM TARIKAN).
6.12. Semasa dalam perlawanan (TARIKAN), tidak dibenarkan peserta bertukar ganti sehinggalah perlawanan yang sedang dijalankan itu selesai.
6.13. Pasukan yang mengambil bahagian hanya dibenarkan membuat pertukaran pemain/ penarok mereka selama dua (2) orang sahaja dan hendaklah terlebih dahulu melaporkan kepda pihak Pengadil dan dibenarkan oleh Pengadil sebelum perlawanan berlangsung.
6.14. Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk membuat tarikan dalam satu-satu (MINIMUM). Pasukan yang kurang dari sepuluh (10) orang peserta/ penarik tidak akan dibenarkan berlawan dan akan dikira KALAH.
6.15. Semasa dalam perlawanan (Memegang Tali) iaitu dalam tempoh tiga (3) minit peserta-peserta / penarik-penarik TIDAK DIBENARKAN DUDUK atau BARING sehinggalah WISEL PENAMAT perlawanan ditiupkan.
6.16. Pemain/ Peserta/ Penarik yang menghidap penyakit berisiko tinggi seperti lemah jantung, darah tinggi dan seumpamanya adalah tidak digalakkan menyertai perlawanan ini.
6.17. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan terikat kepada sebarang TUNTUTAN ganti rugi jika berlaku sebarang KECEDERAAN, KEMALANGAN, KEMATIAN atau KEHILANGAN HARTA BENDA yang menimpa peserta-peserta SEBELUM, SEMASA atau SELEPAS acara tarik kalat dijalankan.
6.18. Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan samaada sacara lisan atau bertulis tidak akan dilayan baik semasa atau selepas perlawanan.
6.19. Mana-mana peraturan yang tidak terdapat dalam syarat ini maka Jawatankuasa adalah berhak mengubahsuai peraturan ini mengikut keadaan semasa untuk kebaikan bersama (jika Perlu).
7. PEMBERIAN MATA KEMENANGAN
BIL |
KETERANGAN |
MARKAH |
a. |
Pasukan yang dapat menewaskan pasukan lawan dalam masa kurang 1 minit, dengan menarik pasukan lawan sejauh lebih 7 kaki warna oren melimpasi pancang tengah (pancang tengah berada di warna putih) |
Bonus |
b. |
Pasukan yang dapat menarik lawan selepas 1 minit, atau masa perlawanan berakhir sejauh lebih 7 kaki warna oren melimpasi pancang tengah (pancang tengah berada di warna putih) |
2.5 mata |
c. |
Pasukan yang dapat menarik pasukan lawan sehingga masa perlawanan berakhir hanya sejauh 5 kaki hingga 7 kaki warnba kelabu (grey) melimpasi pancang tengah (pancang tengah berada di warna oren). |
2.0 mata |
d |
Pasukan yang dapat menarik lawan sehingga masa perlawanan berakhir hanya sejauh 3 kaki hingga 5 kaki warna kuning melimpasi pancang tengah (pancang tengah berada di warna kelabu/grey) |
1.5 mata |
e |
Pasukan yang dapat menarik pasukan lawan sehingga masa perlawanan berakhir hanya sejauh 1 kaki hingga 3 kaki warna biru melimpasi pancang tengah (pancang tengah berada di warna kuning) |
1.0 mata. |
f. |
Pasukan yang dapat menarik pasukan lawan sehingga masa perlawanan berakhir hanya beberapa inci hingga 8 inci warna merah melimpasi pancang tengah (pancang tengah di warna biru). |
0.5 mata |
g |
Pasukan yang dapat menarik pasukan lawan sehingga masa perlawanan berakhir hanya beberapa inci hingga 4 inci warna merah melimpasi pancang tengah (pancang tengah di warna putih). |
0.25 mata |
h. |
Tiada sebarang mata/markah diberikan kepada kedua-dua pasukan jika tidak ada pasukan yang dapat menarik pasukan lawan sehinga masa perlawanan berakhir warna merah masih berada di pancang tengah. |
0 mata |
i. |
Pasukan yang menang tanpa bertanding disebabkan oleh pasukan lawannya yang tidak dapat menghadirikan diri maka pasukan itu diberikan Kemenangan Percuma Tanpa Bertanding. |
1.5 mata |
8. HADIAH
8.1 Hadiah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur Seperti Berikut:
Bagi 800 Kilogram
JOHAN - 1 (14) Pingat Emas dan Sijil
KEDUA - 1 (14) Pingat Perak dan Sijil
KETIGA - 2 (28) Pingat Gangsa dan Sijil
Bagi 1100 Kilogram
JOHAN - 1 (14) Pingat Emas dan Sijil
KEDUA - 1 (14) Pingat Perak dan Sijil
KETIGA - 2 (28) Pingat Gangsa dan Sijil