Pool - 9 Ball
1. ANJURAN
1.1. Dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dikelolakan oleh Brunei Darussalam Cue Sports Association.
2. TARIKH PERTANDINGAN
6hb Mac – 13hb Mac 2010
3. TEMPAT BERTANDING
Dewan Billiards dan Snoker,Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
4. PENYERTAAN
4.1. Kontinjen yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang penyertaan kepada:
URUSETIA PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009.
Unit Penganjuran dan Penyertaan
Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Spg. 336-17 Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan BA1211, Negara Brunei Darussalam.
Tel: 2382911 atau 2381903/4/5 ext 1625
Fax: 2380869 atau 2380042
Email: rosfazilah@gmail.com
4.2. Penyertaan Kontinjen adalah seperti berikut:-
4.2.1. Jabatan Perdana Menteri
4.2.2. Kementerian Kewangan
4.2.3. Kementerian Pertahanan
4.2.4. Kemenetrian Hal Ehwal Dalam Negeri
4.2.5. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
4.2.6. Kementerian Pendidikan
4.2.7. Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
4.2.8. Kementerian Pembangunan
4.2.9. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
4.2.10. Kementerian Kesihatan
4.2.11. Kementerian Hal Ehwal Ugama
4.2.12. Kementerian Perhubungan
5. ACARA YANG DIPERTANDINGANKAN
5.1. 9-Ball Pool Team - 1 Pengurus
1 Jurulatih
4 Peserta + 1 “reserve”
Jumlah - 7 Orang
6. FORMAT PERTANDINGAN
Dua(2) “Single Match”
Satu(1) “ Double Match”
Di Peringkat awal Pertandingan akan dijalankan secara “Double Elimination”
(Race to 5 – Alternate break)
7. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
7.1. Mengikut undang-undang ASIAN Pocket Billiards Union (APBU) bagi acara POOL dan Persatuan Sukan Kiu NBD yang berkuatkuasa pada masa sekarang.
7.2. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab / tidak menyediakan alat Cue Stick.
7.3. Pihak Penganjur berhak membatalkan pemain yang didapati melanggar disiplin.
7.4. Selepas pengundian, tidak di benarkan untuk menukar / mengganti atau memasukkan nama pemain yang sudah didaftarkan.
7.5. Pemain dikehendaki untuk melaporkan diri 15 minit sebelum waktu perlawanan,jika pemain GAGAL melaporkan diri 15 minit selepas waktu perlawanan dikira menarik diri.
7.6. Setiap Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan borang perlawanan berserta nama pasukan ke urusetia pertandingan 30 minit sebelum acara dimulakan.
7.7. Pakaian - Baju Kemeja Panjang Tangan (Satu Warna).
- Seluar Panjang Warna Gelap (Jenis Seluar Jeans Tidak Dibenarkan).
- Kasut Kulit.
8. HADIAH-HADIAH
Hadiah-hadiah kejohanan sukan dart ini adalah seperti berikut:-
8.1. JOHAN - 1 (7) Pingat Emas dan Sijil.
8.2. NAIB JOHAN - 1 (7) Pingat Perak dan Sijil.
8.3. KETIGA - 1 (7) Pingat Gangsa dan Sijil.