Peraturan Am

Posted by admin

1.        PENDAHULUAN
Pesta Sukan Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam2009 merupakan gabungan antara Kejohanan Sukan Kementerian-Kementerian Negara Brunei Darussalam anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukandan Kejohanan Sukan Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awamkelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri.

Dalam usaha meningkatkan mutu Pesta Sukan Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam2009, pada tahun ini sebanyak 12 acara sukan akan dipertandingkan secara berkontinjen dengan menambah beberapa acara sukan yang difikirkan mempunyai potensi untuk berkembang terutama dari segi penyertaan dikalangan pegawai dan kakitangan Kerajaan di kesemua Kementerian-Kementerian.

Melalui sokongan dan penyertaan dari Kementerian-Kementerian, pihak Penganjur berharap kejohanan Pesta Sukan Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2009 akan terus dapat dikendalikan pada setiap tahun dengan hasrat bagi membentuk kesedaran diri para pegawai dan kakitangan Kerajaan supaya sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan cergas serta dapat menjalin semangat perpaduan dan kerjasama dikalangan Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.

2.         TUJUAN

2.1.     Untuk melaksanakan “DASAR SUKAN NEGARA” khasnya dalam “SUKAN UNTUK MASYARAKAT”.

2.2.     Untuk memajukan sukan seiring dengan pembangunan sosial ekonomi dan pembangunan kerohanian.

2.3.     Untuk memberi peluang kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan disemua peringkat dan            bahagian supaya bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan secara terpimpin dan teratur.

2.4.     Untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dikalangan Kementerian-Kementerian dan            Jabatan-Jabatan Kerajaan.

2.5.     Untuk mencungkil bakat dan meningkatkan mutu sukan khasnya dikalangan pegawai-pegawai dan            kakitangan kerajaan yang sebahagiannya terdiri daripada golongan belia yang mempunyai potensi
           untuk menjadi ahli sukan negara.

2.6.      Sebagai salah satu usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan            untuk menjadikan aktiviti-aktiviti sukan bukan hanya semata-mata untuk kecemerlangan tetapi ianya             juga untuk kecergasan, kesihatan fizikal dan mental serta perpaduan.


3.         TEMPOH PENGELOLAAN/JADUAL PERLAWANAN

3.1.      Pesta Sukan Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2009akan diadakan              bermula pada 6hb Mac 2010 hingga 13 Mac 2010.

3.2.      Jawatankuasa Teknikal Pertandingan akan menyusun jadual-jadual pertandingan dan mesyuarat              pengurus-pengurus bagi semua jenis acara Sukan.

3.3.      Beberapa acara sukan akan dijalankan lebih awal sebelum pembukaan rasmi Pesta Sukan              Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2009 tertakluk kepada jumlah              penyertaan.


4.         SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

4.1.      Terbuka kepada semua Pegawai-Pegawai dan Kakitangan di Kementerian-Kementerian dan
            Jabatan-Jabatan di bawahnya, termasuk Pegawai dan Kakitangan yang berkontrak dan bergaji hari.

4.2.      Bagi Pegawai – Pegawai dan Kakitangan yang Memangku Jawatan Bahagian II Keatas adalah             tidak di benarkan untuk mengikuti dalam mana-mana acara sukan yang dipertandingakan.

4.3.      Penuntut sekolah dan Penempatan Kerja “attachment” adalah tidak dibenarkan untuk ikut serta             dalam mana-mana acara sukan yang dipertandingkan.

4.4.      Setiap acara Sukan yang dipertandingkan akan mempunyai syarat-syarat yang tertentu yang perlu             dipatuhi.

4.5.      Acara-acara sukan hanya akan dipertandingkan berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-

            4.5.1.    Bagi sukan berpasukan minima penyertaan ialah 3 Kementerian.
            4.5.2.   Bagi acara peseorangan penyertaan hendaklah tidak kurang daripada 3 peserta.

4.6.      Setiap Kontinjen hendaklah mendaftarkan nama-nama Pegawai dan Peserta masing-masing kepada             Jawatankuasa Penganjur melalui Kementerian masing-masing.

4.7.      Atlit-atlit yang pernah mewakili Negara kekejohanan serantau dan antarabangsa adalah              dibenarkan/dibolehkan untuk menyertai pesta sukan ini.

4.8.      Semua Kementerian adalah dikehendaki untuk menghadapkan/menghantar borang penyertaan              kepada pihak penganjur tidak lewat pada  6hb Februari 2010 ke:

URUSETIA PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009.
Unit Penganjuran dan Penyertaan
Bahagian Sukan,Jabatan Belia dan Sukan,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Spg. 336-17 Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan BA1211, Negara Brunei Darussalam.
Tel: 2382911 atau 2381903/4/5 ext 1625
Fax: 2380869 atau 2380042
Email: rosfazilah@gmail.com


5.         PERATURAN TEKNIK/FORMAT PERTANDINGAN

5.1.      Semua Peraturan dan Format pertandingan Pesta Sukan Kementerian-Kementerian Sempena Hari             Perkhidmatan Awam 2009 disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dengan berpandukan kepada             undang-undang permainan dan format pertandingan yang lazimnya digunakan oleh

            Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan di Negara Brunei Darussalam ini dengan merujuk kepada             Peraturan teknikal terkini Persekutuan Sukan Antarabangsa (International Sports Federation).

5.2.      Semua jenis sukan yang akan dipertandingkan akan dikelolakan dengan merujuk peraturan terkini             Badan Gabongan Sukan Antarabangsa (International Sports Federation) dan segala percanggahan             tafsiran dan pengertian akan dirujuk kepada peraturan yang sahih dalam bahasa Inggeris.

5.3.      Setiap peserta dibenarkan untuk menyertai DUA (2)acara sukan sahaja

atas...

6.         JENIS SUKAN-SUKAN

6.1.      Badminton (Berpasukan Lelaki dan Wanita)
6.2.      Bola Jaring (Berpasukan Wanita)
6.3.      Bola Tampar (Berpasukan Lelaki dan Wanita)
6.4.      Dart (Berpasukan Lelaki)
6.5.      Futsal (Berpasukan Lelaki)
6.6.      Gasing (Berpasukan Lelaki)
6.7.      Golf (Berpasukan dan Perseorangan Lelaki)
6.8.      Olahraga (Lelaki dan Wanita)
6.9.      Pool 9 Ball (Berpasukan Lelaki)
6.10.    Sepak Takraw (Berpasukan Lelaki)
6.11.    Tarik Kalat (Berpasukan Lelaki)
6.12.    Tenpin Bowling (Berpasukan Lelaki dan Wanita)


7.         KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

7.1.      Jabatan Perdana Menteri
7.2.      Kementerian Kewangan
7.3.      Kementerian Pertahanan
7.4.      Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
7.5.      Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
7.6.      Kementerian Pendidikan
7.7.      Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
7.8.      Kementerian Pembangunan
7.9.      Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
7.10.    Kementerian Kesihatan
7.11.    Kementerian Hal Ehwal Ugama
7.12.    Kemenetrian Perhubungan

8.         BILANGAN PEGAWAI/PESERTA

8.1.      Bilangan Pegawai dan Peserta mengikut jenis-jenis sukan seperti berikut:-

BIL

ACARA SUKAN

PENGURUS
PASUKAN

JURULATIH/
PEGAWAI TENIKAL

ATLIT

URUSETIA
KONTINJEN

JUMLAH

1

Badminton (Lelaki)

1

1

12

-

14

 

Badminton (Wanita)

1

1

12

-

14

2

Bola Jaring (Wanita)

1

1

12

-

14

3

Bola Tampar (Lelaki)

1

1

12

-

14

 

Bola Tampar (Wanita)

1

1

12

-

14

4

Dart (Lelaki)

1

1

5

-

7

5

Futsal (Lelaki Terbuka)

1

1

1

12

-

15

 

Futsal (Lelaki Veteran 45 Tahun)

1

1

1

12

-

15

6

Gasing (Lelaki)

1

1

7

-

9

7

Golf (Lelaki)

SILA RUJUK PADA KERTAS KERJA TENIKAL

8

Olahraga (Lelaki)

1

1

21

-

23

 

Olahraga (Wanita)

1

1

21

-

23

9

Pool 9 Ball (Lelaki)

1

1

5

-

7

10

Sepak Takraw (Lelaki)

1

1

12

-

14

11

Tarik Kalat (Lelaki)
800 Kilogram

1

1

12

-

14

 

Tarik Kalat (Lelaki) 1100 Kilogram

1

1

12

-

14

12

Tenpin Bowling (Lelaki)

1

1

12

-

14

 

Tenpin Bowling (Wanita)

1

1

12

-

14

13

Ketua Kontinjen

-

-

-

1

1

14

Pen.Ketua Kontinjen

-

-

-

1

1

15

Pegawai Penyelaras/Perhubungan

-

-

-

1

1

16

Pegawai Urusetia

-

-

-

5

5

  JUMLAH

17

17

2

203

8

247



9.         KEMUDAHAN KONTINJEN

9.1.       Penganjur dan Pengendali Pesta Sukan Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan              Awam 2009 akan bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan-kemudahan Venue dan              peralatan pertandingan yang berkaitan dengan perlaksanaan sukan ini.

9.2.        Pakaian dan peralatan peserta adalah menjadi tanggungjawab kontinjen masing-masing.

9.3.        Tempat - tempat pertandingan dan Upacara-Upacara Rasmiadalah seperti berikut:

 

BIL

ACARA SUKAN

TEMPAT

1

Upacara Pembukaan

Padang & Belapan, KSNHB

2

Upacara Penutup

Padang & Belapan, KSNHB

3

Badminton

Pusat Belia, BSB

4

Bola Jaring

Kompleks Sukan Tutong

5

Bola Tampar

Dewan Serbaguna, KSNHB

6

Dart

Dewan Serbaguna, Jabatan Perkhidmatan Awam, Mentiri

7

Futsal

Stadium Tertutup, KSNHB

8

Gasing

Gelanggang Gasing, KSNHB

9

Golf

Royal Brunei Golf & Country Club, Jerudong

10

Olahraga

Padang & Balapan KSNHB

11

Pool 9 ball

Stadium Negara Hassanal Bolkiah

12

Sepak Takraw

Kompleks Sukan Menglait Gadong

13

Tarik Kalat

Padang & Belapan, KSNHB

14

Tenpin Bowling

Pusat Bowling Batu Satu, BSB

 

10.       JAWATANKUASA TEKNIKAL

10.1.      Jawatankuasa Teknikal Pertandingan adalah terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Sukan Kebangsaan              yang terlibat.

atas...

11.       JURI RAYUAN

11.1.      Satu Jawatankuasa Juri Rayuan akan dibentuk oleh Jawatankuasa Tertinggi  Jawatankuasa Kerja dan              Jawatankuasa Teknikal bagi membuat keputusan muktamad yang berhubungkait dengan

             masalah-masalah yang timbul semasa Pesta Sukan Kementerian-Kementerian Sempena Hari              Perkhidmatan Awam 2009 berlangsung dan segala bantahan bolehlah diajukan kepada Juri Rayuan              yang akan dibentuk dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa              Teknikal pertandingan dengan merujuk kepada peraturannya.

12.       RAYUAN DAN BANTAHAN

12.1.      Setiap bantahan atau rayuan hendaklah dibuat oleh Ketua Kontinjen/Pengurus Pasukan secara              bertulis kepada Jawatankuasa Teknikal Pertandingan dalam tempoh tidak lebih 30 minit selepas              tamat sesuatu pertandingan dengan menyertakan Wang Cengkeram sebanyak BND$200.00              (Ringgit Brunei: Dua Ratus sahaja).
12.2.      Sekiranya rayuan tersebut berjaya Wang Cengkeram tersebut akan dikembalikan dan ianya akan              menjadi milik Jawatankuasa Penganjur jika gagal dalam bantahan dan rayuan.

13.       HADIAH-HADIAH

13.1.       Hadiah-hadiah akan akan disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur seperti berikut:-

13.1.1.   Individu
                                                Johan                 :               Pingat Emas dan Sijil
                                                Naib Johan          :               Pingat Perak dan Sijil
                                                Tempat Ketiga     :               Pingat Gangsa dan Sijil

13.1.2.   Hadiah Keseluruhan
                                                Juara                  :               Sebuah Piala Iringan dan “Piala Pusingan”
                                                Naib Juara           :               Sebuah Piala Iringan
                                                Tempat Ketiga     :               Sebuah Piala Iringan

 

14.       PERKARA AM

14.1.      Jawatankuasa tertinggi dan Jawatankuasa Kerja Pesta Sukan Kementerian-Kementerian Sempena              Hari Perkhidmatan Awam 2009 berhak dalam membuat satu keputusan yang tidak tercatat didalam              Peraturan Am bagi kebaikan dan kelancaran sukan ini dan segala keputusannya adalah muktamad.

14.2.      Sebarang keputusan yang dibuat semasa mesyuarat Ketua-Ketua Kontinjen dan Pengurus-Pengurus              bagi setiap jenis sukan adalah muktamad.

14.3.      Pengesahan mengenai status peserta yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa penganjur adalah              muktamad dan tidak boleh dibantah oleh mana-mana pihak.

14.4.      Jawatankuasa Teknikal berhak dengan kuasa mutlak menilai dan memeriksa kelayakan
             peserta-peserta pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat peserta yang tidak layak untuk menyertai              pesta sukan ini, Jawatankuasa tersebut berhak membatalkan penyertaannya dan segala kemenangan              akan dibatalkan dengan memberi kemenangan kepada yang berhak menerimanya.

14.5.      Segala keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Pengelola dan Pegawai-Pegawai yang dilantik              tidak akan bertanggongjawab atas sebarang kemalangan dan kecelakaan yang mungkin berlaku              kepada mana-mana peserta dan pegawai semasa Pesta Sukan Kementerian-Kementerian Sempena              Hari Perkhidmatan Awam 2009 ini berlangsung dan ianya adalah menjadi tanggungjawab sendiri.

14.6.      Mana-mana pegawai atau atlit dan penyokong didapati merosakkan harta benda kerajaan akan              diambil tindakan dan seterusnya akan dilapurkan kepada pihak berkuasa.

15.       YURAN PENYERTAAN

 BIL

 ACARA SUKAN

 JUMLAH

1

Badminton (Pasukan Lelaki)

$100.00

 

Badminton (Pasukan Wanita)

$100.00

2

Bola Jaring (Pasukan Wanita)

$100.00

3

Bola Tampar (Pasukan Lelaki)

$100.00

 

Bola Tampar (Pasukan Wanita)

$100.00

4

Dart (Pasukan Lelaki)

$50.00

5

Futsal (Terbuka)

$100.00

 

Futsal (45 Tahun Keatas)

$100.00

6

Gasing (Pasukan Lelaki)

$50.00

7

Golf (Pasukan Lelaki)

Pasukan

$100.00

 

Golf (Perseorangan Lelaki)

Ahli

$50.00

   

Bukan Ahli

$90.00

8

Olahraga (Lelaki dan Wanita)

Percuma

9

Pool 9 ball (Pasukan Lelaki)

$50.00

10

Sepak Takraw (Pasukan Lelaki)

$100.00

11

Tarik Kalat (Pasukan Lelaki)

$100.00

12

Tenpin Bowling (Pasukan Lelaki)

$300.00

 

Tenpin Bowling (Pasukan Wanita)

$300.00

atas...