Olahraga
1. PERATURAN AM
1.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang IAAF dan Persatuan Olahraga Amatur Brunei Darussalam (POAB).
1.2. Sekiranya berlaku sebarang perselisihan dari segi pentafrsiranya/pengertiannya, maka Undang-Undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan diikuti.
1.3. Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan atau undang-undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut:
1.3.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN AM SUKAN
KEMENTERIAN-KEMENTERIAN 2009 dan PERSATUAN OLAHRAGAAMATUR BRUNEI DARUSSALAM (POAB).
1.3.2. Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada Undang-Undang IAAF dan POAB.
1.3.3. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan pertandingan Olahraga SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN 2009adalah muktamad.
2. TARIKH PERTANDINGAN
6hb hingga 13hb Mac 2010
3. TEMPAT PERTANDINGAN
Balapan dan Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas
4. PENYERTAAN
4.1. Kontinjen/Kementerian yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang penyertaan kepada:
URUSETIA PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009.
Unit Penganjuran dan Penyertaan
Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Spg. 336-17 Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan BA1211, Negara Brunei Darussalam.
Tel: 2382911 atau 2381903/4/5 ext 1625
Fax: 2380869 atau 2380042
Email: rosfazilah@gmail.com
4.2. Penyertaan Kontinjen adalah seperti berikut:-
4.2.1. Jabatan Perdana Menteri
4.2.2. Kementerian Kewangan
4.2.3. Kementerian Pertahanan
4.2.4. Kemenetrian Hal Ehwal Dalam Negeri
4.2.5. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
4.2.6. Kementerian Pendidikan
4.2.7. Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
4.2.8. Kementerian Pembangunan
4.2.9. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
4.2.10. Kementerian Kesihatan
4.2.11. Kementerian Hal Ehwal Ugama
4.2.12. Kementerian Perhubungan
4.3. Setiap Pasukan yang mengambil bahagian akan mendaftarkan acara LELAKI dan WANITA sahaja terdiri daripada:
Acara Lelaki
Pengurus Pasukan - 1 Orang
Jurulatih - 1 Orang
Atlit - 21 Orang
Jumlah - 23 Orang
Acara Wanita
Pengurus Pasukan - 1 Orang
Jurulatih - 1 Orang
Atlit - 21 Orang
Jumlah - 23 Orang
5. KELAYAKAN PESERTA
5.1 Had/Umur peserta adalah mengikut kategori (sila rujuk borang pendaftaran).
5.2. Pengurus Pasukan dan jurulatih pasukan tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
6. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
6.1. Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan pertama dimulakan.
6.2. Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama akhir peserta semasa mesyuarat pengurus pasukan.
6.3. Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran atau gantian peserta tidak dibenarkan.
6.4. Taklimat Pengurus hanya akan dihadiri oleh Pengurus Pasukan sahaja.
7. ACARA-ACARA
BIL |
ACARA |
KATEGORI |
||
UMUR DAN JAWATAN |
JANTINA |
|||
1 |
100M |
UMUR TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
2 |
100M |
35 HINGGA 44 TAHUN |
LELAKI |
WANITA |
3 |
100M |
45 TAHUN KEATAS |
LELAKI |
WANITA |
4 |
200M |
TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
5 |
400M |
TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
6 |
1500M |
TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
7 |
4X100M |
2 ORANG UMUR TERBUKA, 35 HINGGA 44 SEORANG DAN 45 TAHUN KEATAS |
LELAKI |
WANITA |
8 |
4X400M |
TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
9 |
LEMPAR LEMBING |
TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
10 |
LOMPAT JAUH |
SUPER SCALE |
LELAKI |
WANITA |
11 |
LOMPAT KIJANG |
TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
12 |
LOMPAT KIJANG |
45 TAHUN KEATAS |
LELAKI |
WANITA |
13 |
BUANG PELURU |
TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
14 |
BUANG PELURU |
45 TAHUN KEATAS |
LELAKI |
WANITA |
15 |
BUANG PELURU |
SUPER SCALE |
LELAKI |
WANITA |
8. TATATERTIB DAN PENGANTUNGAN
8.1. Acara Balapan
Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Hakim Bilik Panggilan (call room judges) 30 minit sebelum acara-acara mereka bermula.
8.2. Acara Padang
Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada Hakim Bilik Panggilan (call room Judges) 45 minit sebelum acara-acara bermula.
9. PENGGANTIAN
9.1. Bagi acara lari berganti-ganti, pengantian pelari hanya boleh dibuat dengan peserta yang telah didaftarkan sahaja. Dengan itu semua nama peserta yang mengambil bahagian hendaklah diserahkan kepada pegawai yang bertugas bersama-sama dengan borang penyertaan yang lengkap diisikan yang disediakan oleh penganjur dan hendaklah diserahkan satu (1) jam sebelum acara dijalankan.
9.2. Mana-mana peserta yang diterima sebagai pengganti dibenarkan mengambil bahagian dalam acara-acara yang didaftarkan oleh peserta yang menarik diri dan hendaklah dibuat oleh Pengurus Pasukan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.
10. PEMBATALAN
10.1. Semua peserta yang telah melayakan diri pusingan awal ke pusingan berikutnya, tidak dibenarkan menarik diri daripada menyertai acara tersebut.
10.2. Sekiranya berlaku, maka peserta berkenaan akan dibatalkan daripada pertandingan berikutnya kecuali dengan kebenaran daripada Referi atau Doktor (jika kecederaan).
11. ABJAD / NOMBOR PESERTA
11.1 Peserta tidak dibenarkan bertanding melainkan mereka memakai ABJAD atau NOMBOR yang ditentukan dihadapan dan di belakang badan.
12. PERALATAN
12.1. Semua alat-alat pertandingan pada lazimnya akan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Penganjur.
13. SARINGAN
13.1. Pihak penganjur akan menyelaras semasa mesyuarat pengurus.
14. PEMBAHAGIAN LORONG
14.1. Pembahagian lorong akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal semasa pertandingan.
15. PENGADIL/PEGAWAI PERTANDINGAN
15.1. Semua Pegawai Teknikal yang bertauliah akan dilantik oleh Persatuan Olahraga Amatur Brunei Darussalam untuk bertugas disepanjang Kejohanan ini.
15.2. Keputusan Pegawai Teknikal dalam setiap acara-acara berlanggsung adalah mukatamad.
16. BANTAHAN
16.1. Semua pasukan boleh membuat bantahan melalui Pengurus Pasukan sahaja dengan mengisikan borang disediakan. Bantahan hendaklah secara bertulis dan disertakan dengan Wang Cengkeram sebanyak BND$200.00.
16.2. Wang Cengkeram akan luput jika Pihak Jawatankuasa Bantahan mendapati bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.
16.3. Setiap bantahan hendaklah dihadapkan kepada Pengurus Pertandingan dalam tempoh tiga puluh (30) minit selepas keputusan rasmi diumumkan oleh Juruacara. Walau bagaimanapun semua prosedur tatacara bantahan hendaklah mengikut yang digunakan oleh IAAF dan Persatuan Olahraga Amatur Brunei Darussalam (POAB). Semua bantahan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Bantahan.
17. JAWATANKUASA BANTAHAN
17.1. Perlantikkan Jawatankuasa Bantahan dan Prosedur tatacara mesyuarat adalah mengikut yang digunakan oleh IAAF dan POAB Jawatankuasa.
17.2. Penganjur berhak mendapatkan sebarang maklumat/bukti daripada mana-mana pihak berkaitan perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.
17.3. Semua keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan dan Pengurus Pasukan di kejohanan Olahraga Pesta Sukan Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2009 adalah muktamad.
18. HADIAH-HADIAH
18.1. Hadiah Pingat-Pingat akan disediakan/diberikan seperti berikut:
ACARA |
KATEGORI |
PINGAT |
||||
UMOR DAN JAWATAN |
JANTINA |
EMAS |
PERAK |
GANGSA |
||
100M |
UMUR TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
2 (2) |
2 (2) |
2 (2) |
100M |
35 HINGGA 44 TAHUN |
LELAKI |
WANITA |
2 (2) |
2 (2) |
2 (2) |
100M |
45 TAHUN KEATAS |
LELAKI |
WANITA |
2 (2) |
2 (2) |
2 (2) |
200M |
TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
2 (2) |
2 (2) |
2 (2) |
400M |
TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
2 (2) |
2 (2) |
2 (2) |
1500M |
TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
2 (2) |
2 (2) |
2 (2) |
4X100M |
2 ORANG UMUR TERBUKA, 35 HINGGA 44 SEORANG DAN 45 TAHUN KEATAS |
LELAKI |
WANITA |
2 (8) |
2 (8) |
2 (8) |
4X400M |
TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
2 (8) |
2 (8) |
2 (8) |
LEMPAR LEMBING |
TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
2 (2) |
2 (2) |
2 (2) |
LOMPAT JAUH |
SUPER SCALE |
LELAKI |
WANITA |
2 (2) |
2 (2) |
2 (2) |
LOMPAT KIJANG |
TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
2 (2) |
2 (2) |
2 (2) |
LOMPAT KIJANG |
45 TAHUN KEATAS |
LELAKI |
WANITA |
2 (2) |
2 (2) |
2 (2) |
BUANG PELURU |
TERBUKA |
LELAKI |
WANITA |
2 (2) |
2 (2) |
2 (2) |
BUANG PELURU |
45 TAHUN KEATAS |
LELAKI |
WANITA |
2 (2) |
2 (2) |
2 (2) |
BUANG PELURU |
SUPER SCALE |
LELAKI |
WANITA |
2 (2) |
2 (2) |
2 (2) |
JUMLAH |
30 (42) |
30 (42) |
30 (42) |
|||