Golf

Posted by admin

1.         PENDAHULUAN

1.1        Kejohanan Golf Pesta Sukan Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2009              diadakan bagi merebut Piala Kurnia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota              Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda              Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri,              Negara Brunei Darussalam.
1.2          Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti              berikut:
             1.2.1.     Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN AM PESTA SUKAN                           KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI PEKHIDMATAN AWAM 2009.
             1.2.2.     Perlawanan ini diadakan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh The              Royal and Ancient Golf Club St. Andrews, Scotland and Local Rule.
             1.2.3.     Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Kejohanan Golf PESTA              SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009  adalah              muktamad.


2.         TARIKH PERTANDINGAN
             
12hb, 13hb, dan 14hb Mac 2010 ( Jumaat, Sabtu & Ahad)

 

3.         TEMPAT PERTANDINGAN
             Royal Brunei Golf and  Country Club, Jerudong

 

4.         SYARAT –SYARAT PENYERTAAN
             Para peserta  yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang penyertaan kepada              URUSETIA PERLAWANAN GOLF PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI              PERKHIDMATAN AWAM 2009 pada 25 Februari 2010 ( Hari Khamis) kepada:

URUSETIA PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009.
Unit Penganjuran dan Penyertaan
Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Spg. 336-17 Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan BA1211, Negara Brunei Darussalam.
Tel: 2382911 atau 2381903/4/5 ext 1625
Fax: 2380869 atau 2380042
Email: rosfazilah@gmail.com

5.         PENYERTAAN

5.1          Perlawanan ini dibukakan kepada Pegawai dan Kakitangan Kerajaan terdiri daripada
              Kementerian-Kementerian berikut:

             5.1.1.     Jabatan Perdana Menteri
             5.1.2.     Kementerian Kewangan
             5.1.3.     Kementerian Pertahanan
             5.1.4.     Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
             5.1.5.     Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
             5.1.6.     Kementerian Pendidikan
             5.1.7.     Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
             5.1.8.     Kementerian Pembangunan
             5.1.9.     Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
             5.1.10.   Kementerian Kesihatan
             5.1.11.   Kementerian Hal Ehwal Ugama
             5.1.12.   Kementerian Perhubungan

 

6.         SISTEM PERLAWANAN

6.1.        Perlawanan ini diadakan dengan mengikut sistem 36 stroke play “Nett” dan dibahagikan kepada 3              Kategori iaitu ‘Team Event’(Nett), ‘Individual Event’(Nett) Kategori A (0 – 11 handicap), B( 12 – 18              handicap) dan C ( 19 – 24 handicap), ‘Individual Overall Nett Winner’ ( bagi pemain yang mempunyai              handicap 0 – 18 sahaja.

6.2.        Jika ada persamaan markah maka pemenang akan ditentukan dengan menggunakan perkiraan “On              Count Back”(OCB).

 

7.         UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERLAWANAN

7.1.        Perlawanan ini diadakan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh The Royal and              Ancient Golf Club St. Andrews, Scotland and Local Rule.
7.2.        Peserta-peserta mestilah terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan yang sedang              berkhidmat dalam perkhidmatan Awam dan beruniform.
7.3.        Peserta-peserta hendaklah mempunyai handicap yang Sah.
7.4.        Setiap Kementerian dibenarkan menghantar lebih dari satu (1) pasukan. Tetapi Kemenangan              hanya akan diberikan kepada satu (1) Pasukan sahaja.
7.5.        Mana-mana Kementerian (Pasukan) yang kurang daripada 8 orang pesertanya akan terkeluar dari              kategori pasukan yang berpasukan dan hanya akan diambil kira sebagai pemain peseorangan              sahaja.
7.6.        Peserta-peserta yang bermain pada hari Ahad tidak dibenarkan bermain di tempat perlawanan              pada hari Jumaat dan Sabtu. Jika didapati bermain pada hari dan tempat tersebut maka peserta              berkenaan akan terkeluar daripada perlawanan.
7.7.        Score Card.Pemain-pemain adalah dikehendaki untuk menentukan kiraan dengan betul dan lengkap              apabila tamat 18 lubang dan menandatangani kad masing-masing sebelum menyerahkannya.
7.8.        Slow Play. Pemain di ingatkan akan peraturan Rule 6 - 7 mengenai  memperlahankan permainan              dengan disenghajakan. Bagi menampilkan fair play. Ahli Jawatankuasa(AJK) bahagian Teknikal              (Pendaftaran, Peraturan dan Permarkahan) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan              berpatutan mengikut peraturan yang ada.
7.9.        Kecederaan. Pemain-Pemain adalah diingatkan bahawa pihak AJK Perlawanan ini tidak akan              bertanggungjawab diatas sebarang kecederaan pemain disepanjang perlawanan.
7.10.      Keputusan. Jika sekiranya kiraan mata yang sama bagi mana-mana kedudukan, kiraan countback              akan digunakan. AJK bahagian Teknikal (Pendaftaraan, Peraturan dan Permarkahan) akan              menentukan sebarang keputusan. Semua keputusan adalah muktamad.
7.11.      Cuaca Buruk. Jika berlakunya Wash Out disebabkan hujan, pihak penganjur berhak menamatkan              perlawanan. Pemain-pemain hanya akan BERHENTI bermain atau MENERUSKAN semula permainan              mengikut isyarat tertentu seperti yang diterangkan di Scorecard.
7.12.      Local Rules. Seperti yang tercatit dibelakang scorecard. Sebarang tambahan dan perubahan              terhadap Local Rule akan dimaklumkan semasa taklimat sebelum perlawanan dimulakan.
7.13.      Juri. Seramai 3 orang juri akan dilantik bagi perlawanan ini, yang mana akan bertanggungjawab              dalam memutuskan keputusan jika ada sebarang pemain yang melanggar peraturan-peraturan              perlawanan.

8.         YURAN PENYERTAAN

8.1.         Penyertaan daripada Kementerian akan dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak B$100.00 bagi              setiap pasukan serta bayaran penyertaan sebanyak B$50.00 setiap Seorang Pemain yang              menjadi ahli Royal Brunei Golf and Country Club, Jerudong dan B$90.00 bagi yang bukan              ahli.

 

9.         SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

9.1.        Peserta-peserta mestilah terdiri daripada Pegawai-Pegawai dan Kakitangan di dalam Perkhidmatan              Awam dan beruniform.
9.2.        Peserta-peserta mestilah mempunyai handicap 24 dan kebawah seperti yang disahkan oleh Kelab              masing-masing.
9.4.        Pemain yang telah didaftarkan dalam senarai pasukan masing-masing tidak dibenarkan untuk              bertukar pasukan. Walau bagaimanapun jika sekiranya pemain yang telah didaftarkan dalam senarai              pasukan tidak dapat menyertai perlawanan bolehlah digantikan dengan pemain yang lain (yang              belum tersenarai dalam mana-mana pasukan).
9.5.        Pihak Penganjur berhak menukar jadual permainan bagi setiap pemain jika diperlukan. Perlawanan              ini adalah tertakluk kepada peratuan-peraturan dan undang-undang seperti di para 7.1              hingga 7.15.
9.6.        Pendaftaran. Setiap penyertaan hendaklah mengisikan borang penyertaan yang disediakan yang              mana borang-borang penyertaan telah pun diedarkan kepada Kementerian-Kementerian dan tarikh              mengembalikan borang pada hari Khamis, 25 Februari  2010. Semua pemain hendaklah              mendaftar untuk mengambil (Score Card) di tempat pendaftaran.
9.7.        Bergambar & Taklimat. Pemain-pemain akan dikumpulkan untuk bergambar ramai dan sesi              taklimat perlawanan sebelum meninggalkan Club House ke Tee Box masing-masing.
9.8.        Isyarat / Masa Bermula. Perlawanan dimulakan secara serentak atau Shot Gun pada jam 6.30              pagi ( tertakluk perubahan AJK) dan flight kedua di Tee Box yang sama akan bermula jam 6.53              pagi (tertakluk perubahan AJK). Manakala bagi perlawan yang diadakan pada sebelah petang              akan bermula pada jam 1.45 petang (Hari Jumaat).
9.9.        Permakanan.  Sarapan pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan pada hari              tersebut bagi semua pemain.Pada Hari Jumaat, tidak disediakan makan tengahari hanya minum              petang sahaja disediakan pada hari tersebut.
9.10.      Pertanyaan. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan bolehkah berhubung terus kepada AJK              Bahagian Teknikal (Pendaftaran, Peraturan dan Permarkahan).

 

10.       HADIAH

10.1.       Team Event
                          PWinner Nett
                          PRunner Up Nett
                          P1st Runner Up Nett

10.2.       Individual  Event (Nett)

             10.2.1.   Division ‘ A’ ( 0 – 12 handicap) – System 36 “Stroke Play Nett”
                          PWinner Nett
                          PRunner Up
                          P1st Runner Up

             10.2.2.   Divison ‘B’ ( 13 – 17handicap) – System 36 “ Stoke Play Nett”
                          PWinner Nett
                          PRunner Up
                          P1st Runner Up

             10.2.3.   Division ‘C’ (18 – 27 handicap) – System 36 “ Stroke Play”
                          PWinner Nett
                          PRunner Up
                          P1st Runner Up

10.3.       1 Individual Overall Nett

10.4.       Vip Category (Deputy Minister and Above)
                          PWinner Nett
                          PRunner Up Nett
                          P1st Runner Up Nett

10.5.       Invitational Category ( Sponsors)
                          PWinner Nett
                          PRunner Up Nett
                          P1st Runner Up Nett

10.6.       Novelty Prizes
                          PNearest to the Pin (All Par 3)
                          PNearest to the line
                          PLongest Drive
                          PHole in One (Share if more than one winner)