Gasing
PERATURAN 1 : PERALATAN
A. GASING
1. Gasing hendaklah dibuat daripada kayu keras yang sesuai, tanpa menambah sebarang logam atau seumpamanya pada bahagian luar atau dalam gasing. Kecuali paksi dan sampak (topi) di bahagian kepala, dan petaknya tidak boleh dtenim. Gam yang kuat dibenarkan jika ada bahagian gasing yang tidak kukuh.
2. LILIT TUBUH GASING
Bagi pemain senior.
Minimum – 40sm/16 inci
Maksimum – 45.72sm/18 inci
Bagi pemain junior.
Minimum – 33.2sm/13 inci
Maksimum – 38.2sm/15 inci
3. GASING MESTILAH BERPAKSI
Maksimum panjang 0.5sm
4. BERAT GASING
Tidak ada had berat gasing.
5. TINGGI GASING
Minimum tinggi gasing – 7sm
Maksimum tinggi gasing – 12sm
6. Fesyen atau bentuk gasing asalkan mengikut syarat-syarat 1 hingga 5.
7. PENGGUNAAN GASING DALAM PERMAINAN.
Dua biji gasing sahaja dibenarkan dibawa ke dalam gelanggang untuk tiap-tiap pemain,
gasing-gasing tersebut hanya digunakan untuk pemain tersebut. Jika ianya pecah atau rosak tercabut paksi, dengan kebenaran pengadil gasing tersebut bolehlah ditukar. Gasing-gasing akan dinomborkan mengikut senarai pemain dalam pusingan tersebut.
Pada pusingan yang lain, gasing boleh ditukar tetapi hendaklah mematuhi syarat-syarat 1 hingga 5 di atas.
8. TALI GASING
Tali gasing hendaklah diperbuat daripada benang, kulit kayu timbaran, terap atau bahan-bahan yang seumpamanya, tali-tali tidak boleh dimasukkan dawai halus untuk menguatkannya.
PERATURAN 2 : GELANGGANG
A. GELANGGANG PERMAINAN
1. TAPAK
Diperbuat daripada tanah keras, rata dan tidak berumput dan berbatu.
2. BENTUK
Berbentuk Bulatan
I. Bulatan kecil no. 1 di dalam (tengah) dengan jejari 1 meter adalah kawasan untuk memusing(bulatan 1) lihat rajah gelanggang.
II. Bulatan kecil no. 2 dengan jarak 1 meter dari garisan bulatan kecil(CD) adalah lorong sekatan had bagi mengangkat uri hidup. Uri hidup atau sah hendaklah diangkat ke lorong 3, untuk berligai uri (diguraukan) selepas setiap perlawanan berpalu(memangkah). Iaitu tidak dibenarkan membela uri(gurau/bergurau) dibulatan tengah dan lorong bulatan 2.
III. Jika berlaku pemain meletakkan gasingnya di tempat tersebut Gasingnya adalah dikira batal. Mata diberi kepada pihak lawan.
IV. Bulatan besar di sebelah luar adalah luar(lorong no. 3) adalah had kawasan permainan.
Berukuran :
Jejarinya dari pusat bulatan kecil (AB) ialah 4.3 meter. Dan jarak dari garisan luar lorong no. 2 ialah 2.3 meter(Lihat rajah gelanggang).Lorong no. 3 ini ialah tempat menyimpan / membela uri hidup yang sah (silih) untuk berligai uri (bergurau) pada setiap pusingan memusing(menahan) dan memangkah(memalu).
V. Gelanggang dibahagi dua:
Gelanggang dibahagi dua dengan membuat satu garisan pusat yang menjadikan dua lorong.
Lorong sebelah untuk – Arah lorong memusing(menahan).
Lorong yang sebelah – Arah lorong memangkah(memalu). Lihat rajah gelanggang.
3. GARISAN
I. Garisan-garisan hendaklah dicat dengan warna cat yang cerah.
II. Ukuran lebar garisan ialah diantara 3sm hingga 5sm.
4. PAGAR
I. Kawasan sekeliling gelanggang hendaklah dipagar dengan pagar dawai yang sesuai untuk keselamatan penonton.
II. Tinggi pagar sekurang-kurangnya 4 kaki hingga 6 kaki.
III. Di bahagian bawah pagar hendaklah ditaruh papan, atau “sponge” untuk keselamatan gasing.
PERATURAN 3 : PERMAINAN
Permainan ini berdasarkan system yang tersebut dalam peraturan 1.
SISTEM PERMAINAN.
I. Sistem permainan adalah system berpasukan.
II. Setiap pasukan hendaklah mengandungi 7 orang pemain (5 orang pemain , 2 orang simpanan.
III. Tiap-tiap pemain dibenarkan bermain hanya dalam pasukannya sahaja.
IV. Jika didapati seseorang pemain itu berdaftar dan bermain untuk lebih daripada satu pasukan, maka mana-mana pasukan di mana pemain itu berdaftar akan dibatalkan penyertaanya.
A. FORMAT PERMAINAN
I. Permainan dijalankan secara satu lawan satu.
II. Pasukan yang bertanding akan memangkah(memalu) memusing(menahan) tiga kali berturut-turut. Pemusing nombor satu akan berlawan dengan pemangkah nombor satu pihak lawan dan begitulah seterusnya.
III. Untuk memulakan perlawanan diadakan berlagai uri(bergurau), untuk menentukan pasukan yang akan memangkah(memalu) dan pasukan yang akan mula memusing(menahan) dalam berlagai uri(bergurau).
IV. Memangkah(memalu) hendaklah tepat pada gasing. Jika sebaliknya adalah dikira debus, mata akan diberikan kepada pihak lawan. Kesemua 5 orang pemain dan termasuk 2 orang simpanan akan ikut serta.
V. Pasukan yang menang dalam berligai uri(bergurau) akan mula memangkah(memalu) dan yang kalah akan memusing(Menahan) hinggalah ketiga pusingan dan seterusnya dipusingan ketika sipemusing(sipenahan) akan memangkah(memalu) sehinggalah tamat kepusingan keenam.
VI. Pasukan yang menang bergurau(berligai uri) dalam acara IV akan direkodkan masa yang diperolehi dan kemenangan pasukan itu juga akan menjadi rujukan, jika berlaku seri dalam perlawanan dan pasukan yang menang, iaitu jika persamaam mata besar dan perseorangan(individu).
VII. Pemain tidak boleh dibantu dalam perlawanan.
B. KAWASAN PERMAINAN
I. Pemusing hendaklah memusing gasingnya di kawasan memusing iaitu di dalam bulatan kecil.
II. Gasing pemusing mestilah jatuh tepat dalam bulatan kecil. Jika gasing itu berpusing keluar dari bulatan kecil, hendaklah dimasukan iaitu diangkat dengan tali ke dalam gelanggang kecil untuk dipangkah(dipalu).
III. Andainya gasing pemusing jatuh di luar sewaktu memusing(memusing) walaupun gasing itu masuk sendiri ke dalam bulatan kecil, ia akan dimatikan oleh pengadil dan disimpan di tengah bulatan kecil untuk dicumbu(dipalu).
IV. Gasing yang terkeluar dari bulatan besar dikira keluar dari kawasan permainan dan dikira tidak sah.
V. Gasing-gasing yang dipangkah(palu) atau gasing pemangkah(pemalu) tidak boleh dihadang dengan apa jua bahagian anggota badan kecuali dengan tali gasing. Jika dihadang dengan apa jua anggota badan selain daripada tali gasing, ianya dikira batal mata akan diberi kepada lawannya.
C. BERLAGAI URI / BERGURAU
I. Semua pemain hendaklah berlagai uri dalam gelanggang sahaja.
II. Gasing-gasing yang masih hidup urinya hendaklah dikeluarkan dari bulatan kecil ke lorong bulatan no. 3 iaitu satu meter dari bulatan kecil.
III. Gasing-gasing boleh dibela(pelihara) dengan menggunakan tali gasing yang digunakan untuk bermain sahaja, samada untuk memindahkan atau menegakkan gasing. Gasing tidak boleh ditegakkan dengan menggunakan jari atau dengan mengelitik dengan tapak tangan. Jika berlaku dikira batal, mata akan diberi kepada lawan.
IV. Tidak dibenarkan menggunakan minyak pelincir untuk melicinan tapak uri.
V. Gasing yang masih hidup urinya, setelah gasing pihak lawan mati dikira menang.
VI. Setelah gasing diletakkan ditapak uri, pemain hendaklah keluar dari gelanggang permainan, isyarat akan diberikan oleh pengadil.
D. MEMUSING
I. Pemain pemusing hendaklah memusing gasingnya jatuh tepat di dalam bulatan kecil yang disediakan. Jika terkeluar dari bulatan tersebut, sipemusing hendaklah mengangkat gasingnya dengan tali ke dalam bulatan untuk dipangkah oleh sipemangkah.
II. Jika pemusing memusing gasingnya jatuh di luar bulatan kecil missal kata di dalam lorang 2 dan tiga dan gasing itu berpusing masuk ke gelanggang kecil, maka ianya dikira batal dan dimatikan oleh pengadil untuk dicumbu(palu) oleh pemain.
III. Jika pemusing memusing gasingnya keluar dari gelanggang permainan, maka markah bonus akan diberi kepada pemangkah dan sipemangkah tidak perlu memangkah gasing pemusing yang keluar tadi.
E. PEMANGKAH
I. Pemangkah boleh memangkah mana-mana bahagian gasing kecuali kepala gasing (bebas).
II. Pemangkah hendaklah memangkah gasing lawan sebaik saja ianya dipusing, dan tidak lewat dari 4 saat, setelah pengadil membunyikan isyarat atau wisel untuk memangkah(memalu). Jika pemangkah sengaja melambat-lambatkan memangkah/memalu maka sipemangkah akan diberi amaran dan mata akan diberi kepada sipemusing.
III. Setiap arahan pengadil akan meniup wisel dan isyarat kepada pemain.
IV. Pemain tidak boleh melakukan sesuatu sebelum arahan pengadil jika berlaku pengadil akan memberi amaran dan mata bonus akan diberikan kepada lawan.
F. PEMBERIAN MATA.
1. Pemusing akan diberi satu mata jika (1 mata):-
I. Pemangkah debus dalam keadaan gasing pemusing hidup dalam bulatan memusing.
II. Uri gasing pemangkah mati dahulu daripada gasing pemusing dan gasing pemusing berada dalam gelanggang permainan.
III. Jika gasing pemangkah terkeluar gelanggang permainan walaupun gasing pemusing tidak beruri, tetapi berada dalam gelanggang permainan.
IV. Pemangkah memangkah(memalu) sebelum arahan dari pengadil untuk memangkah.
V. Memangkah tidak melilit tali gasing dengan sempurna sewktu memangkah.
VI. Memangkah lebih masa yang dihadkan(4 saat) setelah wisel dibunyikan oleh pengadil.
2. Pemusing tidak diberi mata jika:-
I. Jika gasing borot(lucus) dan terkeluar dari gelanggang permainan.
II. Memusing sebelum arahan dari pengadil.
III. Jika gasing pemusing mati urinya terlebih dahulu daripada uri gasing pemangkah dan kedua-duanya berada di dalam gelanggang permainan.
IV. Gasing pemusing dipangkah keluar daripada gelanggang permainan walaupun gasing pemangkah tanpa uri tetapi berada di dalam gelanggang permainan.
3. Pemangkah akan diberi satu mata jika:-
I. Pemusing memusing gasingnya keluarnya daripada gelanggang permainan.
II. Gasing pemusing kena dipangkah dan uri gasing pemusing mati dahulu daripada uri gasing pemangkah dan kedua-duanya berada dalam gelanggang permainan.
III. Gasing pemusing di’cumbu’ kena walaupun gasing pemangkah tanpa uri tetapi berada dalam gelanggang permainan.
IV. Gasing pemusing dipangkah keluar daripada gelanggang permainan walaupun gasing pemangkah tanpa uri ketiga berada dalam gelangang permaian.
V. Memangkah lebih masa 4 saat.
4. Pemangkah tidak akan diberi mata jika:-
I. Debos(empok)
II. Gasing pemangkah terkeluar dari gelanggang permainan.
III Memangkah sebelum arahan pengadil.
IV. Gasing pemusing dicumbu kerana walaupun gasing pemangkah tanpa uri tetapi berada di dalam gelanggang permainan.
V. Gasing pemusing dipangkah terkeluar dari gelanggang permainan walaupun gasing pemangkah tanpa uri tetapi berada di dalam gelanggang permainan.
5. Kedua-dua pemusing dan pemangkah tidak diberi mata jika:-
I. Gasing pemusing dicumbu dan pemangkah debus.
II. Kedua-dua gasing pemusing dan pemangkah keluar gelanggang.
III. Gasing pemusing dipangkah terpangkah kepada gasing(Keluar gelanggang)
G. PEMBATALAN
I. Selain daripada syarat-syarat dalam perkara di atas, jika pemangkah terpangkah kepada gasing pemusing dua kali berturut-turut, maka pemangkah tidak dibenarkan memangkah dalam pusingan ketiga dan 1 mata bonus diberikan kepada pemusing ketiga.
II. Jika pemusing atau pemangkah-pemangkah, memusing gasingnya atau memangkah sebelum arahan pengadil – maka satu mata bonus akan diberi kepada pemain yang tidak membuat kesalahan.
H. SERI
Jika semasa berligai uri / bergurau, gasing pemusing dan pemangkah mati serentak, maka ianya seri tidak ada sebarang mata kepada kedua-dua pemain.
I. PEMENANG PERLAWANAN
I. Pemenang satu-satu perlawanan ditentukan mengikut jumlah mata yang diperolehi oleh pasukan-pasukan yang memperolehi mata yang lebih dikira menang. Jika mata yang diperolehi adalah sama, maka kedua-dua pasukan adalah seri.
II. Tiga(3) mata akan diberi kepada pemenang.
III. Satu(1) mata akan diberi jika seri.
IV. Jika kalah – 0 mata.
V. Jika seri, rujuk kepada yang menang bergurau iaitu setelah jumlah mata yang sama kepada kedua-dua pasukan setelah habis perlawanan keenam-enam pusingan.
J. GANGGUAN
I. Jika pengadil terusik atau terlanggar gasing maka permainan dijalankan terus.
II. Jika berlaku sebarang gangguan lain seperti malapetaka, bekalan elektrik terputus(waktu permainan), maka pusingan itu akan diulang semula dimana permainan itu terganggu sahaja.
PERATURAN 4: KESALAHAN DAN HUKUMAN:-
I. Pemain-pemain yang melakukan kesalahan-kesalahan berikut akan diberi AMARAN. Jika pemain-pemain melakukan kesalahan yang sama, maka pasukannya akan dikira batal.
II. Menentang keputusan pengadil.
III. Melakukan perbuatan kasar dan biadab atau mengeluarkan perkataan yang tidak sopan dan tidak bertata-tertib.
IV. Mana-mana pasukan yang menarik diri daripada meneruskan perlawanan seterusnya akan:-
a). Dibatalkan penyertaannya.
b). Semua keputusan- perlawanannya yang dahulu tidak dikira(dibatalkan).
c). Mana-mana ahli pasukan tersebut akan digantung secara automatic daripada menyertai sebarang pertandingan perlawanan gasing Borneo selama setahun kelendar dari tarikh penarikkan diri tersebut.
PERATURAN 5 : KEPUTUSAN PENGADIL
Keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad.
PERATURAN 6 : BANTAHAN
I. Mana-mana pasukan yang tidak berpuas hati oleh sebab sesuatu keputusan yang dibuat dalam pertandingan boleh menghadapkan rayuan kepada jamaah hakim / juri.
II. Setiap bantahan daripada ketua / pengurus yang dihadapkan kepada jemaah hakim hendaklah dengan cara bertulis / mengisi borang yang disediakan oleh pihak penganjur tidak lewat daripada 30 minit tiap satu perkara itu berlaku. Ianya hendaklah disertakan dengan wang bantahan sejumlah $200.00) tunai. Bantahan yang lewat tidak akan dilayan. Wang bantahan akan dikembalikan kepada pasukan yang membantah jika bantahan tersebut adalah benar, dan jika sebaliknya maka wang tersebut adalah menjadi hak milik penganjur. Keputusan jamaah hakim adalah muktamad.
PERATURAN 7 : JEMAAH HAKIM/JURI
Satu jemaah hakim / juri akan dilantik oleh penganjur pada tiap-tiap kejohanan diadakan, yang terdiri daripada :
1. Pengerusi pertandingan.
2. Ketua hakim / pengadil
3. Setiausaha
4. Dua ketua pasukan / pengurus yang tidak terlibat.
PERATURAN 8 : PENGADIL
I. Setiap perlawanan / kejohanan gasing Borneo yang disertai oleh pemain-pemain negara /negari / wilayah hendaklah menghantar dua pengadil, dari negara / negeri / wilayah masing-masing yang diiktiraf oleh negeri / wilayah, atau persatuan gasing masing-masing.
II. Pengadil-pengadil adalah yang tidak ikut serta sebagai pemain di dalam musim kejohanan tersebut.
III. PAKAIAN: Pengadil-pengadil hendaklah memakai pakaian yang diiktiraf oleh JK Pengadil gasing Borneo.
IV. Setiap perlawanan akan diadili oleh 2 orang pengadil, seorang pengadil akan mengawal permainan manakala seorang pengadil lagi sebagai pencatat masa dan mata.
V. Tugas-tugas pengadil:
a) Mengadilkan perlawanan.
b) Bertanggongjawab keatas perlawanan dari awal dan tamat perlawanan.
c) Merujuk kepada lembaga pengadil jika ada masalah yang tidak dapat diputuskan.
d) Menjaga masa memusing dan memalu.
e) Memberikan keputusan yang muktamat.
Alat-alat Pengadil:
a) Wisel
b) Jam sukat
c) Alat-alat sukat dan pengesan elektronik
d) Kad amaran
e) Borang perlawanan dan borang mata
VI. Ketua Pengadil:
Tugas-tugas Ketua Pengadil:
a) Menentukan tempat gelanggang dan segala peralatan perlawanan yang digunakan adalah mengikut seperti yagn ditetapkan dalam undang-undang peraturan pertandingan/kejohanan.
b) Menyediakan jadual petugas bagi pengadil-pengadil yang dilantik.
c) Menerima rujukan dari pengadil bagi pertimbangan, nasihat atau keputusan.
d) Bertanggong jawab memberikan makluman kepada pasukan-pasukan/pengurus pasukan segala perkara mengenai perlawanan.
PERATURAN 9 : PAKAIAN (JERSI) PEMAIN
I. Pemain-pemain hendaklah mamakai jersi yang sesuai, seragam, seluar panjang.
II. Menyimpan nombor di depan atau di belakang tidak kurang 6 inci atau 15.2cm persegi iaitu nombor 1 hingga 7(termasuk simpanan).
III. Kasut bertapak getah yang tidak merosakkan gelanggang.
IV. Pemain tidak dibenarkan memakai jam tangan dan cincin yang berpermata.
V. Gelas mata hitam kecuali gelas mata puteh yang menyebabkan untuk menambah visual penglihatan disebabkan umur serta penyakit yang dinasihatkan oleh doctor/pegawai kaji mata.
PERATURAN 10 : JAMINAN/TANGGONGAN:
I. Penganjur atau petugas kejohanan ini tidak bertanggongjawab dan bebas daripada semua tuntutan kerugian, kehilangan, kemalangan atau sebagainya yang terjadi kepada semua peserta pasukan atau petugas pada semasa, sebelum atau disepanjang pertandingan diadakan.
II. Penganjur hanya akan menyediakan alat-alat rawatan pertolongan kecemasan dan menghantar ke rumah sakit yang berdekatan atau bantuan dengan hubungan hospital.
PERATURAN 11 : PASUKAN
Pasukan yang tidak cukup pemain(3 orang) dikira kalah dalam permainan/perlawanan itu. Kemenangan diberi kepada pasukan yang hadir 3 mata penuh.
ISTILAH/TAFSIRAN BAHASA YANG DIGUNAKAN DALAM PERLAWANAN GASING BRUNEI
1. Bergurau(Belaga Uri) : Berlawan lama pusingan gasing.
2. Berpalu(Memangkah) : Pihak menang
3. Menahan(Memusing) : Pihak kalah
4. Ampuk(Debus) : Gasing yang dipalu tidak kena.
5. Terbelurut(Borot) : Lilitan tali pada gasing tidak ketat.
6. Sampak(Turap) : Logam yang dipasang dikepala gasing.
NASIHAT-NASIHAT :
1. UNTUK PENGADIL
1. Tentukan gasing diperbuat daripada bahan yang disahkan.
2. Tentukan gasing tidak merbahaya iaitu tidak retak, tidak terlampau nipis.
3. Tentukan tali- tali diperbuat dari bahan-bahan sesuai.
4. Asingkan gasing-gasing yang sah dengan yang tidak sah setelah gasing-gasing itu diperiksa dan diukur.
5. A) Kedua-dua pengadil mengawal permainan bersama-sama.
B) Seorang pengadil mengawal, mengawal dari kiri, seorang pengadil mengawal dari kanan gelanggang permainan.
C) Tetapkan seorang pengadil untuk menyembunyikan wisel “mula pusingan”/memadamkan “mula palu”/mula pangkah.
6. Pengadil-pengadil mestilah:
a) Adil dan saksama.
b) Memahami Undang-Undang Gasing dan Peraturan pertandingan dengan mendalam, fasih dan lancar.
c) Tidak berkelakua yang boleh dianggap sebagai memihak mana-mana pasukan.
d) Bertolak ansur, tetapi tegas.
e) Gunakan isyarat-isyarat yang sah.
f) Berdisiplin, bersefahaman dan cekap.
g) Selalu berlatih untuk memperolehi pengelaman.
h) Bersedia dengan peralatan pengadil.
i) Bekerjasama.
2. UNTUK PEMAIN
1. Buat gasing dan tali mengikut undang-undang.
2. Pemain-pemain mestilah:-
a) Patuh kepada arahan.
b) Patuh kepada keputusan pengadil.
c) Jangan menentang pengadil.
d) Faham Undang-Undang dan Peraturan Pertandingan.
e) Berkelakuan sopan dan bertatatertib.
f) Bermain bersungguh-sungguh dan sabar.
g) Mempunyai semangat sukan.
h) Berlatih secara sistematik untuk menghadapi perlawanan.
i) Mahir dalam beberapa segi dalam permainan ini
j) Pakai pakaian yang sesuai untuk sukan.
k) Tidak dibenarkan memakai sincin dan jam tangan.