Futsal

Posted by admin

1.         PERATURAN AM

1.1.        Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut              undang-undang Permainan Futsal, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA.
1.2.        Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafrsiranya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris              yang terkini akan dirujuk (Futsal laws of the Game, 2008).
1.3.        Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti              berikut:
1.3.1.     Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN AM PESTA SUKAN              KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009.
1.3.2.     Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan bersaskan kepada Undang-Undang Permainan FUTSAL              FIFA, Persekutuan Bola sepak Brunei Darussalam (FFBD) dan Jawatankuasa Teknikal Kejohanan              Futsal Pesta Sukan kementerian-kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2009 dan pihak              penganjur berhak membuat sebarang pindaan/perubahan pada bila-bila masa sahaja jika difikirkan              perlu.
1.3.3.     Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Kejohanan Futsal PESTA SUKAN              KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009 adalah muktamad.

2.         TARIKH PERTANDINGAN             
            Pada : 6 Mac – 13 Mac 2010

 

3.         TEMPAT PERTANDINGAN

             Stadium Tetutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. 
             Negara Brunei Darussalam.

 

4.         SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

4.1.        Kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang penyertaan kepada              URUSETIA PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI PERKHIDMATAN              AWAM 2009  pada tarikh yang ditetapkan. 

URUSETIA PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009.
Unit Penganjuran dan Penyertaan
Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Spg. 336-17 Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan BA1211, Negara Brunei Darussalam.
Tel: 2382911 atau 2381903/4/5 ext 1625
Fax: 2380869 atau 2380042
Email: rosfazilah@gmail.com

 

4.2.         Penyertaan Kontinjen adalah seperti berikut:-

             4.2.1.     Jabatan Perdana Menteri
             4.2.2.     Kementerian Kewangan
             4.2.3.     Kementerian Pertahanan
             4.2.4.     Kemenetrian Hal Ehwal Dalam Negeri
             4.2.5.     Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
             4.2.6.     Kementerian Pendidikan
             4.2.7.     Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
             4.2.8.     Kementerian Pembangunan
             4.2.9.     Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
             4.2.10.   Kementerian Kesihatan
             4.2.11.   Kementerian Hal Ehwal Ugama
             4.2.12.   Kementerian Perhubungan

 

5.         PENDAFTARAN PASUKAN

5.1.        Kejohanan dibukakan kepada pegawai dan kakitangan yang berkhidmat disemua
             Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan dibawahnya samaada perkhidmatan Tetap, berkontrak,              sebulan ke sebulan, Open Vote atau bergaji hari.
5.2.        Setiap Kementerian hanya dibenarkan menghantar/ mendaftar Dua (2) pasukanLelaki sahaja:
             5.2.1.      Satu  (1) Pasukan Kategori TERBUKA(bebas).
             5.2.2.      Satu (1) Pasukan Kategori VETERAN 45 tahun ke atas, lahir pada Tahun 1965.
5.3.        Setiap satu (1) Penyertaan/Pendaftaran pasukan adalah dikenakan Yuran kemasukan sebanyak              BND$100.00 (Ringgit; Satu Ratus Sahaja).
             5.3.1.      Kategori Terbuka (bebas)     -      BND$100.00 (Ringgit: Satu Ratus Sahaja).
             5.3.2.      Kategori Veteran 45 tahun-         BND$100.00 (Ringgit: Satu Ratus Sahaja).
5.4.        Setiap penyertaan hendaklah mengisikan BORANG PENDAFTARAN PASUKAN yang telah              disediakan oleh pihak penganjur yang disertakan bersama-sama ini dan hendaklah disertakan              dengan salinan KAD PINTAR  pemain sahaja, (Borang ‘A’).

5.5.        Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftarkan seramai dua belas (12) orang pemain dan tiga (3)              orang pegawai pasukan sahaja bagi setiap Kategori Terbuka dan Kategori Veteran 45 tahun, seperti              berikut:

             5.5.1.      Pengurus Pasukan                                 -              1 orang
             5.5.2.      Jurulatih Pasukan                                  -              1 orang
             5.5.3.      Pegawai Teknikal (Kit man/Medical)        -              1 orang
             5.5.4.      Pemain                                                -              12 orang
             Jumlah                                                             -              15 orang

5.6.        Mana-mana pasukan Kementerian yang telah memenuhi bilangan pendaftaran, pemain tidak              dibenarkan menukar atau membuat pendaftaran baru. Pasukan Kementerian tidak dibenarkan              menambah bilangan pemain atau menukar nama-nama pemain setelah tamatnya mesyuarat              pengurus-pengurus pasukan diadakan.
5.7.        Seorang pemain hanya dibenarkan bermain untuk satu (1) Pasukan Kementerian sahaja disepanjang              kejohanan ini dijalankan sehingga tamat kejohanan.
5.8.        Pengurus, Jurulatih dan Pegawai pasukan yang didaftarkan dalam senarai pasukan TIDAK              DIBENARKAN untuk bermain, bagi kedua-dua kategori.
5.9.        Pemain yang telah didaftarkan dengan mana-mana pasukan TIDAK DIBENARKAN diganti dengan              pemain yang lain.
5.10.      Jika didapati mana-mana pemain yang didaftarkan lebih dari satu pasukan, maka pemain terlibat              akan dibatalkan pendaftarannya dan ditegah daripada menyertai kejohanan ini.
5.11.      Selapas sahaja tamat mesyuarat pengurus-pengurus pasukan diadakan senarai nama pegawai              pasukan atau pemain-pemain tidak boleh lagi ditambah (didaftarkan) atau ditukar ganti dengan nama              pemain lain walaupun senarai nama pemain atau pegawai pasukan masih lagi ada kouta (kekosongan              nama pegawai atau pemain dalam senarai borang perlawanan pasukan yang belum diisikan dengan              lengkap atau tidak mencukupi syarat).
5.12.      Senarai akhir nama pemain-pemain yang disahkan semasa mesyuarat Pengurus-pengurus pasukan              adalah Muktamad.
5.13.      Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan / perubahan mengenai dengan              peraturan-peraturan dan syarat-syarat kejohanan / perlawanan pada bila-bila masa              sahaja jika ianya difikirkan perlu.
5.14.      Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada undang-undang permainan Futsal              FIFA dan Jawatankuasa Pertandingan Futsal PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA              HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009.

6.         MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

6.1.        Borang-borang yang telah di isikan dengan lengkap berserta dengan Yuran Kemasukan (Wang)              Penyertaan/Pendaftaran hendaklah dikembalikan kepada pihak Penganjur selewat-lewat nya              Semasa Majlis Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan dan Undian diadakan.
6.2.        Masyuarat Pengurus-pengurus pasukan akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang akan              dimaklumkan kemudian.
6.3.        Senarai akhir nama pemain-pemain dan pegawai-pegawai pasukan yang disahkan semasa taklimat              Pengurus-pengurus pasukan adalah  muktamad.

7.         PERSIAPAN PERLAWANAN

7.1.        Gelanggang dan peralatan perlawanan seperti tempat dan kemudahan-kemudahan lain akan              diuruskan dan disediakan oleh Pihak Penganjur.
7.2.        Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi (baju) yang berlainan warna disepanjang              kejohanan ini dijalankan.
7.3.        Jika terdapat pasukan memakai warna jersi (baju) yang sama, maka pasukan yang disebut              kemudian (AWAY TEAM) didalam jadual perlawanan akan dikehendaki menukar pakaiannya. Jika              pasukan tersebut gagal berbuat demikian dalam tempoh masa 10 minit, maka pasukan tersebut              dikira kalah (Walkover).
7.4.        Pemain hendaklah memakai pakaian yang lengkap iaitu baju, seluar pendek/panjang yang              bersesuaian dan stokin yang seragam, sementara penjaga gol hendaklah memakai jersi yang              berlainan warna daripada rakan sepasukannya dan juga pihak lawan. Pengurus, jurulatih, Pegawai              Perubatan, Pegawai Kelengkapan dimestikan memakai pakaian kemas yang bersesuaian dan              Pegawai-Pegawai pasukan tidak dibenarkan memakai SANDAL atau SELIPAR. Orang-orang yang              tidak berkenaan tidak dibenarkan duduk/berada dikawasan pasukan yang bermain. Jika didapati              mereka ini akan diarahkan keluar daripada kawasan pasukan tersebut.
7.5.        Semua jersi (baju) dimestikan mempunyai NOMBOR seperti yang didaftarkan dalam borang              penyertaan dan hendaklah menggunakan disepanjang kejohanan ini.
7.6.        PENDAFTARAN nombor jersi pemain adalah DIMESTIKAN menggunakan nombor mengikut              bilangan dari nombor 1 (satu) hingga nombor 12 (dua belas) sahaja termasuk penjaga gol. Jika              pasukan tersebut atau pemain tidak memakai, menggunakan (gagal berbuat demikian) nombor jersi              yang disyaratkan pemain atau pasukan tersebut TIDAK DIBENRKAN UNTUK BERMAIN.
7.7.        Pelindung kaki (SHIN PADS) DIMESTIKAN dipakai semasa bermain yang mana ianya termasuk              dalam undang-undang permainan. Pemain yang tidak melengkapi diri mereka dalam perkara ini              TIDAK DIBENARKAN BERMAIN.

7.8.        Pemain-pemain hanya dibenarkan menggunakan kasut yang mempunyai permukaan tapak getah              yang rata. Warna tapak kasut mestilah berwarna putih/kuning atau yang bersesuaian. Tapak kasut              yang bergigi atau berwarna hitam TIDAK DIBENARKAN (tapak kasut berwana hitam tertakluk kepada              kelulusan yang dibenarkan oleh FIFA dan Kebenaran daripada pihak penganjur serta pegawai              bertugas).
7.9.        Seorang pemain tidak dibenarkan memakai / menggunakan pakaian sukan seperti berikut;
             7.9.1.     Seluar  separuh  lutut  tidak  seragam  dengan rakan  sepasukannyakecuali penjaga gol                           tertakluk kepada kesesuaiannya.
             7.9.2.     Seluar separuh lutut atau panjang yang mempunyai poket diluar yang tidak seragam                           dengan rakan sepasukannya.
7.10.      Pemeriksaan kelengkapan pemain akan dibuat sebelum perlawanan dijalankan oleh pegawai yang              bertugas (Pengadil).
7.11.      Setiap pasukan / pemain gantian dimestikan memakai ‘BIB’, semasa duduk dibangku (pemain              simpanan/gantian) dan semasa melakukan pemanasan badan (warm-up).
7.12.      Setiap pasukan dimestikan menurunkan minima empat (4) orang pemain disetiap perlawanan.              Pasukan yang gagal berbuat demikian akan dikira kalah,  jika melibatkan kedua-dua pasukan, maka              perlawanan berkenaan akan dibatalkan.

8.         UNDANG – UNDANG PERLAWANAN

8.1.        Kejohanan ini mengikut Peraturan dan undang-undang Futsal yang telah ditetapkan oleh pihak              Federation de Football Association (FIFA) Asian Football Confideration (AFC) ASEAN Football              Federation (AFF) Persekutuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FFBD) dan undang-undang tempatan              (Local Rule) yang disediakan oleh pihak Penganjur.
8.2.        (PERTUKARAN PEMAIN)
             Bilangan penggantian (pertukaran pemain) dalam satu-satu perlawanan tidak terhad asalkan pemain              terbabit ada dalam senarai pendaftaran pasukan.
8.3.        Pertukaran pemain boleh dibuat/dilakukan disepanjang perlawanan/permainan sedang berlangsung              pada bila-bila masa tanpa memberhentikan masa permainan termasuk pertukaran penjaga gol. ( Law              3 – The Number of Player).
8.4.        (KAD KUNING)
             Mana-mana pemain yang mendapat 2 (dua) kad kuning secara automatik digantung satu perlawanan              berikutnya.
8.5.         (KAD MERAH)
             Mana-mana pemain yang diperintahkan keluar gelanggang permain (DIBERIKAN KAD MERAH) oleh              pengadil perlawanan secara automatik digantung dua ( 2 ) perlawanan berikutnya. Jika pemain yang              menerima kad merah tersebut melakukan satu kesalahan yang besar maka kesnya, pemain tersebut              akan diputuskan oleh Lembaga Tatatertib bagi tindakan selanjutnya.

8.6.         (DUA KAD KUNING SATU KAD MERAH)
             Mana-mana pemain yang menerima dua kad kuning dalam satu masa perlawanan sedang diadakan              dan diberikan kad merah, maka  secara automatik pemain tersebut digantung satu ( 1 ) perlawanan              berikutnya. Tertakluk kepada, Jika pemain berkenaan tersebut melakukan satu kesalahan yang              besar maka kesnya, pemain tersebut akan diputuskan oleh Lembaga Tatatertib bagi tindakan              selanjutnya.
8.7.        Pemain yang menerima kad merah semasa perlawanan sedang berjalan, pemain tersebut hendaklah              meninggalkan gelanggang permainan dan  tidak dibenarkan duduk dibangku pemain simpanan              pasukannya. Pasukan yang mengalami perkara ini bolehlah memasukan pemain gentian bagi              mencukupi bilangan pemain 5 ( Lima ) orang pemain   setelah 2 minit dan setelah menerima arahan              daripada Pegawai yang bertugas (Pengadil 3). Jika sekiranya dalam tempoh masa tidak sampai 2              minit pasukannya    kemasukan jaringan gol dengan sendirinya pemain gantian dibenarkan masuk              didalam   permainan itu. ( Dirujuk kepada undang-undang Futsal, Laws of the Game,  2008 ,              Peraturan 11, Pelanggaran-pelanggaran dan kelakuan buruk ).

 

9.         TATATERTIB PERLAWANAN DAN PERATURAN AM

9.1.        Pegawai dan pemain-pemain serta penyokong-penyokong pasukan hendaklah mematuhi tatatertib              perlawanan, mereka-mereka yang gagal mematuhinya tindakan akan diambil.
9.2.        Setiap pasukan adalah bertanggungjawab kepada pemain, pegawai dan penyokong-penyokongnya.
9.3.        Semua pasukan hendaklah menunjukan semangat kesukanan yang tinggi. Mana-mana pasukan yang              didapati menimbulkan HURA-HARA semasa perlawanan sedang berjalan dalam kejohanan ini akan              disingkirkan dari menyertainya.
9.4.        Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kecelakaan atau kecederaan pemain              mahupun pegawai-pegawai pasukan semasa kejohanan dijalankan.
9.5.        Pegawai-pegawai dan pemain-pemain pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan menjaga              kebersihkan Stadium/dewan sebelum, semasa dan selepas perlawanan diadakan.
9.6.        Mana-mana Pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja yang dibenarkan              membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak penganjur dalam              tempoh masa 20 minit setelah perlawanan berakhir dan hendaklah disertakan dengan Wang              cangaran/desposit pertaruhan sebanyak BND200.00 (BND.Ringgit; Dua Ratus Sahaja) TUNAI              dan ianya tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya, maka wang tersebut adalah              menjadi hak milik pihak Pengelola.

10.          PEGAWAI TENIKAL DAN PENGADIL PERLAWANAN

10.1.      Pihak penganjur akan melantik Pegawai-pegawai teknikal dan Pengadil-pengadil   Futsal daripada              Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,      Majlis Sukan ABDB,              Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Jawatankuasa Pengadil Futsal Negara              Brunei Darussalam (BDfutRC), Persatuan Pengadil Futsal Daerah dan yang berkelayakaan, pernah              mengikuti Kurusus-kurusus  Pengadilan Futsal yang diadakan dalam dan diluar negari.
10.2.      Laporan pengadil perlawanan mengenai sebarang kejadian yang melibatkan amaran bertulis atau              perintah keluar gelanggang permainan, hendaklah diserahkan kepada Pihak Penganjur dalam tempoh              masa 24 jam selepas satu-satu perlawanan selesai dan  seterusnya dihadapkankepada Lembaga              Tatatertib Disiplin, jika perlu.
10.3.      Keputusan PENGADIL adalah MUKTAMAD.

 

11.       PEMBATALAN PERLAWANAN

11.1       Perlawanan tidak boleh ditanggohkan (dibatalkan) kecuali atas kehendak dan   ketatapan  Pihak              Penganjur. (rujuk kepada peraturan bilingan 5, - 5.12 / 5.13).

 

12.       PENGUNDURAN PASUKAN

12.1.      Mana-mana pasukan yang menarik diri selepas perlawanan bermula atau setelah lebih separuh              kejohanan dijalankan maka pasukan terbabit akan dikeluarkan dari pertandingan dan mana-mana              mata (point) yang diperolehi oleh pasukan-pasukan dari hasil perlawanan dengannya akan dibatalkan              (tidak dikira).
12.2.      Mana-mana pasukan yang memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lain (lawannya)              dengan sengaja, maka pasukan terlibat akan dibatalkan penyertaannya dan semua perlawanan dan              keputusan mengenainya akan dibatalkan dan tindakan disiplin akan diambil.
12.3.      Jika terdapat pengunduran pasukan berlaku pada perlawanan peringkat akhir atau menentukan              tempat ketiga, maka kemenangkan dengan sendirinya diberikan kepda Pihak lawan.
12.4.      Manan-mana  pasukan yang menarik diri atau dikeluarkan oleh pihak penganjur dari meneruskan              perlawanan dikejohanan ini atas sebab-sebab yang tertentu maka bayaran (Yuran)  masuk              penyertaan kejohanan ini tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik  pihak pengelola.

13.       BORANG PERLAWANAN

13.1.      Pengurus atau Jurulatih pasukan hendaklah menyerahkan BORANG PERLAWANAN      (BORANG              ‘D’) kepada Urusetia pengawas perlawanan selewat-lewatnya dua puloh (20)minit sebelum              perlawanan pasukannya  bermula.

 

14.       FORMAT PERLAWANAN

14.1.      Perlawanan dijalankan secara liga satu kumpulan, yang dibahagikan kepada Dua (2) kumpulan iaitu              Kumpulan ‘A’ dan Kumpulan ‘B’.
             14.1.1.   Johan Kumpulan ‘A’ akan berlawan dengan Naib Johan Kumpulan ‘B’.
             14.1.2.   Johan Kumpulan ‘B’ akan berlawan dengan Naib Johan kumpulan ‘A’.
14.2.       Sistem mata kemenangan adalah seperti berikut ;-
             14.2.1    MENANG             -              3 MATA
             14.2.2    SERI                  -              1 MATA
             14.2.3    KALAH                -              0 MATA
             14.2.4    WALKOVER         -              0 MATA
             (Pasukan yang hadir diberikan mata kemenangan 3 mata dan 2 jaringan gol)

14.3.      Tiga (3) mata kemenangan dan dua (2) jaringan gol akan diberikan kepada pasukan yang menang              tanpa berlawan/bermain (walkover).
14.4.      Sekiranya terdapat dua (2) atau lebih pasukan yang terikat dengan jumlah mata yang sama atau              seri, maka penentuan pasukan yang teratas dan yang kedua dikumpulan tersebut akan ditentukan              mengikut susunan hiraki seperti berikut :-
             (i).          Pasukan yang mempunyai jaringan gol terbanyak.
             (ii).         Jika masih seri, pasukan yang mempunyai perbezaan gol.
             (iii).        Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah kemenangan yang banyak.
             (iv).       Jika masih seri, pasukan yang menang dalam perlawanan dengan pihak lawannya.
             (v).        Jika masih seri, maka Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Futsal PESTA SUKAN              KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009, akan menentukannya              atau cara lain yang difikirkan sesuai untuk membuat keputusan. (rujuk kepada peraturan bilingan 5, -              5.12 / 5.13).

15.       JANGKAMASA PERMAINAN

15.1.      Jangkamasa permainan diperingkat Awal / Suku Akhir / Separuh Akhir (peringkat kalah mati) dan              Tempat Ke-3/4, adalah selama Sepuloh (10) minit bagi masa pertama dan Sepuloh (10) minit bagi              masa kedua, Rehat diberikan selama tiga (3) minit sahaja. (Sistem masa berjalan – (Running Times),              perkara ini tertakluk kepada peraturan bilingan 5, - 5.12/5.13.
15.2.      Perlawanan diperingkat Akhir. Jangkamasa permainan berjalan selama lima belas (15) minit bagi              separuh masa pertama dan lima belas (15) minit bagi separuh masa kedua, rehat diberikan selama              lima (5) minit. Permainan dijalankan sistem masa berjalan – Running Times, tertakluk kepada              peraturan bilingan 5, 5.12/5.13.
15.3.       Tidak ada Time-Out dijalankan dalam pertandingan ini.
15.4.      Perlawanan diperingkat Kalah mati - Suku Akhir / Separuh Akhir / Tempat ke-3/4 dan Perlawanan              Peringkat Akhir, tidak ada masa tambahan permainan diberikan. Jika kedudukan permainan seri bagi              tempoh masa perlawanan tamat tiada jaringan gol dilakukan maka bagi menuntutukan kemenangan              dijalankan dengan sepakan Penalti, (tertakluk kepada peraturan bilingan 5, 5.12/5.13). Sepakan              penalti akan diadakan sebanyak lima (5) kali sepakan bagi setiap pasukan. Jika kedudukan masih              sama (seri), sepakan penalti akan diberikan secara bergilir-gilir sehingga ada pemenang. Sepakan              penalti dijalankan adalah seperti berikut dibawah ini :-
             15.4.1.  Sepakan Penalti, kedudukan bilangan pemain setiap pasukan adalah sama semasa                           sepakan penalti akan diadakan (Contoh ; Pasukan A, mempunyai bilangan pemain 12                           orang,maka Pasukan B, mestilah mempunyai bilingan 12 orang pemain juga. Sekiranya                           Pasukan A, 2 orang pemainnya tidak dapat bermain digantung daripada bermain kerana                           menarima dua kad kuning atau kad merah atau atas sebab-sebab kecederaan yang serius,                           maka bilingan pemain tersebut menjadi tinggal 10 orang, maka Pasukan B, juga                           hendaklah juga sama bilingan pemainnya 10 orang. Jika kedudukan juga masih sama                           (seri) hingga akhir sepakan penalti tidak ada pemenang, maka sepakan penalti diteruskan                           yangmana pemain pertama yang melakukan sepakan penalti akan membuat sepakan                           penalti buat kali kedua nya mengikut geliran senarai nama awal pemain-pemain yang                           melakukan sepakan penalti tersebut hinggalah seterusnya dan seterusnya sehingga                           mencapai ada pasukan yang menjadi pemenang.

 

16.       JAWATANKUASA BANTAHAN / TATATERTIB

16.1.      Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib adalah terdiri dari seorang Pengerusi dan empat ahli.
16.2.      Pengurusi adalah terdiri dari Ahli Jawatankuasa Pengelola dan Ahli-ahlinya yang terdiri dari Pegawai              pasukan-pasukan (Pengurus) yang mengambil bahagian tetapi pegawai dari pasukan yang terlibat              tidak boleh mengambil bahagian didalam perbincangan atau mengundi.
16.3.      Jika pasukan Pengerusi terlibat, maka mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh seorang ahli              yang hadir.
16.4.      Jawatankuasa Tatatertib akan bermesyuarat dalam masa 24 jam selepas tamat perlawanan              berkenaan.
16.5.      Jawatankuasa Tatatertib akan menentukan tentang perkara-perkara berikut:-
             16.5.1.   Kes pemain yang dibuang padang.
             16.5.2.  Sebarang salahlaku pemain atau pegawai yang dilaporkan atau dibawa untuk perhatian                            Jawatankuasa tersebut.
             16.5.3.  Aduan atau bantahan bertulis daripada Pengurus Pasukan yang menyertai kejohanan ini.                           Sebarang aduan atau bantahan bertulis mestilah diserahkan kepada Pengerusi                           Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya selewat-selewatnya 2 jam selapas insiden tersebut.
             16.5.4.  Jawatankuasa Tatatertib boleh menggantung seorang pemain daripada mengambil bahagian                           diperlawanan-perlawanan seterusnya didalam kejohanan  ini.
             16.5.5.  Kes-kes salahlaku yang memerlukan tindakan tatatertib.
             16.5.6.  Semua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah Muktamad.

17.       HADIAH / MEDAL KEMENANGAN

17.1.      Bagi kategori terbuka (bebas) hadiah/medal kemenangan akan diberikan, seperti berikut:
             Johan                                 -              1 (15) Pingat Emas dan Sijil
             Naib Johan                          -              1 (15) Pingat Perak dan Sijil
             Ketiga                                -              1 (15) Pingat Gangsa dan Sijil
17.2.      Bagi kategori Veteran 45 tahun, hadiah/medal kemenangan akan diberikan, seperti berikut:
             Johan                                 -              1 (15) Pingat Emas dan Sijil
             Naib Johan                         -              1 (15) Pingat Perak dan Sijil
             Ketiga                                -              1 (15) Pingat Gangsa dan Sijil

17.3.      Sijil-sijil Penghargaan Penyertaan diberikan kepada semua pasukan yang menyertainya.