Dart
1. NAMA KEJOHANAN
1.1. Kejohanan Dart Berpasukan (4 Some) Pesta Sukan Kementeian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2009 Anjuran Jabatan Belia dan Sukan dan dikelolakan oleh Persatuan Dart Kebangsaan Brunei National Dart Association (BNDA).
2. TUJUAN
2.1. Kejohanan ini diadakan bagi melaksanakan “DASAR SUKAN NEGARA” khasnya dalam SUKAN UNTUK MASYARAKAT.
3. ANJURAN
Kejohanan ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dikelolakan oleh Persatuan Dart Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam.
4. TARIKH
Perlawanan ini akan bermula pada 10hb,11hb & 13hb Mac 2010 ( Hari Rabu, Khamis dan Jumaat).
5. TEMPAT PERLAWANAN
Dewan Serbaguna, Jabatan Perkhidmatan Awam, Mentiri.
6. SYARAT-SYARAT PERLAWANAN
6.1. Terbuka kepada semua Pegawai-Pegawai dan Kakitangan di Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, termasuk Pegawai dan Kakitangan yang berkontrak dan bergaji hari.
6.2. Mestilah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
6.3. Tiap-tiap pasukan hendaklah mempunyai 4 orang pemain dan 1 orang simpanan yang bererti 5 orang dalam 1 pasukan yang nama penuhnya didaftarkan di dalam borang penyertaan, sebarang perubahan di dalam pertukaran nama pemain hendaklah dimaklumkan sebelum undian dimulakan. Nama pemain yang sama tidak boleh mewakili dalam dua (2) pasukan yang berbeza.
6.4. Penyertaan setiap Kementerian hanya dibenarkan menghantar/mendaftar satu pasukan sahaja.
6.5. Borang penyertaan yang sudah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan tidak lewat pada 6hb Februari 2010 ke:
URUSETIA PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009.
Unit Penganjuran dan Penyertaan
Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Spg. 336-17 Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan BA1211, Negara Brunei Darussalam.
Tel: 2382911 atau 2381903/4/5 ext 1625
Fax: 2380869 atau 2380042
Email: rosfazilah@gmail.com
7. UNDANG-UNDANG KEJOHANAN
7.1. Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang kemas dan seboleh-bolehnya memakai baju seragam bagi tiap-tiap pasukan. (TIDAK BOLEH MEMAKAI JEANS DAN SELIPAR).
7.2. Tidak dibenarkan membawa minuman/makanan dan merokok ke dalam dewan/tempat perlawanan.
7.3. Tidak dibenarkan membuat bising semasa perlawanan sedang berjalan. Semua telefon bimbit hendaklah ditutup atau dimatikan bunyinya (Silent mode).
7.4. Semua peserta hendaklah berjanji untuk sentiasa mematuhi semua peraturan dan syarat-syarat perlawanan ini.
7.5. Mana-mana undang-undang dan peraturan yang tidak tercatat di sini bolehlah dirujuk kepada Pengerusi Perlawanan, Persatuan Dart Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
7.6. Tarikh bagi perlawanan ini akan dimaklumkan semasa mesyuarat pengurus.
7.7. Pihak Penganjur berhak menolak mana-mana yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Perlawanan.
7.8. Pihak Penganjur berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada peraturan perlawanan sekiranya diperlukan.
7.9. Pengerusi berhak membuat keputusan muktamad atau membatalkan perlawanan bila ada bantahan atau perubahan.
8. FORMAT PERLAWANAN
Bagi perlawanan berpasukan (4 some) semua perlawanan dijalankan secara 1001 x 1 :
8.1. Perlawanan Perseorangan Pertama dijalankan 501 x 3
8.2. Perlawanan Bergu Pertama dijalankan 501 x 3
8.3. Perlawanan Perseorangan kedua dijalankan 501 x 3
8.4. Perlawanan Bergu kedua dijalankan 501 x 3
8.5. Perlawanan Perseorangan Ketiga dijalankan 501 x 3
8.6. Mata tambahan sebanyak 1 mata akan diberikan kepada setiap pemenang. (Mata yang terbanyak)
8.7. Jika terdapat aggregate yang sama maka perlawanan (4 some) akan dijalankan secara 1001 x 1 dan pemenang akan diberikan 1 mata tambahan.
8.8. Perlawanan akan dijalankan secara pusing keliling dan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan tertakluk kepada penyertaan sementara dalam pusingan kedua perlawanan akan dijalankan secara kalah mati. (Akan diundikan bagi menentukan perlawanan masing-masing).
8.9. Semua peserta/pemain dinasihatkan untuk sentiasa bersedia di Board masing-masing bagi perlawanan mereka, pihak penganjur tidak akan bertanggongjawab di atas sebarang kelewatan yang disediakan oleh peserta/pemain itu sendiri. Jika didapati pasukan berkenaan lewat 5 minit pada waktu perlawanan maka pasukan berkenaan dikira kalah (Walkover).
9. HADIAH-HADIAH
Hadiah-hadiah kejohanan sukan dart ini adalah seperti berikut:-
9.1. JOHAN - 1 (7) Pingat Emas dan Sijil.
9.2. NAIB JOHAN - 1 (7) Pingat Perak dan Sijil.