Bola Tampar

Posted by admin

1.         PERATURAN AM

1.1.        Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut              Undang-Undang ANTARABANGSA BOLA TAMPAR DUNIA.
1.2.        Sekiranya berlaku perselisihan/persoalan dari pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa              Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.3.        Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti              berikut:-
             1.3.1.     Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN AM SUKAN                           KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009.
             1.3.2.     Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan bersaskan kepada Undang-Undang              PERSATUAN BOLA TAMPAR BRUNEI DARUSSALAM.
1.4.        Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bola Tampar              SUKAN KEMENTERIAN-KEMENETRIAN SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009 adalah              muktamad.

2.         TARIKH

             6hb hingga 13hb Mac, 2010.

 

3.         TEMPAT PERTANDINGAN

             Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

 

4.         PENYERTAAN

4.1.         Kontinjen yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang penyertaan kepada:-

URUSETIA PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009.
Unit Penganjuran dan Penyertaan
Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Spg. 336-17 Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan BA1211, Negara Brunei Darussalam.
Tel: 2382911 atau 2381903/4/5 ext 1625
Fax: 2380869 atau 2380042
Email: rosfazilah@gmail.com

 

 

4.2.         Penyertaan Kontinjen adalah seperti:-

             4.2.1.     Jabatan Perdana Menteri
             4.2.2.     Kementerian Kewangan
             4.2.3.     Kementerian Pertahanan
             4.2.4.     Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
             4.2.5.     Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
             4.2.6.     Kementerian Pendidikan
             4.2.7.     Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
             4.2.8.     Kementerian Pembangunan
             4.2.9.     Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
             4.2.10.   Kementerian Kesihatan
             4.2.11.   Kementerian Hal Ehwal Ugama
             4.2.12.   Kementerian Perhubungan

4.3          Setiap Pasukan hanya dibenarkan menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan wanita              sahaja:

             Lelaki:
             Pengurus Pasukan               1 Orang
             Jurulatih Pasukan                1 Orang
             Pemain                             12 Orang
             Jumlah                            14 Orang sahaja.

             Wanita:
             Pengurus Pasukan             1 Orang
             Jurulatih Pasukan              1 Orang
             Pemain                           12 Orang
             Jumlah                          14 Orang sahaja.

4.3.        Setiap Pasukan hendaklah mengisikan borang yang telah disediakan dan dikembalikan pada 27              Februari 2010 semasa waktu pajabat.

 

5.         KELAYAKAN PESERTA

5.1.        Kelayakan peserta hendaklah mengikut kouta yang ditetapkan dalam borang penyertaan.
5.2.        Pengurus dan Jurulatih adalah tidak di benarkan untuk bermain.

 

6.         MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

6.1.        Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan satu hari sebelum pertandingan acara Bola Tampar              dimulakan.
6.2.        Senarai nama yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

 

7.         SISTEM PERTANDINGAN

7.1.        Pertandingan dijalankan secara ‘ROUND ROBIN’ dalam dua (2) kumpulan setiap kategori tertakluk              kepada jumlah penyertaan.
7.2.        Permainan akan dimainkan sebanyak 5 set (liga,separuh dan akhir).

 

8.         MENENTUKAN KEMENANGAN

8.1.         Sistem pemberian mata bagi pertandingan secara liga adalah seperti berikut:-

             Menang               –             3 mata
             Kalah                  –             0 mata

 

9.         KELEWATAN

9.1.        Pasukan adalah dikehendaki hadir ditempat perlawanan setengah jam (30 minit) sebelum              perlawanan dimulakan. Mana-mana pasukan yang tidak hadir setelah lewat 10 minit daripada masa              sepatutanya perlawanan dijalankan, maka pasukan berkenaan dikira menarik diri daripada              keseluruhan pertandingan dan pasukan berkenaan tidak dibenarkan menyertai perlawanan              seterusnya.

 

10.       PAKAIAN PESERTA

10.1.      Setiap Pasukan hendaklah memakai pakaian seragam semasa perlawanan dijalankan dan              mempunyai 2 ‘set’ yang berlainan warna.
10.2.      Pemain-Pemain adalah dibolehkan memakai seluar tiga suku panjang (dibawah paras lutut).
10.3.      Pemain-Pemain TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI BAJU KETAT DAN PENDIK (wanita).
10.4.      Pemain-pemain hendaklah menggunakan kasut yang bersesuaian.
10.5.      Pemain-pemain tidak dibenarkan memakai barang kemas yang boleh membahayakan kepada              pemain-pemain lain atau sesama sendiri.

 

11.       PERTUKARAN PEMAIN

11.1.      Pasukan-pasukan yang ingin membuat pertukaran pemain yang telah didaftarkandalam borang              penyertaan bolehlah berbuat demikian semasa mesyuarat pengurus.
11.2.      Bagaimanapun, pertukaran pemain setelah perlawanan pertama kejohanan tersebut berlangsung              tidak akan diterima.

 

12.       PERKARA-PERKARA AM

12.1.      Kecederaan dan kemalangan pemain-pemain adalah tanggungjawab pasukan itu sendiri.
12.2.      Perkara-perkara yang berbangkit yang tidak terkandung dalam syarat-syarat penyertaan serta              sistem peraturan perlawanan akan dirujuk kepada pihak penganjur. Sebarang keputusan              mengenainya adalah MUKTAMAD.

 

13.       RAYUAN / BANTAHAN

13.1.      Sebarang rayuan atau bantahan mengenai sesuatu perkara bolehlah dibuat oleh Pengurus Pasukan              secara bertulis keapda Juri Rayuan dalam tempoh masa tidak lebih daripada tiga puluh (30) minit              selepas tamat sesuatu perlawanan dengan menyertakan wang cengkram sebanyak BND$200.00              (Ringgit Brunei Dua Ratus Sahaja).
13.2.      Sekiranya rayuan tersebut berjaya Wang Cengkeram tersebut akan dikembalikan dan ianya akan              menjadi milik Jawatankuasa Penganjur jika gagal dalam bantahan dan rayuan.

 

14.       TATATERTIB/DISPLIN

14.1.      Satu Jawatankuasa Tatatertib/Displin akan ditubuhkan dan apa-apa jua keputusan mengenainya              adalah muktamad.

 

15.       HADIAH

15.1.       Hadiah-hadiah akan diberikan kepada kategori lelaki dan wanita:-

             Lelaki:
             Johan                                 -              1 (14) Pingat Emas dan Sijil.
             Naib Johan                          -              1 (14) Pingat Perak dan Sijil.
             Ketiga                                -              1 (14) Pingat Gangsa dan Sijil.

             Wanita:
             Johan                                 -              1 (14) Pingat Emas dan Sijil.
             Naib Johan                          -              1 (14) Pingat Perak dan Sijil.
             Ketiga                                -              1 (14) Pingat Gangsa dan Sijil.