Bola Jaring
1. PERATURAN AM
1.1. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang permainan gabungan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (FINA).
1.2. Sekiranya timbul perselisihan/persoalan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.3. Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan atau undang-undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut:
1.3.1. Semua kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada PERATURAN AM PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2009.
1.3.2. Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-Undang dan Persatuan Bola Jaring Negara Brunei Darussalam.
1.3.3. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan pertandingan Bola Jaring PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2009 adalah muktamad.
2. TARIKH PERTANDINGAN
6hb hingga 13hb Mac, 2010.
3. TEMPAT PERTANDINGAN
Kompleks Sukan Tutong.
4. PENYERTAAN
4.1. Kontinjen yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang penyertaan kepada:
URUSETIA PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009.
Unit Penganjuran dan Penyertaan
Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Spg. 336-17 Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan BA1211, Negara Brunei Darussalam.
Tel: 2382911 atau 2381903/4/5 ext 1625
Fax: 2380869 atau 2380042
Email: rosfazilah@gmail.com
4.2. Penyertaan Kontinjen adalah seperti berikut:-
4.2.1. Jabatan Perdana Menteri
4.2.2. Kementerian Kewangan
4.2.3. Kementerian Pertahanan
4.2.4. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
4.2.5. Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
4.2.6. Kementerian Pendidikan
4.2.7. Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
4.2.8. Kementerian Pembangunan
4.2.9. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
4.2.10. Kementerian Kesihatan
4.2.11. Kementerian Hal Ehwal Ugama
4.2.12. Kementerian Perhubungan
4.3. Setiap kementerian yang mengambil bahagian hanya boleh mendaftarkan satu pasukan sahaja terdiri daripada:
PASUKAN
Pengurus Pasukan - 1 Orang
Jurulatih - 1 Orang
Pemain - 12 Orang
Jumlah - 14 Orang
5. KELAYAKAN PESERTA
5.1. Terdiri daripada PASUKAN WANITA sahaja.
5.1.1. 2 Orang terdiri daripada Bahagian II Keatas.
5.1.2 10 Orang terdiri daripada Jawatan Bebas.
5.2. Kelayakan peserta hendaklah mengikut kouta yang ditetapkan dalam borang penyertaan.
5.3. Pengurus Pasukan dan Jurulatih pasukan tidak dibenarkan untuk bermain.
6. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN
6.1. Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada Hari Sabtu ( 13hb Februari 2010).
6.2. Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta semasa mesyuarat pengurus pasukan.
6.3. Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran atau gantian peserta tidak dibenarkan.
6.4. Senarai pemain-pemain yang tidak melebihi daripada 12 orang hendaklah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pengelola Bola Jaring untuk pengesahan.
6.5. Taklimat Pengurus hanya akan dihadiri oleh Pengurus Pasukan yang berdaftar dan kehadiran jurulatih-jurulatih sebagai pemerhati sahaja.
7. ACARA-ACARA
7.1. Berpasukan (12 pemain)
8. SISTEM PERTANDINGAN
8.1. Pertandingan dijalankan secara ‘ROUND ROBIN’.
8.2. Perlawanan dijalankan selama 20 minit x 2 dengan masa 5 minit rehat.
9. MENARIK DIRI
9.1. Pasukan yang lewat 15 minit daripada masa yang dijadualkan akan dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding.
9.2. Menarik diri (walk-over) sama sekali tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku Pasukan yang menarik diri itu tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.
9.3. Keputusan-keputusan pertandingan terdahulu yang melibatkan Pasukan yang menarik diri (sistem KUMPULAN) tidak diambil kira.
10. TATATERTIB DAN PENGANTUNGAN
10.1. Semua Pengurus/Jurulatih dan pemain-pemain berdaftar dikehendaki menyertainya dengan penuh semangat kesukanan dan muhibbah, di samping menghormati dan mematuhi segala Undang-Undang dan Peraturan yang ditentukan.
11. BANTAHAN/RAYUAN
11.1. Semua bantahan/rayuan hendaklah dikemukakan secara bertulis oleh Pengurus Pasukan yang berdaftar sahaja kepada Juri Rayuan tidak lewat daripada 30 minit selepas tamat perlawanan berkaitan.
11.2. Tiap-tiap bantahan/rayuan hendaklah disertakan dengan wang sebanyak BND$200.00 sahaja sebagai cengkeram.
11.3. Wang cengkeram ini akan luput jika bantahan/rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.
12. JURI RAYUAN
12.1. Juri Rayuan akan dianggotai oleh:
12.1.1. Seorang Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Bola Jaring atau wakilnya.
12.1.2. Seorang setiausaha Jawatankuasa Pengelola Bola Jaring atau wakilnya.
12.1.3. 3 orang ahli wakil persatuan Bola Jaring, pegawai Penganjuran atau wakilnya dan 3 orang pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan/rayuan.
12.1.4. Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 2 jam setelah menerima bantahan/rayuan yang dibuat oleh pasukan-pasukan dan menyampaikan keputusan kepada Jawatankuasa Pengelola untuk diumumkan.
12.1.5. Mesyuarat Juri Rayuan (jika ada) hendaklah dijemput Pengurus-Pengurus Pasukan yang terlibat dengan bantahan/rayuan bagi mendapat penerangan daripada meraka dengan bertujuan membela diri.
12.1.6. Sebarang keputusan yang telah diumumkan oleh Jawatankuasa Pengelola mengenai bantahan/rayuan ini adalah muktamad.
13. HADIAH-HADIAH
13.1. Hadiah Pingat-Pingat akaan disediakan/diberikan seperti berikut:
13.1.1. Johan - 1 (14) Pingat Emas dan Sijil.
Naib Johan - 1 (14) Pingat Perak dan Sijil.
Ketiga - 1 (14) Pingat Gangsa dan Sijil.