Badminton

Posted by admin

1.         PERATURAN AM

1.1.         Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut              undang-undang PERSEKUTUAN BADMINTON DUNIA (BWF) dan PERSATUAN BADMINTON              KEBANGSAAN BRUNEI DARUSSALAM.
1.2.         Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafrsiranya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris              yang terkini akan dipatuhi.
1.3.        Kejadian diluar  dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan atau undang-undang berkenaan akan              diputuskan seperti berikut:
             1.3.1.     Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM PESTA SUKAN                           KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009.
             1.3.2.     Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada Undang-Undang                           PERSEKUTUAN BADMINTON DUNIA (BWF).
             1.3.3.     Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan pertandingan                           Badminton PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI                           PERKHIDMATAN AWAM 2009 adalah muktamad.

 

2.         TARIKH PERTANDINGAN

             6hb  hingga 13hb Mac,  2010.

 

3.         TEMPAT PERTANDINGAN

             Dewan Riadah Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

 

4.         PENYERTAAN

4.1.         Kontinjen/Pasukan yang mengambil bahagian hendaklah menghantar borang  penyertaan kepada:

             URUSETIA PESTA SUKAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2009.
Unit Penganjuran dan Penyertaan
Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan,
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Spg. 336-17 Jalan Kebangsaan,
Bandar Seri Begawan BA1211, Negara Brunei Darussalam.
Tel: 2382911 atau 2381903/4/5 ext 1625
Fax: 2380869 atau 2380042
Email: rosfazilah@gmail.com

 

4.2.         Penyertaan Kontinjen adalah seperti berikut:-

             4.2.1.     Jabatan Perdana Menteri
             4.2.2.     Kementerian Kewangan
             4.2.3.     Kementerian Pertahanan
             4.2.4.     Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
             4.2.5.     Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan
             4.2.6.     Kementerian Pendidikan
             4.2.7.     Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama
             4.2.8.     Kementerian Pembangunan
             4.2.9.     Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
             4.2.10.   Kementerian Kesihatan
             4.2.11.   Kementerian Hal Ehwal Ugama
             4.2.12.   Kementerian Perhubungan

4.3.       Setiap Pasukan (LELAKI dan WANITA) yang mengambil bahagian mendaftarkan satu  pasukan              sahaja terdiri daripada:-

             Antara PASUKAN LELAKI

             Pengurus Pasukan           -              1 Orang
             Jurulatih                         -              1 Orang
             Pemain                           -              12 Orang
             Jumlah                          -              14 Orang

             Antara PASUKAN WANITA

             Pengurus Pasukan           -              1 Orang
             Jurulatih                         -               1 Orang
             Pemain                           -              12 Orang
             Jumlah                          -              14 orang

 

5.         KELAYAKAN PESERTA

5.1.         Had/Umur peserta PASUKAN LELAKI DAN PASUKAN WANITA adalah:-

             5.1.1.     2 orang Jawatan Super Scale keatas
             5.1.2.     2 orang Jawatan Divisen 2 keatas
             5.1.3.     2 orang Jawatan Divisen 3 keatas
             5.1.4.     4 orang Jawatan Divisen 4
             5.1.5.     2 orang Jawatan bebas

5.2.         Sila rujuk borang yang disediakan.
5.3.         Pengurus Pasukan dan jurulatih pasukan tidak dibenarkan untuk bermain.

 

6.         MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

6.1.        Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan 1 hari sebelum pertandingan pertama dimulakan.
6.2.        Pengurus-Pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta akhir semasa              mesyuarat pengurus pasukan.
6.3.        Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad. Sebarang              permohonan pertukaran atau gantian peserta  tidak dibenarkan.
6.4.       Taklimat Pengurus hanya akan dihadiri oleh Pengurus Pasukan yang berdaftar dan   kehadiran              jurulatih-jurulatih sebagi pemerhati sahaja.

 

7.         ACARA-ACARA

7.1.         Acara dipertandingkan adalah Lelaki dan Wanita Berpasukan sahaja.

 

8.         SISTEM PERTANDINGAN

8.1.        Akan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan setiap kategori (tertakluk jumlah penyertaan).
8.2.        Pertandingan ini akan dijalankan secara liga kumpulan ‘round robin’ bagi menentukan/mencari dua              (2) pasukan terbaik pada setiap kumpulan.
8.3.        Pusingan seterusnya akan dimainkan pukul mati ‘knock out system’ hingga seterusnya.

 

9.         MENARIK DIRI

9.1.       Pasukan yang terlewat lima belas (15) minit daripada masa yang dijadulkan bermain adalah              dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawannya itu.
9.2.        Menarik diri (walk-over) sama sekali tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku PASUKAN yang menarik              diri itu tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.
9.3.        Keputusan-keputusan pertandingan terdahulu yang melibatkan Pasukan yang menarik diri (sistem              KUMPULAN) tidak diambil kira.

10.       PENGADIL / HAKIM GARIS

10.1.      Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam akan melantik Pengadil- Pengadil.

10.2.      Penjaga garisan adalah dua (2) orang daripada setiap Pasukan.

 

11.       TATATERTIB DAN PENGANTUNGAN

11.1.      Semua Pengurus/Jurulatih dan pemain-pemain berdaftar dikehendaki menyertainya dengan penuh semangat dan kesukanan, di samping menghormati dan mematuhi segala Undang-Undang dan Peraturan yang ditentukan.

 

12.       BANTAHAN/RAYUAN

12.1.     Semua bantahan/rayuan hendaklah dikemukanan secara bertulis oleh Pengurus Pasukan yang              berdaftar sahaja kepada Juri Rayuana tidak lewat daraipada 30 minit selepas tamat perlawanan              berkaitan.
12.2       Tiap-tiap bantahan/rayuan hendaklah disertakan dengan wang sebanyak BND$200.00 sahaja sebagai              wang cengkraman.
12.3       Wang cengkram ini akan luput jika bantahan/rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

 

13.       JURI RAYUAN

13.1.       Juri Rayuan akan dianggotai oleh:
             13.1.1.   Seorang Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Badminton atau wakilnya.
             13.1.2.   Seorang setiausaha Jawatankuasa Pengelola Badminton atau wakilnya.
             13.1.3.  3 orang ahli wakil persatuan Badminton, pegawai Penganjuran atau wakilnya dan 3 orang                           pengurs pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan/rayuan.
             13.1.4.  Juri Rayuan akan bersidang dalam masa 2 jam setelah menerima bantahan.rayuan yang                           dibuat oleh pasukan-pasukan dan menyampakian keputusan kepada Jawatankuasa                           Pengelola untuk diumumkan.
             13.1.5.  Mesyuarat Juri Rayuan (jika ada) hendaklah dijemput Pengurus-Pengurus Pasukan yang                           terlibat dengan bantahan/rayuan bagi mendapat penerangan daripada meraka dengan                           bertujuan membela diri.
             13.1.6.  Sebarang keputusan yang telah di umumkan oleh Jawatankuasa Pengelola mengenai                           bantaha/rayuan ini adalah muktamad.

 

14.       HADIAH-HADIAH

Hadiah Pingat-Pingat akan disediakan/diberikan seperti berikut:

                                                    Emas      Perak      Gangsa
                          LELAKI                 1 (14)      1(14)       2 (28)     dan Sijil
                          WANITA               1 (14)      1(14)       2 (28)     dan Sijil
                          JUMLAH               2 (28)     2 (28)     4 (56)