SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RESMI
:: Pendahuluan
Pesta Sukan Kebangsaan mula diperkenalkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sejak tahun 1981.Pesta Sukan peringkat kebangsaan seperti ini merupakan asas kearah memenuhi kehendak Dasar Sukan Untuk Masyarakat (Sport For All) dan Kecemerlangan Sukan (Sports For Excellence). Pesta ini dijadikan landasan bagi mengenal pasti dan mencari bakat-bakat yang berpotensi untuk diberikan bimbingan dan latihan secara bersistematik untuk membolehkan mereka diketengahkan bagi mewakili negara di perjumpaan-perjumpaan sukan di peringkat serantau dan antarabangsa.
Pesta Sukan Kebangsaan Kali ke-8, 2008 akan diadakan selama 9 hari bermula pada 20hb hingga 28hb jun 2008 dan akan mempertandingkan sebanyak 23 jenis acara sukan iaitu Badminton, Bola Jaring, Bola Keranjang, Bola Lesut, Bola Sepak, Bola Tampar, Catur, Cue Sports, Futsal, Golf, Hoki, Karatedo, Lumba Basikal, Lumba Perahu, Lawan Pedang, Olahraga, Pencak Silat, Ping Pong, Ragbi, Renang dan Polo Air, Sepak Takraw, Taekwondo dan Tennis.
Adalah diharapkan supaya kita sama-sama menjadikan Pesta Sukan Kebangsaan Kali ke-8, 2008 sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kecemerlangan sukan dan melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas, baik dari segi fizikal mahupun mental disamping memupuk perpaduan, persefahaman dan kerjasama di kalangan lapisan masyarakat demi untuk pembangunan dan kemajuan sukan untuk Negara.

:: Anjuran dan Pengelolaan Pesta Sukan kebangsaan Kali Ke-8, 2008 dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama dan dikelolakan bersama oleh Persatuan-persatuan sukan Kebangsaan.
:: Logo PSK

:: Links
:: Hubungi KamiUrusetia Pesta Sukan Kebangsaan 2008
Jabatan Belia dan Sukan
Kementarian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Tingkat 4, Simpang 336
Jalan Kebangsaan, Berakas BC4415
Negara Brunei Darussalam
Telefon : +673-2381904, 2383904, 2383911,
Fax : +673-2380042