1. PERATURAN DAN FORMAT PERTANDINGAN
Format Pesta Sukan kebangsaan Kali Ke-8, 2008 adalah secara berkontinjen.
1.1
Senarai kontinjen ialah:1.2
- Daerah Brunei dan Muara
- Daerah Belait
- Daerah Tutong
- Daerah Temburong
- Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
- Majlis Sukan Polis Diraja Brunei
- Universiti Brunei Darussalam
- Kontinjen Pendidikan Teknik
- Kontinjen Jabatan Penjara
- Syarikat Minyak Shell [B] Sdn. Bhd.
- Syarikat Penerbangan Diraja Brunei
- Persatuan Bank-Bank Brunei
- Wilayah Persekutuan Labuan
- Miri
- Limbang
- Singapore Armed Forces [Jalan Aman]
Setiap Kontinjen hendaklah mengandungi:
- Ketua Kontinjen
- Penolong Ketua Kontinjen
- Pegawai Penyelaras/Perhubungan
- Pegawai Perubatan
- Pengurus-Pengurus Pasukan
- Jurulatih-Jurulatih Pasukan
- Atlit
1.3
Semua peraturan dan format pertandingan Pesta Sukan kebangsaan Kali Ke-8, 2008 akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dengan berpandukan undang-undang permainan dan format pertandingan yang lazimnya digunakan oleh Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan di negara ini dengan merujuk kepada peraturan dan undang-undang Badan Sukan Antarabangsa.1.4
Mana-mana jenis sukan dan acara yang penyertaannya kurang daripada 4 peserta/pasukan maka sukan atau acara tersebut tidak akan dipertandingkan.2. JENIS ACARA SUKAN DAN TEMPAT (VENUE) PERTANDINGAN
Pesta Sukan kebangsaan Kali Ke-8, 2008 mempertandingkan sebanyak
22 jenis acara sukan.
BIL
ACARA SUKAN
TEMPAT PERTANDINGAN
1
Badminton
Pusat Belia
2
Bola Jaring
Kompleks Sukan Tutong
3
Bola Keranjang
Gelanggang Bola Keranjang, Batu Bersurat, Gadong
4
Bola Sepak
Stadium Negara Hassanal Bolkiah,
Kompleks Sukan Berakas,
Kompleks Padang dan Belapan, KSNHB,
Padang Bandaran, Kuala Belait,
Kompleks Sukan BSRC,
Kompleks Sukan Tutong.5
Bola Lesut
Padang Bolalesut, KSNHB.
6
Bola Tampar
Dewan Balai Bomba, Berakas/Stadium Hassanal Bolkiah, Gadong [Polis]
7
Cue Sports
Stadium Negara Hassanal Bolkiah
8
Catur
Pusat Catur Brunei, KSNHB
9
Futsal
Dewan Serbaguna, KSNHB
10
Golf
Kelab Golf Pantai Mentiri.
11
Hoki
Stadium Hoki, KSNHB
12
Karatedo
Sek.Men.Pg.Jaya Negara Kuala Belait
13
Lawan Pedang
Kompleks Sukan Sungai Kebun
14
Lumba Basikal
Stadium Negara Hassanal Bolkiah – Jln Sungai Akar – Mentiri dan berakhir di Stadium Negara Hassanal Bolkiah
Bermula Stadium Negara Hassanal Bolkiah – Lebuhraya Hassanal Bolkiah – Jalan Tutong Lama – Pusing di Jambatan Penanjong – Lebuhraya Muara – Tutong - Jalan Muara Lama – Jalan Kota Batu – Jalan Sungai Akar dan berakhir di Stadium Negara Hassanal Bolkiah
Stadium Negara Hassanal Bolkiah
MC Farm Tungku
15
Lumba Perahu
Kompleks Sukan Air Serasa
16
Olahraga
Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas
17
Pencak Silat
Stadium Tertutup KSNHB
18
Ping Pong
Kompleks Sukan Menglait
19
Ragbi
Penanjong Kem, ABDB, Universiti Brunei Darussalam
20
Renang dan Polo Air
Kolam Renang, KSNHB
21
Sepak Takraw
Kompleks Sukan Mengelait, Gadong
22
Taekwando
Stadium Tertutup, KSNHB
23
Tennis
Gelanggang Tennis, KSNHB
3. KEMUDAHAN
3.1
Semua tempat pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur.3.2
Pakaian seragam, peralatan peserta seperti jersey, kasut, raket, basikal dan sebagainya adalah menjadi tanggungjawab setiap kontinjen4. JAWATANKUASA TEKNIKAL PERTANDINGAN
4.1
Jawatankuasa Teknikal Pertandingan adalah terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Sukan Kebangsaan yang terlibat.5. RAYUAN/BANTAHAN
5.1
Ketua-Ketua Kontinjen atau pengurus pasukan bolehlah menghadapkan rayuan atau bantahan secara bertulis 30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan kepada Jawatankuasa Jemaah Rayuan dengan menyertakan wang cagaran sebanyak B$ 200.00.5.2
Sekiranya bantahan/rayuan itu munasabah dan diterima oleh Jemaah Rayuan sebagai satu keputusan di dalam mesyuarat Jawatankuasa berkenaan maka wang cagaran tersebut akan dikembalikan.5.3
Jika bantahan/rayuan tersebut gagal atau ditolak maka wang cagaran tersebut akan menjadi hak milik pihak penganjur.6. PERKARA-PERKARA AM
6.1
Sebarang keputusan yang dibuat didalam mesyuarat ketua-ketua kontinjen dan Pengurus-Pengurus Pasukan bagi setiap jenis sukan adalah muktamad.
6.2
Jawatankuasa Penganjur dan Jawatankuasa Pengelola berkuasa mengambil sesuatu keputusan kepada sebarang perkara yang berbangkit yang tidak tercatat dalam Peraturan Am.6.3
Segala keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Penganjur atau Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.
6.4
Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, selaku Jawatankuasa Penganjur dan Jawatankuasa Pengelola serta Pegawai-pegawai yang dilantik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan dan kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana peserta dan pegawai semasa Pesta Sukan Kebangsaan Kali Ke-8, 2008 ini berlangsung.