:: Olahraga

1. PENDAHULUAN

Acara Sukan Olahraga adalah salah satu sukan daripada acara-acara sukan yang akan dijalankan sempena Pesta Sukan Kebangsaan 2008 (PSK). PSK adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan, termasuk acara-acara sukan lain yang akan dipertandingkan didialam PSK. Sementara itu pengendalian acara-acara sukan akan dikendalikan oleh Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan. Bagi acara sukan olahraga akan dikendalikan oleh Persatuan Olahraga Amatur Brunei Darussalam.

2. TARIKH DAN TEMPAT

Acara Sulkan Olahraga akan diadakan pada 21-23 June 2008 selama 3 hari, bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Sementara itu masa bagi acara ini adalah seperti berikut:

HARI

TARIKH

JAM

Pertama

20 Jun 2008 ( Jumaat )

07.00 pm – 10.00 pm

Kedua

21 Jun 2008 ( Sabtu )

02.00 pm – 10.00 pm

Ketiga

22 Jun 2008 ( Ahad )

02.00 pm – 05.00 pm

keempat

28 Jun 2008 [ Penutupan Rasmi]

02.00 pm – 05.00 pm

3. FORMAT KEJOHANAN

Kejohanan ini adalah dipertandingkan secara berpasukan dan akan dibukakan kepada pasukan-pasukan yang terdiri daripada kontinjen-kontinjen yang menyertai Pesta Sukan Kebangsaan 2008.

Setiap pingat yang dimenangi oleh setiap perserta akan dimasukan didalam perkiraan pungutan pingat bagi setiap kontinjen.

4. PERATURAN PERTANDINGAN

4.1      
Acara Sukan Olahraga, PSK 2008 akan dijalankan mengikut undang-undang dan Peratuan yang telah ditetapkan oleh Badan Olahraga Amatur Antarabangsa ( IAAF ) dan mana-mana peraturan yang ditetapkn oleh Persatuan Olahraga Amatur Brunei Darussalam bagi menyesuaikan kejohanan ini dengan taraf kejohanan kebangsaan.

4.2      
Jika berlaku sebarang perkara yang berbangkit mengenainya, maka undang-undang  dan Peraturan dalam bahasa Inggeris akan dirujuk. Sebarang keputusan dan ketetapan mengenainya dari jawatankuasa penganjur adalah muktamad.

4.3      
Mana-mana acara jika penyertaannya kurang dari empat (4) orang peserta, maka acara tersebut akan dibatalkan  ( tidak akan dipertimbangkan ).

4.4      
Jika semasa pertandingan dijalankan, hanya 3 peserta melapor diri dan menyertai satu-satu acara, acara berkenaan akan terus dijalankan tetapi pungutan pingat bagi acara berkenaan tidak akan dimasukan kedalam perkiraan pungutan pingat pasukan atau kontinjen peserta yang menyertai acara berkenaan. Mana-mana acara yang mengandungi kurang daripada 3 peserta melapor diri sebelum pertandingan dijalankan maka acara berkenaan akan dibatalkan.

4.5      
Jadual pertandingan tidak boleh diubah oleh mana-mana pihak kecuali dengan kebenaran pihak pengelola kejohanan.

4.6      
Pengurus pasukan adalah bertanggungjawab menyusun penyertaan peserta-peserta didalam mana-mana acara dan mengelakan pertembungan acara bagi pesertanya yang mengambil lebih dari satu acara.

5. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

5.1      
Setiap penyertaan hendaklah dengan mengisikan dengan lengkap borang penyertaan yang disediakan oleh pihak pengelola dan hendaklah mengembalikannya kepada pihak pengelola kejohanan melalui kontinjen masing-masing.

5.2      
Setiap borang penyertaan hendaklah disahkan dan ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan Ketua Kontinjen

5.3      
Tiada tambahan peserta akan dilayan selepas tarikh tutup yang telah ditetapkan.

5.4      
Tambahan atau perubahan penyertaan acara bagi setiap peserta hendaklah dibuat semasa Masyuarat Teknikal atau Masyuarat Pengurus-Pengurus pasukan yang akan diadakan dua (2) hari sebelum Acara Sukan Olahraga dijalankan.

5.5      
Bagi acara individu, setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar dua (2) orang peserta dalam setiap acara yang dipertandingan, kecuali acara lari jauh bermula dari jarak 1,500 meter dan keatas.

5.6      
Bagi acara berpasukan ( lari berganti-ganti ), setiap pasukan hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.

5.7      
Tiada had penyertaan bagi acara perseorangan.

5.8      
Setiap peserta hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja, dan jika didapati peserta tersebut menyertai pasukan lain maka penyertaanya disemua acara akan dibatalkan sama ada yang telah atau belum sertainya. Pengutan pingat yang diperolehinya daripada acara yang telah disertainya akan ditarik balik dan ditolak dari pungutan pingat pasukannya.

6. PEGAWAI DAN HAKIM KEJOHANAN

6.1      
Jawatankuasa penganjur kejohanan olahraga kebangsaan 2008 akan menyediakan pegawai dan hakim pertandingan disepanjang acara dijalankan.

7. JEMAAH RAYUAN

6.2      
Jawatankuasa Jemaahan Rayuan akan bertanggungjawab keatas segala bantahan yang melibatkan undang-undang dan peraturan kejohanan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Badan Olahraga Amatur Antarabangsa ( IAAF ). Sebarang keputusan dan ketetapan mengenainya adalah muktamad.

Keahlian Jemaah Rayuan adalah seperti berikut : -

1. Yang Dipertua Persatuan Olahraga Amatur Brunei ( POAB )
2. Naib Yang Dipertua POAB.
3. Setiausaha Kehormat POAB.
4. Semua pengurus-pengurus pasukan yang menyertai kejohanan.

8. BANTAHAN DAN RAYUAN

8.1      
Semua bantahan atau rayuan bolehlah dihadapkan kepada urusetia untuk dipertimbangkan oleh Jemaah Rayuan dalam masa 30 minit selepas keputusan rasmi di umumkan.

8.2      
Semua bantahan dan rayuan yang dihadapkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Jemaah Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis dan di tandatangani oleh pengurus pasukan dengan menyertakan wang cagaran ( tunai ) sebanyak Brunei Ringgit Dua Ratus sahaja ( B$ 200.00 ), maka wang taruhan tersebut akan menjadi milik pihak penganjur.

9. HADIAH

9.1      
Hadiah berupa pingat akan diberikan kepada pemenang-pemenang seperti  berikut :

Tempat Pertama              :           Pingat Emas dan sijil penyertaan
Tempat Kedua                 :           Pingat Perak dan sijil penyertaan
Tempat Ketiga                 :           Pingat Gangsa dan sijil penyertaan

10. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

Acara-acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut dan tertakluk kepada keramaian penyertaan :

ACARA LELAKI

ACARA PEREMPUAN

100 Meter

100 Meter

110 Meter Berpagar

100 Meter Berpagar

200 Meter

200 Meter

400 Meter

400 Meter

400 Meter Berpagar

400 Meter Berpagar

800 Meter

800 Meter

1,500 Meter

1,500 Meter

3,000 Meter Staplechase

3,000 Meter

5,000 Meter

5,000 Meter

10,000 meter

Lompat Jauh

Lompat Jauh

Lompat Kijang

Lompat Kijang

Lompat Tinggi

Lompat Tinggi

Lontar peluru

Lompat bergalah

Lontar Tukul besi

Lontar Peluru

Lempar Cakera

Lontar Tukul besi

Merejam Lembing

Lempar Cakera

4x100 Meter Berganti-ganti

Merejam lembing

4x400 Meter Berganti-ganti

4x100 Meter Berganti-ganti

-

4x400 Meter Berganti-ganti

-

11 PERKARA AM:

11.1    
Pihak Penganjur tidak akan terikat dan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan dan kecederaan yang menimpa mana-mana pegawai dan peserta samada semasa atau selepas kejohanan ini dijalankan, perkara tersebut seandainya berlaku ianya adalah menjadi tanggungjawab pasukan atau peserta itu sendiri.