Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Skip Navigation LinksMaklumat

​​​Latar Belakang

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan ini adalah salah satu projek tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan dikelolakan oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan. Ianya telah mula dilaksanakan sejak dari tahun 1980-an lagi dan telah berjaya melahirkan banyak qari dan qariah belia yang berkaliber dan seterusnya mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.  Di samping itu, ianya juga berperanan sebagai wadah kepada qari dan qariah belia di Negara ini untuk melihat keupayaan dan prestasi masing-masing khususnya dalam bidang pembacaan Al-Quran secara berlagu atau “tarannum”.



Tujuan
  1. ​Bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1996 Masehi pada 1 Jamadilakhir, 1417 bersamaan 13 Oktober 1996. Di antara lain titah Baginda:-

    “Hasrat kita yang tunggal ialah melihat generasi Al-Quran itu dikongsi sama oleh semua pihak dan golongan, terutama golongan belia. Kita akan merasa bangga dengan lahirnya belia-belia yang berwatak salih. Bahawa salah satu tanda kesalihan itu ialah terlibatnya mereka dengan Al-Quran sama ada keterlibatan itu selaku pembaca biasa, mahupun sekaligus menjadi penghayat dan pengamal ajaran-ajarannya."

  2. Untuk menyediakan wadah bagi melahirkan qari dan qariah belia yang berpotensi tinggi sebagai pelapis qari dan qariah Negara Brunei Darussalam.

  3. Untuk mempertingkatkan mutu pembacaan Al-Quran di kalangan belia di Negara Brunei Darussalam.

  4. Untuk memupuk dan menyemai rasa persahabatan di kalangan peserta belia melalui program keugamaan.

  5. Untuk persediaan bagi pemilihan wakil Negara ke Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Syarat-Syarat Penyertaan 
  1. ​​Musabaqah ini terbuka kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau Penduduk Tetap yang memegang kad pintar warna ungu serta tidak memegang paspot negara-negara asing.

  2. Peserta-peserta hendaklah berumur di antara 15-30 tahun yang lahir di antara 1 Januari 1993 hingga 31 Disember 2008.

  3. Tidak pernah menjadi JOHAN pertandingan-pertandingan berikut:

    i . Majlis Tilawah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran Kerajaan Malaysia; atau
    ii. Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam.



Format Pertandingan 

Pertandingan ini mengandungi
tiga peringkat iaitu:
  1. ​Peringkat Saringan 

    1. ​​Peserta-peserta di peringkat ini bebas untuk memilih mana-mana maqra yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

    2. Jumlah kuota peserta untuk memasuki peringkat Separuh Akhir ialah seramai 30 orang sahaja. Walau bagaimanapun, jumlah kuota Peringkat Separuh Akhir akan ditetapkan dengan persetujuan bersama Jawatankuasa Jemaah Hakim dan urus setia.


  2. Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan

    1. ​Keramaian peserta di peringkat separuh akhir akan dimesyuaratkan oleh Jawatankuasa Jemaah Hakim dan pihak urus setia.

    2. Tarikh, tempat dan masa pertandingan akan dimaklumkan kepada peserta-peserta secara lisan dan bertulis.

    3. Peserta dikehendaki membawakn satu (1) lagu wajib yang akan ditentukan melalui undian.

    4. Undian giliran membaca, maqra dan lagu wajib akan ditentukan sebelum hari pertandingan dijalankan.

    5. Empat peserta teratas dari bahagian qari dan qariah di peringkat ini adalah layak untuk bertanding di peringkat Akhir Kebangsaan. Manakala Johan Qari dan Qariah tahun 2022M juga akan dijemput ke Peringkat Akhir Kebangsaan 2023M (jika masih memenuhi syarat-syarat penyertaan


  3. Peringkat Akhir Kebangsaan

    1. Seramai sepuluh orang peserta iaitu lima qari dan lima qariah bertanding di peringkat ini termasuk Johan Menunggu Qari dan Qariah tahun 2022 (jika masih memenuhi syarat-syarat penyertaan).

    2. Tarikh, tempat dan masa pertandingan akan dimaklumkan kepada peserta-peserta secara lisan dan bertulis.

    3.  Maqra-maqra akan disediakan oleh pihak penganjur.

    4. Peserta dikehendaki membawakn dua (2) lagu wajib yang akan ditentukan melalui undian.

    5. Maqra, lagu wajib dan giliran membaca para peserta akan ditentukan melalui undian yang akan dijalankan sebelum hari pertandingan.



Tempoh Bacaan dan Isyarat Lampu 
  1. ​Tempoh membaca ialah 10 minit. Adapun perkiraan tempoh masa membaca bermula apabila peserta mula membaca ta’awwuz. 

  2. Peserta boleh memulakan bacaan setelah lampu hijau dinyalakan dan jemaah hakim akan mula menilai bacaan peserta.

  3. Ketika bacaan masuk minit kelapan, lampu kuning dinyalakan dan lampu hijau dipadamkan, menandakan masa untuk membaca masih ada 2 minit, dan peserta dikehendaki bersedia untuk mengakhiri bacaan.

  4. Apabila masa genap 10 minit, lampu merah dinyalakan dan lampu kuning dipadamkan, menandakan masa membaca telah tamat.



Format Penghakiman 
  1. Peringkat Saringan
    Jawatankuasa Jemaah Hakim akan dilantik oleh penganjur yang terdiri daripada enam orang iaitu:

    1. Pengerusi Jemaah Hakim
    2. Penolong Pengerusi Jemaah Hakim/Hakim Ganti
    3. Hakim Tajwid
    4. Hakim Fasahah
    5. Hakim Suara
    6. Hakim Lagu

  2. ​Peringkat Separuh Akhir
    Jawatankuasa Jemaah Hakim akan dilantik oleh penganjur yang terdiri daripada sebelas orang iaitu:

    1. Pengerusi Jemaah Hakim
    2. Penolong Pengerusi Jemaah Hakim
    3. Hakim Tajwid
    4. Hakim Tajwid
    5. Hakim Fasahah
    6. Hakim Fasahah
    7. Hakim Suara
    8. Hakim Suara
    9. Hakim Lagu
    10. Hakim Lagu
    11. Hakim Ganti

  3. Peringkat Akhir Kebangsaan
    Jawatankuasa Jemaah Hakim akan dilantik oleh penganjur yang terdiri daripada sebelas orang iaitu:

    1. Pengerusi Jemaah Hakim
    2. Penolong Pengerusi Jemaah Hakim
    3. Hakim Tajwid
    4. Hakim Tajwid
    5. Hakim Fasahah
    6. Hakim Fasahah
    7. Hakim Suara
    8. Hakim Suara
    9. Hakim Lagu
    10. Hakim Lagu
    11. Hakim Ganti

  4. Jawatankuasa Lagu Wajib
    Sebuah jawatankuasa bagi menentukan jenis lagu wajib di Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir akan ditubuhkan. Senarai ahli-ahli akan dipohonkan ke Kementerian Hal Ehwal Ugama.​