Laman web Jabatan Belia dan Sukan
 

Sila klik di sini untuk mendaftar
.
** Setiap peserta dikehendaki untuk membawa bersama
Borang Pendaftaran
yang telah dicetak
semasa membuat pembayaran


CARA MEMBUAT PENDAFTARAN :
  1. Isi borang
  2. Cetak
  3. Bawa borang yang telah dicetak semasa membuat pembayaran
 
R O U T E    M A P

Stadium Negara Hassanal Bolkiah
3KM   |    5KM    |   10KM
 

 
.
M A K L U M A N
.


Pembayaran pendaftaran bolehlah dihantar dan untuk keterangan lanjut sila hubungi:

  • Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas – No. Tel.: 2381905 smb. 1611/1630/1633

  • Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait – No. Tel.: 3333992

  • Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong – No. Tel.: 4260118

  • Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Temburong – No. Tel.: 5221718

    ** Setiap peserta dikehendaki untuk membawa bersama salinan Borang Pendaftaran yang telah dicetak semasa membuat pembayaran.
    - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

    Pengagihan Baju T dan No. Bib akan diadakan pada hari Rabu dan Khamis, 27 & 28 November 2013, pukul 9 pagi hingga 12 tengahari dan 2.30 petang hingga 4 ptg di tempat-tempat seperti berikut:-

  • Daerah Brunei dan Muara
    Bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah,Berakas.

  • Daerah Tutong
    Bertempat di Kompleks Sukan Tutong.

  • Daerah Belait
    Bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait.

  • Daerah Temburong
    Bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Temburong.

.

Larian Hari Belia adalah merupakan salah satu komponen acara sambutan Hari Belia Kebangsaan 2013 anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan yang di sambut setiap tahun pada 1 Ogos.

Pengishtiharan Hari Belia iaitu 1 Ogos oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap pergerakan belia di negara ini.

T U J U A N

Untuk menggalakkan para belia mengamalkan cara hidup yang sihat umpamanya melibatkan diri dengan kegiatan sukan.

Untuk mengumpulkan belia-belia di seluruh Negara dalam satu perhimpunan bagi memperingati dan menyambut Hari Belia Kebangsaan.

Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan menjana integrasi di kalangan generasi belia seluruh Negara

Tema “Belia Bebas Rokok”  


S Y A R A T - S Y A R A T   P E N Y E R T A A N

Terbuka kepada semua rakyat dan penduduk Tetap di Negara Brunei Darussalam serta warganegara asing yang memegang Kad Pintar (Kad Pengenalan) bewarna Ungu dan Hijau yang bekerja dan bermastautin di Negara ini.

Yuran penyertaan adalah BND11.00 setiap seorang

Peserta bawah umur 17 Tahun hendaklah mendapat kebenaran daripada Ibubapa/ Penjaga.

Tarikh pendaftaran secara online bermula 22hb Oktober 2013 (Hari Selasa) sehingga 9hb November 2013 (Hari Sabtu).

Tarikh Tutup pembayaran:- pada 11hb November 2013 (Hari Isnin), 4 petang.

Pihak Penganjur dan ahli-ahli dilantik tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan terikat dengan mana-mana tuntutan sekiranya terjadi sebarang kemalangan atau kecelakaan yang terjadi kepada peserta sebelum, semasa dan selepas Larian.

Pihak Penganjur berhak mengubahsuai atau menukar mana-mana peraturan dan acara ini dari semasa ke semasa.

Semasa acara berlangsung dinasihatkan kepada peserta agar akan dapat mengenakan pakaian sukan yang bersesuaian

Sebarang perubahan dan maklumat terkini akan dimaklumkan melalui laman web rasmi Jabatan Belia dan Sukan : www.belia-sukan.gov.bn 



H A D I A H  K E M E N A N G A N

  • Kategori Terbuka 18 – 40 Tahun 10KM (Lelaki/ Wanita)

Sepuluh hadiah akan diberikan dalam kategori larian ini. Hadiah-hadiah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

  1. Tempat Pertama            - Wang Tunai $1000, Pingat dan Sijil Penyertaan
  2. Tempat Kedua               - Wang Tunai $700, Pingat dan Sijil Penyertaan
  3. Tempat Ketiga               - Wang Tunai $500, Pingat dan Sijil Penyertaan
  4. Tempat Keempat           - Wang Tunai $300, dan Sijil Penyertaan
  5. Tempat Kelima              - Wang Tunai $200,  dan Sijil Penyertaan
  6. Tempat Keenam            - Wang Tunai $50,  dan Sijil Penyertaan
  7. Tempat Ketujuh             - Wang Tunai $50,  dan Sijil Penyertaan
  8. Tempat Kelapan            - Wang Tunai $50,  dan Sijil Penyertaan
  9. Tempat Kesembilan       - Wang Tunai $50,  dan Sijil Penyertaan
  10. Tempat Kesepuluh         - Wang Tunai $50,  dan Sijil Penyertaan
  • Kategori Remaja 15-18 Tahun - 5 KM (Lelaki/ Perempuan)

Lima hadiah akan diberikan dalam kategori larian ini. Hadiah-hadiah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

  1. Tempat Pertama            - Wang Tunai $500, Pingat dan Sijil Penyertaan
  2. Tempat Kedua               - Wang Tunai $300, Pingat dan Sijil Penyertaan
  3. Tempat Ketiga               - Wang Tunai $200, Pingat dan Sijil Penyertaan
  4. Tempat Keempat           - Wang Tunai $180, dan Sijil Penyertaan
  5. Tempat Kelima              - Wang Tunai $150,  dan Sijil Penyertaan
  • Kategori Kanak-Kanak Lelaki/Perempuan 14 tahun kebawah – 3KM

(Lahir pada tahun 1999 ke atas)
Tiga hadiah bagi setiap ketegori
pertandingan akan diberikan pada larian tersebut. Hadiah-hadiah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

  1. Tempat Pertama            - Wang Tunai $150, Pingat dan Sijil Penyertaan
  2. Tempat Kedua               - Wang Tunai $125, Pingat dan Sijil Penyertaan
  3. Tempat Ketiga               - Wang Tunai $100, Pingat dan Sijil Penyertaan
  • Kategori Orang Berkeperluan Khas 3KM (4 kategori)

Tiga hadiah bagi setiap ketegori pertandingan akan diberikan pada larian tersebut. Hadiah-hadiah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

  1. Tempat Pertama            - Wang Tunai $150, Pingat dan Sijil Penyertaan
  2. Tempat Kedua               - Wang Tunai $125, Pingat dan Sijil Penyertaan
  3. Tempat Ketiga               - Wang Tunai $100, Pingat dan Sijil Penyertaan

Nota: Kepada pemenang-pemenang adalah dinasihatkan agar akan dapat mengenakan pakaian sukan yang lengkap (kemas & sopan) semasa penyampaian hadiah kemenangan nanti.

   (C) 2010 Government of Brunei Darussalam
Best viewed using IE 6.0+ or Netscape 7.0+ with 1024 x 800 screen resolution
 

Last updated on October 22, 2013
Jabatan Belia dan Sukan. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Negara Brunei Darussalam
 
Government of Brunei Klik di sini untuk laman web rasmi