Bahagian ini bertanggungjawab merancang sambil memantau perlaksanaan program-program pembangunan sukan kearah merealisasikan matlamat-matlamat Dasar Sukan Negara iaitu Kecemerlangan Sukan dan Sukan Untuk Semua dengan tujuan akhir bagi membentuk masyarakat sihat, bersemangat maju dan berdaya saing. Kehendak inilah yang menjadi panduan Jabatan Belia Dan Sukan dalam usaha mengembangmajukan sukan di negara ini dengan sokongan dan kerjasama badan-badan sukan serta agensi-agensi lain sama ada sektor awam mahupun swasta dinegara ini.

Bahagian ini dibahagikan kepada 8 unit kecil:


[1] Unit Sukan Prestasi Tinggi
[2] Unit Sukan Untuk Masyarakat
[3] Unit Kejurulatihan Sukan Dan Pembangunan Sukan
[4] Unit Penyelidikan, Dokumentasi dan Penerangan Sukan
[5] Unit Perubatan Dan Penyelidikan Sukan
* Cawangan Di Daerah-Daerah



:: 01 :: Perkhidmatan Sukan
Jabatan ini dengan kerjasama persatuan persatuan  sukan kebangsaan telah melaksanakan beberapa program-program, acara dan kejohanan-kejohanan sukan peringkat national seperti:

[ 1 ] Pesta Sukan Kebangsaan
[ 2 ] Pesta Sukan Remaja
[ 3 ] Skim-Skim Sukan Remaja
[ 4 ] Bantuan-bantuan tertentu sama ada teknikal atau kewangan kepada persatuan-persatuan sukan kebangsaan bagi melaksanakan program dan kegiatan mereka

:: 02 :: Penyertaan Luar Negara ( Serantau dan Antarabangsa )
Jabatan Belia dan Sukan turut menyelaras penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam acara-acara dan kejohanan-kejohanan sukan peringkat serantau dan antarabangsa seperti:

[ 1 ] Sukan SEA setiap dua tahun sekali (1999 Negara Brunei Darussalam telah menjadi tuan rumah sukan ini         pertama kalinya)
[ 2 ] Pesta Sukan Arafura di Darwin Australia
[ 3 ] Sukan Komanwel
[ 4 ] Sukan ASIA
[ 5 ] Sukan Malaysia (SUKMA)
[ 6 ] Sukan Olympik

[ 1 ] Perkhidmatan ini berperanan dalam penyeliaan perubatan dalam semua bidang kegiatan yang berkaitan dengan sukan
[ 2 ] Menjalankan perubatan pencegahan, rawatan, penyiasatan dan pendidikan kesihatan serta penyelidikan sains yang berkaitan dengan sukan
[ 3 ] Memberikan perkhidmatan nasihat perubatan mengenai cara hidup dan permakanan sihat
[ 4 ] Menjalankan pemeriksaan kesihatan sebelum memulakan sebarang sukan bagi mengesan sebarang masalah yang bersangkutan
[ 5 ] Menjalankan diagnosis prestasi bagi setiap jenis latihan sukan
[ 6 ] Menjalankan penyiasatan prestasi latihan perubatan untuk menilai keupayaan prestasi jantung, perederan pernafasan metabolisem dan sistem otot dan rangka
[ 7 ] Mengawal Program Latihan secara saintifik
[ 8 ] Mengendalikan rawatan perubatan dan pemulihan kecederaan dan penyakit


Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah layari laman web Sukan

www.bruneisports.com.bn


 
 
|| Home || Government || Ministries and Department || About Brunei || On-line News || Important Contacts || Related Sites ||