Sejarah Rengkas

Jabatan Belia dan Sukan adalah sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Brunei Darussalam.

Kronologi Penubuhan Jabatan Belia dan Sukan.

 

1 Julai, 1954

Jabatan Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan

1 May, 1960

Jabatan Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan Masyarakat dipisahkan menjadi:

  • Jabatan Hal Ehwal Ugama

  • Jabatan Adat Istiadat dan Kebajikan Masyarakat

September 1961

Jabatan Adat Istiadat dan Kebajikan Masyarakat dipisahkan menjadi:

  • Jabatan Adat Istiadat Negara

  • Pejabat Kebajikan Masyarakat

1964

Pejabat Kebajikan Masyarakat Mempunyai Cawangan Belia

1 Julai 1974

Bahagian Belia dan Sukan dengan resminya dibentuk dan di serapkan ke dalam Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Jabatan ini dinamakan Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan.

1 April, 1993

Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan dipisahkan menjadi:

  • Jabatan Belia dan Sukan

  • Unit Perkhidmatan Hal Ehwal Masyarakat di dalam Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Ketua-Ketua Jabatan Yang Pernah Berkhidmat Di
Jabatan
Kebajikan, Belia dan Sukan

Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Paduka Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Masri dengan gelaran jawatan Pesurohjaya Kebajikan Masyarakat Pejabat Kebajikan Masyarakat
September 1961 hingga 1974

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Di Gadong Seri Lela Dato Seri Paduka Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya DiGadong Seri DiRaja Dato Laila Utama Haji Awang Mohd Yussof
Pengarah Kebajikan, Belia dan Sukan  
Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan
1974-1987

Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Asmalee bin Pengiran Ahmad
Pengarah Belia dan Sukan
Jabatan Belia dan Sukan - 1987 - 1996

Yang Mulia Dato Paduka Haji Talib bin Hj Berudin
Pengarah Belia dan Sukan
Jabatan Belia dan Sukan - 1996 - 2003


PETIKAN TITAH


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Balai Singgahsana Indera Buana sempena perayaan hari keputeraan baginda ke 56 pada 15 Julai, 2002.

Hubungan masyarakat belia kita juga dengan belia-belia ASEAN yang lain perlu digalakkan untuk melahirkan rangkaian komunikasi persefahaman dan kerjasama demi kelanjutan ASEAN sebagai sebuah pertubuhan kerjasama yang mantap.

Sebagai aset negara dan bakal penyambung usaha pembangunan, belia perlu dipimpin kearah hala tuju yang jelas agar mereka faham dan sedar akan peranan dan sumbangan mereka dalam membangun negara atau nation building.”

Kerajaan beta telah mengenalkan Dasar Belia Negara yang mengariskan prinsip,objektif dan strategi dalam melaksanakan program-program pembangunan belia.

 

Program-program kesedaran belia secara bersepadu adalah ditingkatkan, termasuk ke arah peningkatan kesedaran dan kefahaman tentang keanggotaan dan peranan negara dalam ASEAN dan pertubuhan luar yang lain.

 

"Dasar Belia Negara ANUGERAH KASEH SAYANG SEORANG RAJA"

 

Petikan Ucapan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Paduka (Dr.) Haji Awang Hussain semasa meresmikan Pemberigaan Dasar Belia Negara.(Canang bilangan:25 Tahun 3  Sept 2002)

Dasar Belia Negara merupakan cabaran serta amanah yang perlu ditanai dengan penuh kesedaran dan tanggung jawab.

 

Dasar Belia Negara sebagai hikmah pegangan serta panduan nasional untuk bertindak dalam pembangunan belia

Dengan semangat dan azam yang tinggi marilah kita sama-sama menjayakan cita-cita murni Dasar Belia Negara untuk melahirkan golongan belia yang mulia dan cemerlang