Selaras dengan objektif Dasar Sukan Negara bagi memajukan mutu kecermelangan sukan dan sukan untuk semua, Jabatan ini meneruskan program-program pembinaan dan peningkatan taraf kompleks-kompleks sukan dan padang-padang permainan bagi kegunaan atlit-atlit negara dan peminat-peminat sukan umumnya. Melalui Bahagian ini, Jabatan Belia dan Sukan mengendalikan beberapa buah kompleks Sukan di seluruh negara.
Kemudahan-kemudahan dan gelanggang-gelanggang sukan di seluruh negara ini dibukakan kepada ahli-ahli sukan dan juga orang ramai sama ada di bawah skim-skim latihan sukan tertentu mahupun bagi kegunaan riadah semata-mata. Sebahagian dari kemudahan-kemudahan ini dikenakan bayaran seminimanya, bayaran pengunaan ini adalah bertujuan semata-mata bagi menimbulkan kepekaan terhadap perlunya untuk menggunakan sesuatu kemudahan ini dengan sebaik-baiknya dan bagi sedikit sebanyak menampung perbelanjaan pemeliharaan yang bukan sedikit jumlahnya dari tahun kesetahun.
Bahagian ini dibahagikan kepada 3 unit :
[1] Unit Pengurusan Dan Pentadbiran
[2]
Unit Kemudahan-Kemudahan Sukan
[3]
Unit Pemeliharaan
:: 01 :: Kemudahan Yang Disediakan
|