













|
-
Untuk membentuk
sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fizikal
dan mental - bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup,
berdisiplin dan BERDIKARI melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan
sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan
fizikal dengan berpegang kepada konsep kenegaraan, iaitu "Melayu
Islam Beraja".
-
Sukan juga adalah satu penglibatan
pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama ada
ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan
masyarakat asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan
yang sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan
masyarakat yang tidak mengasingkan diri.
- Di Peringkat Individu,
- Peningkatan tahap kesihatan
dan kecergasan fizikal.
-
Pembentukan sahsiah
(keperibadian) yang murni, kepercayaan serta bergantung
kepada diri sendiri (berdikari) dan pendirian yang
positif;
-
Penggunaan masa lapang yang
bermakna dan bermanfaat;
-
Kekurangan tekanan (stress)
hidup moden;
-
Semangat bergaul dan
bersahabat antara individu;
-
Peningkatan kemahiran melalui
latihan dan persaingan; dan
-
Peluang memenuhi keperluan
asas manusia mencapai kepuasan mutlak individu.
-
Di Peringkat Masyarakat,
-
Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti
semangat berdikari dan berdisiplin;
-
Membina masyarakat yang sihat
dan cergas dari segi fizikal, mental dan spiritual. Ini
akan mendorongkan peningkatan produktiviti negara;
-
Menimbulkan suasana untuk
memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat di kalangan
rakyat dan penduduk berbagai keturunan dan status sosial
dan menghindarkan hidup berpuak dalam masyarakat;
-
Mencegah jenayah dan aktiviti
liar melalui penggunaan masa lapang yang berfaedah dan
sebagainya; dan
-
Menggalakkan pertumbuhan dan
perkembangan ekonomi negara melalui industri sukan,
rekreasi dan pelancongan.
- Di peringkat Antarabangsa,
- Mengeratkan hubungan muhibah
serta persefahaman antara sebuah negara dengan negara
lain ke arah keamanan dan kesejahteraan dunia; dan
-
Mempertingkatkan mutu pencapaian individu dan
kecemerlangan melalui pertandingan antarabangsa yang
menghasilkan kebanggaan diri, keluarga, bangsa dan
negara.
TUJUAN SUKAN
NEGARA
Tujuan sukan negara ialah:
-
Untuk
menggalak dan mewujudkan peluang dan kemudahan
mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam
sukan di semua peringkat, termasuk antarabangsa;
-
Untuk menggalakkan semangat
persaingan yang sihat dan muhibah melalui sukan di kalangan
individu, kumpulan masyarakat dan antarabangsa; dan
-
Untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi
negara melalui penyertaan dan sumbangan di kalangan belia
dan sukan.
RANCANGAN TINDAKAN STRATEGI
- Pembangunan sukan negara bagi
kedua-dua sektor aktiviti hendaklah dilaksanakan serentak
secara kesinambungan (continuum), terselaras dan bersepadu,
bukan sahaja antara dua sektor sukan tetapi juga antara satu
program dengan program yang lain dalam sektor berkenaan
seperti dicontohkan di bawah:
Satu rancangan
kasar peringkat awal (blueprint) yang meliputi
tajuk-tajuk seperti (a) kepimpinan, (b) pengurusan, dan
(c) sumber-sumber bagi tempoh lima tahun hendaklah
disediakan untuk kedua-dua sektor aktiviti dan tiap-tiap
program.
- Sektor "Sukan Untuk
Masyarakat" amatlah penting dan hendaklah diberi
keutamaan dan penekanan yang lebih daripada sektor
"Sukan Prestasi Tinggi". Ia bertujuan untuk
mempertingkatkan penyertaan yang aktif di kalangan
masyarakat dan untuk mengukuhkan asas atau tapak ke arah
melahirkan kemahiran bagi mencapai prestasi yang tinggi.
Sebahagian besar daripada tujuan sukan negara akan
tercapai melalui sektor "Sukan Untuk Masyarakat".
- Bagi pembangunan sektor
"Sukan Prestasi Tinggi" yang mengandungi tiga program
yang terkemuka, bakat (tidak keseluruhannya), pelapis
dan elit, adalah wajar semua jenis sukan yang berjumlah
lebih daripada 30 dimajukan serentak tetapi hanya
beberapa jenis sukan sahaja diutamakan. Pemilihannya
hendaklah berdasarkan kepada faktor-faktor tertentu,
seperti mutu semasa dan potensi, persediaan dan
perancangan dan multi pengurusan persatuan termasuk
teknikal.
- Penyertaan atlit dan pasukan
negara di kejohanan anjuran persekutuan sukan, seperti
Sukan SEA hendaklah dihadkan kepada sukan yang boleh
memperlihatkan mutu walaupun pendedahan di kalangan
antarabangsa terus digalakkan.
KEPIMPINAN
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
- Antara rancangan tindakan
strategi yang akan diutamakan ialah kepimpinan yang
melibatkan struktur organisasi, pembahagian peranan, kuasa
dan tanggungjawab di pihak Kerajaan dan
pertubuhan-pertubuhan sukan.
- Kerajaan melalui Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan akan terus memimpin, menggalak
dan membantu pembangunan dan perkembangan sukan
bertanggungjawab dalam perkara dasar dan penyelarasan.
- Sebuah undang-undang mengenai
sukan, iaitu "Brunei Darussalam Sports and Recreation Act"
adalah dicadangkan. Antara perkara-perkara terkemuka ialah:
- Peranan, kuasa dan
tanggungjawab Menteri;
- Penubuhan sebuah Jabatan
Sukan dan Rekreasi; Penubuhan Majlis Penasihat
Kebangsaan Sukan; dan
- Penubuhan
sebuah Yayasan Sukan Kebangsaan.
Kementerian Pendidikan
-
Penggubalan kurikulum persekolahan yang menggalakkan
perkembangan aktiviti sukan dan pendidikan jasmani;
-
Penggubalan kurikulum latihan guru yang menggalakan
perkembangan pendidikan jasmani dan kejurulatihan;
-
Perancangan dan pelaksanaan program mencungkil bakat dan
potensi ke arah kecemerlangan sebagai sebahagian
daripada rancangan pembangunan sukan negara;
-
Penubuhan
"Pusat Cemerlang" bagi beberapa jenis sukan tertentu;
-
Persediaan
menubuhkan "Sekolah Sukan"; dan
-
Penubuhan
sebuah majlis sukan sekolah-sekolah bagi memperkemaskan
pengurusan dan perlaksanaan program termasuk
pertandingan di dalam dan di luar negeri.
Pertubuhan
Sukan
-
Keberkesanan
dasar sukan negara dan pelaksanaan segala program sukan,
sebahagian besarnya, terletak ke atas persatuan-persatuan
sukan kebangsaan. Selain daripada itu, pertubuhan dan kelab
belia/sukan turut bertanggungjawab untuk mempertingkatkan
penyertaan.
-
Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam sebagai
anggota International Olympic Committee dan memperjuangkan
"semangat olimpik" dan menyelaraskan persatuan sukan
kebangsaan mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk
membangun dan memajukan sukan terutama ke arah kecemerlangan.
Dasar Sukan Negara menekankan supaya majlis ini berfungsi
lebih aktif menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
Penubuhan pertubuhan sukan yang boleh memberi khidmat
sokongan seperti persatuan sains sukan dan persatuan
jurulatih clan sebagainya hendaklah digalakkan.
Pengurusan
-
Menubuhkan
sebuah unit khas di Kementerian atau di Jabatan untuk
menyelaras perkara-perkara pengurusan dan teknikal
dengan persatuan-persatuan dan pertubuhan sukan
-
Perlantikan
seorang setiausaha kerja sepenuh masa untuk kerja-kerja
pentadbiran dan perancangan (sebagai permulaan beberapa
persatuan sukan yang tertentu sahaja akan terlibat).
-
Menempatkan
beberapa persatuan sukan kebangsaan secara satu kumpulan
di sebuah "Balai Sukan" atau "Sport House" yang
menggunakan perkhidmatan guna sama kakitangan, alat
kelengkapan pejabat, perkhidmatan penerbitan,
perpustakaan dan lain-lain.
Kejurulatihan
-
Masalah yang mendesak dalam pembangunan sukan tanahair ialah
kejurulatihan, baik dari segi jumlah mahupun kelayakan dan
pengalaman dan sistem persijilan yang seragam. Maka
hendaklah ditubuhkan sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan
anjuran Kerajaan untuk menyelaras dan membantu
persatuan-persatuan sukan. Lembaga hendaklah mewujudkan satu
kurikulum kejurulatihan dan skim persijilan yang diiktiraf
bersama oleh Kerajaan dan persatuan sukan kebangsaan ke arah
menjadikan kejurulatihan sebagai satu profesyen.
Kemudahan Sukan
-
Berbagai-bagai kemudahan sukan telah disediakan dan
dirancang oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam melalui Kementerian/]abatan, seperti Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan
pihak berkuasa tempatan. Kemudahan-kemudahan ini pada
keseluruhannya dapat memenuhi kehendak semasa. Walau
bagaimanapun terdapat kelemahan dari segi penyelarasan
penggunaan kemudahan-kemudahan tersebut yang menimbulkan
keadaan penggunaan yang tidak maksima. Taburan
(distribution) dan penyelenggaraan kurang menggalakkan
kemajuan sukan terutama di sektor "Sukan Untuk Masyarakat".
-
Satu rancangan kasar peringkat awal (blueprint) untuk tempoh
20 tahun berkenaan kemudahan sukan hendaklah disediakan
berpandukan kepada strategi kedua-dua sektor aktiviti sukan,
serta merangkumkan rancangan yang sedia ada, yang mana
sesuai.
-
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan
Belia dan Sukan hendaklah berperanan sebagai penyelaras bagi
rancangan kemudahan sukan di sektor Kerajaan dan di sektor
bukan kerajaan. Satu garispandu ke arah penyelarasan
penggunaan hendaklah disediakan selepas perbincangan dengan
agensi-agensi tuan punya/penyelenggara dan pihak pengguna
seperti persatuan sukan kebangsaan.
-
Pihak berkuasa yang merancangkan pembangunan bandar dan desa
dan alam sekitar hendaklah memasukkan rancangan kemudahan
sukan dan rekreasi mengikut dasar, pawaian, spefikasi yang
ditetapkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan
berpandukan "blueprint" yang disediakan.
Kewangan
Yayasan Sukan
-
Sebuah Yayasan Sukan Negara (National Sports Foundation)
dicadang ditubuhkan di bawah "Brunei Darussalam Sports and
Recreation Act" sebagai sumber kewangan dan agensi
pembangunan ekonomi belia dan sukan. Selain daripada
pemberian pelancaran Kerajaan dan derma dan sumbangan
daripada sektor swasta, sebahagian besar aset-aset Yayasan
akan diperolehi daripada orang ramai, terutama masyarakat
belia dan sukan melalui pembelian saham dan sebagainya.
-
Yayasan akan mengambil langkah-langkah menggalakkan
pertumbuhan ekonomi di kalangan belia dan sektor sukan
seperti pelaburan, pembuatan (manufacturing) alat-alat sukan
dan mengadakan kejohanan antarabangsa yang menggalakkan
pertumbuhan industri pelancongan dan "celebrity".
Penggalakan
(Insentif)
-
Usaha-usaha penggalakan kepada atlit, jurulatih dan pegawai
hendaklah dipertingkatkan kerana ia amat penting untuk
menggalakkan kepimpinan dan meningkatkan kecemerlangan.
Antara insentif ini, ialah pemberian pelancaran, subsidi
tahunan untuk pentadbiran bagi kelab dan persatuan belia dan
sukan yang mempunyai program ke arah memajukan "Sukan Untuk
Masyarakat", hadiah kemenangan, bantuan perbelanjaan latihan
di dalam dan di luar negeri, elaun "tuition", cuti,
biasiswa, peluang pekerjaan, anugerah, perlindungan insurans
dan sebagainya. Penggalakan ini hendaklah juga untuk
pemimpin dan pegawai, termasuk jurulatih. Skim penggalak
khas hendaklah juga diwujudkan untuk orang-orang cacat.
Pihak sektor bukan Kerajaan, selain daripada menyokong
tindakan Kerajaan, perlu juga menawarkan insentif untuk
peningkatan mutu sukan di kalangan mereka.
-
Pemansuhan cukai import ke atas alatan sukan dan pertumbuhan
industri sukan rekreasi dan pelancongan adalah satu daripada
insentif yang akan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam
sukan.
Biasiswa
-
Satu skim biasiswa sukan untuk atlit yang berpotensi akan
dapat mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan mereka
sambil meneruskan peningkatan bidang akademik. Ia dapat
mengikiskan andian bahawa sukan itu satu faktor negatif dan
penghalang kepada kemajuan akademik seseorang. Adalah wajar
juga diwujudkan satu skim latihan melalui hadiah biasiswa
untuk pegawai-pegawai sukan, terutama dari golongan
guru-guru untuk mempertingkatkan mutu kejurulatihan dan
pengetahuan sukan.
PENUTUP
-
Yang terpenting dalam Dasar Sukan Negara yang dicadangkan
ini ialah tujuan dan matlamat dan rancangan tindakan
strategi untuk mempastikan pencapaian dan keberkesanan
segala dasar itu. Ia dilaksanakan atas sebab bahawa segala
kegiatan sukan, baik di sektor "Sukan Untuk Masyarakat"
mahupun di sektor "Sukan Prestasi Tinggi" adalah sebahagian
daripada rancangan pembangunan negara dalam konteks membina
masyarakat yang bersukan, berdisiplin dan BERDIKARI yang
menjadi teras kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
-
Dasar ini ialah untuk semua - melibatkan institusi kerajaan,
sektor swasta dan masyarakat belia dan sukan di berbagai
peringkat. Segala pengungkayahan pula merupakan satu
persyarikatan atau "partnership" dikalangan ketiga-tiga
institusi yang besar ini dan semua pihak di bawah institusi
masing-masing. Walau bagaimanapun pada pokok pangkalnya,
oleh sebab matlamat mutlak ialah membina masyarakat yang
BERSATU DAN BERDIKARI maka kejayaan dasar sukan negara ini
bergantung kepada rakyat dan penduduk yang mana secara
langsung atau tidak langsung terlibat dengan dasar ini.
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan
terus memimpin, menggalak dan membantu sebagai ahli
persyarikatan yang bertanggungjawab.
|
|