Bahasa Melayu     |   English  Direktori Staf     |    Maklum Balas    |    Site Map   

   Utama Mengenai Jabatan | Bahagian & UnitPerkhidmatan | Aktiviti Jabatan

     Utama  >  Mengenai Jabatan
        MENU UTAMA
  Laman Utama
  Mengenai Jabatan
   Struktur
  Bahagian & Unit
  Perkhidmatan
  Aktiviti Jabatan

      MENGENAI JABATAN

.                        matlamat | objektif | peranan | tugas & tanggungjawab

                                                                          M I S I

      MENGWUJUDKAN DAN MEMBANGUN MASYARAKAT BRUNEI KE ARAH       KECEMERLANGAN MELALUI PROGRAM-PROGRAM 'BELIA DAN SUKAN'

                                                                           V I S I

                    “ KE ARAH MASYARAKAT YANG SIHAT DAN CEMERLANG ”


Matlamat

Menanamkan semangat kebangsaan dan mendukung kerasmian ugama Islam untuk menjadi amalan dalam kehidupan lengkap belia sesuai dengan falsafah 'Melayu Islam Beraja' dan Perlembagaan Negara.

Menanamkan dan mengukuhkan masyarakat yang sepadu melalui program-program yang berteraskan konsep Melayu Islam Beraja.

Memperkembangkan dikalangan belia pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan serta menanamkan dalam diri belia sikap dan kualiti bertanggungjawab, berdisiplin, dinamik, serta dapat menyesuaikan diri dan berdikari bagi pembangun negara disamping mengukuhkan kepaduan negara.

Meningkatkan profil belia melalui penyertaan belia diperingkat kebangsaan serantau dan antarabangsa.

Membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi fisikal juga mental bersemangat dan berpendirian positif, hidup berdisplin dan berdikari, iaitu melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal dengan berpegang kepada falsafah negara 'Melayu Islam Beraja'.

Melahirkan ahli-ahli sukan elit dan berprestasi tinggi bagi penyertaan sukan-sukan serantau dan antarabangsa.

Menjadikan aktiviti sukan sebagai satu kaedah pembangunan sosial, menggalakanpergaulan persaingan sihat dan mengeratkan perhubungan sosial serta masyarakat yang tidak mengasingkan diri melalui penyertaan aktiviti sukan untuk masyarakat.

Mempertingkatkan prasarana dan kemudahan-kemudahan sukan dan pusat-pusat belia diseluruh negara.

atas


Objektif

Membentuk belia untuk lebih bertanggongjawab kepada ugama raja bangsa dan negara.

Menyediakan program yang berbentuk latihan kepimpinan kemahiran serta menyusun rancangan yang berasaskan wawasan yang sihat dengan berpandukan kehendak belia dan aspirasi negara.

Menyediakan program perkembangan belia bagi menimbulkan kepercayaan diri serta menanamkan sikap ke sukarelawanan dikalangan belia.

Memperbolehkan belia memperkembangkan kesedaran dan persefahaman antarabangsa supaya menyedari kedudukan Negara Brunei Darussalam dalam ASEAN, Rantau Asia, Komanwel dan Antarabangsa dengan penyertaan belia dalam latihan, seminar, perkhemahan pertandingan dan pertukaran program dua hala atau serantau di luar negara.

Membanyakkan bilangan masyarakat yang melibatkan diri secara langsung pada kegiatan riadah dan sukan untuk masyarakat dengan menyediakan prasarana dan program-program sukan yang tersusun, terancang, terpimpin melalui temasya/ pesta dan pertandingan.

Menggalak dan mengwujudkan peluang dan kemudahan ke arah mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan individu dalam sukan disemua peringkat, termasuk antarabangsa.

Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui penyertaan dan sumbangan dikalangan belia dan sukan.

Menyediakan, menggalakkan penggunaan prasarana kemudahan-kemudahan sukan dan pusat-pusat belia diseluruh negara pada tahap yang memuaskan sama ada dari segi keramaian penggunanya dan keadaan pemeliharaannya.

atas


Peranan

Peranan dan fungsi Jabatan (sejak April 1993) Sekarang dikenali sebagai Jabatan Belia dan Sukan adalah mengawasi perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal 'belia dan sukan'.

Mengatur langkah-langkah mengelola, mentadbir dan melaksanakan rancangan-rancangan mengenai dengan 'belia dan sukan'.

Merancang dan memajukan sukan negara secara terpimpin dan terkenal dengan tujuan supaya dapat membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatupadu, kukuh bukan saja dari segi tubuh badan ahli-ahli masyarakat itu tetapi juga dari segi pendirian dan semangat mereka sesuai dengan kehendak-kehendak masyarakat dan negara.

Mengawal, memimpin dan menyusun pergerakan-pergerakan dan aktiviti-aktiviti 'belia dan sukan'.

nota: Catatan daripada Surat Keliling Pejabat Setiausaha kerajaan Bilangan SUK/90/74 bertarikh 29 Jun 1974.

atas


Tugas & Tanggungjawab

Merancang, mengawal, memimpin dan menyusun pergerakan-pergerakan dan kegiatan-kegiatan belia demi untuk membina belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdikari, bernilai positif dan bersedia menyahut seruan pembangunan negara.

Merancang, menyusun dan mengawal program-program sukan untuk membentuk masyarakat cergas, sihat, berdisiplin, dinamik, tahan lasak dan berdikari dan secara langsung untuk menuju kearah pencapaian sukan kecemerlangan.

Menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur, seperti venue-venue sukan, pusat-pusat belia dan bantuan-bantuan kewangan serta khidmat nasihat kepada persatuan-persatuan belia dan persatuan-pesatuan sukan.

Merancang latihan-latihan sivik, tata negara, kepimpinan, motivasi dan pendedahan para belia serta bantuan jurulatih bagi memperbaiki mutu kesukanan kepada atlit sukan.

KEAHLIAN DIPERINGKAT KEBANGSAAN DAN SERANTAU

Ahli Jawatankuasa Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei.

Pengerusi Asean Sub-Committee On Youth bagi tahun 1988 hingga 2000.

Ahli Lembaga Pengarah dalam Belia Komanwel (Rantau Asia).
Pengerusi Senior Official Meeting on Youth (SOMY) 2000 hingga June, 2002.

atas
 

                
 

© 2009 Government of Brunei Darussalam

 
 Best viewed using IE 6.0+ or Netscape 7.0+ with 800 x 600 screen resolution.