banner
LAMAN UTAMA MENGENAI PERTANDINGAN WARTA LOGO GALERI

 

 

MENGENAI PERTANDINGAN
|| TUJUAN || SYARAT PENYERTAAN || HADIAH PENGHARGAAN ||

[ I N F O ]
 

TUJUAN

1. Untuk menyediakan peluang kepada belia merancang dan melaksanakan sesuatu projek yang bersistematik dan pada masa yang sama belia dapat belajar dan menimba ilmu di dalam pengurusan kegiatan.

2. Untuk memberi kebebasan kepada belia dalam menganjurkan dan memilih jenis kegiatan belia mengikut citarasa dan kehendak belia sendiri.

3. Untuk menyerapkan ‘sense of ownership’ dalam diri belia dan rasa bertanggungjawab dalam pengendalian projek.
`
4. Untuk memilih projek yang terbaik untuk dipertandingkan dalam anugerah peringkat dalam atau luar negeri.

SYARAT PENYERTAAN ...atas

Syarat-syarat kumpulan:
1. Dibukakan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.

2. Umur ahli kumpulan hendaklah di antara 15 hingga 25 tahun pada tahun 2009.

3. Kumpulan mestilah bersedia memikul tanggungjawab dan risiko selaku Ahli Jawatankuasa semasa pengendalian projek nanti.

4. Setiap kumpulan yang ikut bertanding hendaklah mempunyai ahli tidak kurang daripada 3 orang dan tidak lebih daripada 9 orang. Walaubagaimanapun, ahli dibolehkan terdiri daripada pemegang kad pengenalan hijau dan tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah ahli kumpulan tersebut.

5. Pertukaran ahli kumpulan TIDAK DIBENARKAN setelah borang penyertaan diterima oleh pihak penganjur.

6. Setiap kumpulan dibolehkan melantik seorang mentor. Tugas mentor adalah memberi bimbingan tetapi tidak boleh terlibat di dalam pengendalian.

7. Setiap kumpulan dibolehkan melantik ‘supporters’ yang terdiri daripada golongan belia berumur 15 hingga 25 tahun dan tidak lebih daripada sepuluh (10) orang ‘supporters’.

8. Setiap kumpulan akan diawasi oleh seorang penyelia yang dilantik terdiri daripada pegawai Jabatan Belia dan Sukan. Antara tugas penyelia ialah sebagai perantaraan di antara kumpulan dan Jabatan Belia dan Sukan.

9. Setiap kumpulan hanya dibenarkan menghantar SATU kertas kerja sahaja.

10. Setiap penyertaan dikehendaki mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur dengan lengkap.


Peraturan kertas kerja :
1. Kertas kerja yang dihadapkan mestilah mengikut format yang disediakan iaitu mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
  1. Tajuk
2. Pendahuluan / Mukadimah
3. Tujuan
4. Kumpulan sasaran / syarat penyertaan
5. Tarikh dan tempat aktiviti dijalankan
6. Jadual pelaksanaan aktiviti
7. Tetamu Kehormat (jika ada)
8. Rangka perbelanjaan
9. Jawatankuasa pengendali
10. Borang permohonan
11. Logistik

2. Kertas kerja projek yang dipertandingkan hendaklah berunsur kebeliaan; tidak bercanggah dengan Undang-Undang Negara atau anasir negatif dan mempunyai mesej yang bersesuaian dengan hal ehwal kebeliaan di negara ini.

3. Bagi kategori kertas kerja yang dipertandingkan, setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu daripada kategori di bawah:
  i) Kemasyarakatan
ii) Pendidikan
iii) Alam Sekitar
iv) Keugamaan
v) Kesukanan / Riadah
vi) Kesedaran / Kesihatan


4. Kertas kerja boleh dihadapkan samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

5. Setiap kertas kerja yang dihadapkan hendaklah di dalam format hard copy dan soft copy (disket atau cd).

Penilaian:
1.
Format pertandingan:

  (i) Fasa I


(ii) Fasa II








(iii) Fasa III
Penilaian Kertas Kerja
Pemilihan awal iaitu penilaian kertas kerja.

Perbentangan Kertas Kerja
(17 & 19 April 2009)
Kumpulan yang disenaraipendekkan hendaklah membentangkan kertas kerja mengikut gaya atau cara masing-masing dan tidak melebihi daripada 20 minit.

Daripada perbentangan ini, 20 kertas kerja yang terbaik akan dipilih untuk ke fasa seterusnya.

Pelaksanaan Kertas Kerja Projek
Kumpulan yang terpilih ke fasa ini dikehendaki melaksanakan kertas kerja projek yang dipertandingkan dalam tempoh tiga bulan bermula pada 1 Jun 2009 hingga 31 Ogos 2009.

2. Setiap kumpulan akan diberikan maksimum $500.00 untuk perbelanjaan pelaksanaan projek.

3. Penilaian akan merangkumi kepada keberkesanan projek yang dilaksanakan iaitu berjaya mencapai matlamatnya.

4. Penghakiman Jawatankuasa Panel Hakim telah dibentuk bagi Fasa I dan Fasa II, sementara Jawatankuasa Pemudahcara telah ditubuhkan bagi membantu Penghakiman yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Jabatan Belia dan Sukan.

HADIAH PENGHARGAAN ...atas
1. Kertas kerja yang dibentangkan : Menerima sijil penyertaan
2. Pembentangan Kertas Kerja Terbaik : Menerima sijil penghargaan dan trofi
3. Kumpulan Outstanding : Menerima sijil penghargaan dan trofi
4. Pemenang Kategori Emas : Wang tunai $1,500.00, sijil penghargaan dan trofi
5. Pemenang Kategori Perak : Wang tunai $1,000.00, sijil penghargaan dan trofi
6. Pemenang Kategori Gangsa : Wang tunai $750.00, sijil penghargaan dan trofi
7. Saguhati : Wang tunai $300.00, sijil penghargaan dan trofi

Pertandingan B-@ktif 2009
[ Muat Turun Borang ]

Borang penyertaan juga boleh didapati daripada :


Jabatan Belia dan Sukan
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Bandar Seri Begawan
Tel : 2381903 / 2381904 / 2381905
------------------------------------
Jabatan Belia dan Sukan
Cawangan Daerah Brunei Muara
Bandar Seri Begawan
Tel : 2221028
------------------------------------
Jabatan Belia dan Sukan
Cawangan Daerah Tutong
Simpang 95, Bukit Bendera
Tel : 4221551 / 4261128
------------------------------------
Jabatan Belia dan Sukan
Cawangan Daerah Belait
Jalan McKerron
Tel : 3334938 / 3333992
------------------------------------
Jabatan Belia dan Sukan
Cawangan Daerah Temburong
Pekan Bangar
Tel : 5221718

------------------------------------

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan tidak lewat daripada
31 Mac 2009 - 4:30 petang
dengan menyertakan :
i) Salinan kad pengenalan pintar semua ahli kumpulan
ii) Hard copy dan soft copy
(disket atau cd) kertas kerja
 
2009 © Jabatan Belia dan Sukan
Hak Cipta Terpelihara.