Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

08.12.2023 | Kepulangan Delegasi Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) ke-47 Negara Brunei Darussalam

kapal belia 2023 p1.jpg

kapal belia 2023 p2.jpg

kapal belia 2023 p3.jpg 

Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas – Delegasi Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP)  ke47, 2023 di Tokyo, Jepun telah selamat pulang ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini Jumaat 24 Jamadilawal 1445 bersamaan dengan 08 Disember 2024.

Delegasi Negara Brunei Darussalam terdiri daripada seorang National Leader, Dayang Hajah Siti Shamsiah binti Haji Sajali bersama 10 orang belia berumur antara 18 hingga 33 tahun yang diketuai oleh Ketua Belia, Awang Muhammad Asyraf bin Zulkipli dan Penolong Ketua Belia, Dayang Nurul Hazirah binti Haji Jahari

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas bagi mengalu-alukan ketibaan delegasi adalah Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan beserta dengan pegawai-pegawai kanan di Jabatan Belia dan Sukan.

Doa Selamat dibacakan oleh salah seorang peserta program berkenaan, Awang Haji Nur Mohammad Syandi bin Haji Md. Daud.

Pada tahun ini, Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun, SSEAYP telah disertai oleh seramai 120 orang peserta daripada 9 buah negara-negara ASEAN (kecuali Myanmar) dan Jepun iaitu 10 National Leaders dan 110 peserta belia.

Dengan membawa tema 'What Youth Can Do In The New Era Of Cooperation towards the 50th Year of ASEAN-Japan Friendship and Cooperation', para peserta belia program tersebut telah berpeluang untuk membincangkan dan bertukar pendapat terhadap lima tajuk utama yang berkaitan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu  :

Quality Education; Gender Equality and Women's Empowerment; Economic Growth and Sustainable Cities and Communities; Energy, Measures against Climate Change, Recyclingoriented Society; dan Good Health and Well-being.

 Selain itu, diadakan juga program anak angkat dan tinggal bersama keluarga angkat serta interaksi bersama belia-belia Jepun. Program ini juga bertujuan bagi mempromosikan lagi persahabatan dan persefahaman serta pertukaran peserta belia antara Negara Jepun dan negara-negara ASEAN khususnya Negara Brunei Darussalam secara berterusan, di samping dapat dijadikan sebagai platform untuk belia berkongsi ilmu pengetahuan dan peluang untuk menjalinkan kerjasama.

Attachments
Created at 12/16/2023 11:17 AM by Hjh Noraini Binti Hj Samat
Last modified at 12/16/2023 11:17 AM by Hjh Noraini Binti Hj Samat