Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

05.12.2023 | Majlis Kesyukuran Bersempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2023, Masjid Ash-Shaliheen, Jabatan Perdana Menteri

doa kesyukuran hari sukarelawan antarabangsa 2023 p1.jpg
doa kesyukuran hari sukarelawan antarabangsa 2023 p2.jpg

doa kesyukuran hari sukarelawan antarabangsa 2023 p3.jpg         

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 21 Jamadilawal 1445H/05 Disember 2023M. – Hari Sukarelawan Antarabangsa adalah mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diadakan pada 5 Disember setiap tahun. Hari Sukarelawan Antarabangsa dilihat sebagai peluang unik untuk sukarelawan dan organisasi meraikan usaha mereka, berkongsi dan mempromosi kerja mereka serta menyumbang kepada keamanan dengan menyokong pengiktirafan sukarelawan dalam program pembangunan.

Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan mengadakan Kempen Hari Bertindak Sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2023 yang bertemakan ' Is Everyone Did' Kerja Sukarela, Andai Semua Orang Melakukannya.  

Bersempena dengan sambutan tersebut, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2023 bertempat di Masjid Ash-Shaliheen. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 Hadir sama ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan), , Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan) dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Persatuan dan Pergerakan Belia; Belia-Belia Masjid; Alumni Program-Program Kebangsaan dan Antarabangsa; Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Kempen Hari Bertindak Sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2023; dan belia individu serta orang ramai.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Mulia Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Selawat Tafrijiyyah dipimpin oleh Yang Mulia Imam Awangku Muhammad Rafiuddin bin Pengiran Ramle dan diteruskan dengan Tazkirah bertajuk  'Kerja Sukarela, Andai Semua Orang melakukannya  yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama, Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan diselajurkan dengan bacaan Doa Kesyukuran, Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, doa untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat Pelastin  dan Doa Menghindari Wabak COVID-19 yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Mohammad Syariff Wafiuddin bin Jemain, Imam Masjid Ass-Saliheen. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Asar Berjemaah.

Antara perisian Hari Sukarelawan Antarabngsa di adakan adalah seperti beriktu :

  1. Majlis Doa Kesyukuran yang akan di adakan pada hari ini, Selasa 05hb Disember 2023 diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Jabatan Perdana Menteri;
  2. Festival Hari Sukarelawan yang akan diadakan bermula 6hb hingga 10 Disember 2023 bertempat Hab Belia, Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas;
  3. Majlis pelancaran Kempen Hari Bertindak (DOA) dan Penghargaan yang akan diadakan pada hari Ahad, 10hb Disember 2023; dan
  4. Maraton Aktibiti Sukarelawan telah bermula 20 November 2023 dan akan berakhir  pada 31 Januari 2024.  

Kempen Hari Bertindak pada tahun ini mempunyai Sembilan (9)  kluster program iaitu (1) Hak Asasi Haiwan; (2) Seni dan Budaya; (3) Masyarakat; (4) Bencana Alam; (5) Pendidikan; (6) Inisiatif Hijau; (7) Keusahawanan Sosial; (8) Kerohanian dan Keugamaan; dan (9) Pembangunan Belia.

Lebih 100 aktiviti telah disusun setakat ini bagi Kempen Hari Bertindak 2023 seluruh negara dengan melibatkan lebih daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, persatuan / pergerakan belia, organisasi bukan kerajaan (NGO), Majlis Perundingan kampong (MPK) dan sekolah-sekolah. Pendaftaran bagi menyertai aktiviti Kempen Hari Bertindak ini telahpun dibukakan bermula 25 September 2023 hingga 16 Januari 2024. Sebarang maklumat mengenai aktiviti-aktiviti Kempen Hari Bertindak boleh diperolehi melalui aplikasi Mengalinga serta Instagram @jbs.bn dan @dayofaction.brunei. 


Attachments
Created at 12/16/2023 10:58 AM by Hjh Noraini Binti Hj Samat
Last modified at 12/16/2023 11:01 AM by Hjh Noraini Binti Hj Samat