Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

15.10.2023 | Majlis Pembukaan Rasmi Liga Super Sepak Takraw TAIB Terbuka 2023, 15 Oktober hingga 19 November 2023

pembukaan rasmi liga sepak takraw TAIB terbuka p1.png

pembukaan rasmi liga sepak takraw TAIB terbuka p2.png 

pembukaan rasmi liga sepak takraw TAIB terbuka p3.png 

pembukaan rasmi liga sepak takraw TAIB terbuka p4.png 

pembukaan rasmi liga sepak takraw TAIB terbuka p5.png 

pembukaan rasmi liga sepak takraw TAIB terbuka p6.png 

pembukaan rasmi liga sepak takraw TAIB terbuka p7.png 

pembukaan rasmi liga sepak takraw TAIB terbuka p8.png 

pembukaan rasmi liga sepak takraw TAIB terbuka p9.png 

pembukaan rasmi liga sepak takraw TAIB terbuka p10.png 

Bandar Seri Begawan, Ahad, 29 Rabiulawal 1445 / 15 Oktober 2023 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) menganjurkan kejohanan Liga Super Sepak Takraw TAIB Terbuka (LST) 2023 yang bermula pada 15 Oktober hingga 19 November 2023. Penaja Utama bagi kejohanan Liga ini ialah dari Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB). 

Majlis Pembukaan Rasmi Kejohanan LST ini diadakan pada 15 Oktober 2023 bermula pada pukul 2.30 petang yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Awang Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Acara diselajurkan dengan perlawanan pertama Kejohanan LST pada hari tersebut. 

Perlawanan LST seterusnya akan diadakan pada setiap hari Ahad, bermula pada 22hb hingga 19 November 2023 bertempat di Kompleks Sukan Sungai Kebun. Manakala Majlis Penutup serta Penyampaian Hadiah akan diadakan pada hari Ahad, 19 November 2023 bertempat di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan. 

Juara bagi kejohanan Liga ini akan menerima Wang Tunai sebanyak $5,000.00 dan pingat serta Piala Pusingan, Naib Juara akan menerima Wang Tunai sebanyak $3,000.00 dan pingat manakala tempat ketiga bersama akan menerima Wang Tunai sebanyak $1,000.00 dan pingat. 

Dalam kesempatan ini, orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi menyaksikan Majlis Pembukaan, perlawanan-perlawanan serta Majlis Penyampaian Hadiah pada hari berkenaan bagi sama-sama memeriahkan dan memberi sokongan Kejohanan Liga Super Sepak Takraw TAIB Terbuka (LST) 2023, masuk adalah percuma.


Attachments
Created at 10/19/2023 4:13 PM by Roslinawati Binti Jamaludin
Last modified at 10/19/2023 4:13 PM by Roslinawati Binti Jamaludin