Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

08.10.2023| Upacara Menyambut Kepulangan Kontinjen Negara Brunei Darussalam Dari Sukan ASIAN Ke-19, 2022 di Hangzhou, China Bagi Atlet Karate


Upacara Menyambut Kepulangan Kumpulan karate p1.png

Upacara Menyambut Kepulangan Kumpulan karate p2.png

Upacara Menyambut Kepulangan Kumpulan karate p3.png

Upacara Menyambut Kepulangan Kumpulan karate p4.png

Upacara Menyambut Kepulangan Kumpulan karate p5.png

Upacara Menyambut Kepulangan Kumpulan karate p6.png

Upacara Menyambut Kepulangan Kumpulan karate p7.png

Upacara Menyambut Kepulangan Kumpulan karate p8.png

BERAKAS, Ahad, 22 Rabiulawal 1445H/ 8 Oktober 2023M. – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Pasukan Karate telah kembali ke Negara Brunei Darussalam selepas menyertai Sukan Asia (Asian Games 2023) Ke-19 di Hangzhou, China.  

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara dan seterusnya mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Hadir sama ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.  

Pasukan Karate Negara berjaya menyumbang 1 pingat gangsa bersama melalui Yang Mulia Farhah Syahirah binti Mohd Shamrin, Yang Mulia Rodyatul Adhwanna binti Bakar dan Yang Mulia Farhana Najeha binti Abdul Rahman bagi acara Women’s Team Kata. 

Attachments
Created at 10/9/2023 11:02 AM by Hjh Noraini Binti Hj Samat
Last modified at 10/9/2023 11:02 AM by Hjh Noraini Binti Hj Samat