Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

02.10.2023| Upacara Selamat Belayar Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan ASIA Ke-19 2022, Hangzhou, China

Majlis selemat belayar kumpulan karate ke asia games 2023 p1.png

Majlis selemat belayar kumpulan karate ke asia games 2023 p2.png

Majlis selemat belayar kumpulan karate ke asia games 2023 p3.png 

BERAKAS, Isnin, 16 Rabiulawal 1445H/02 Oktober 2023M. – Seramai 6 orang ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam terdiri daripada Yang Mulia Haji Okida Simangasing (Jurulatih-Karate-Kumite), Yang Mulia Anggoro Bayu Pratama (Jurulatih-Karate-Kata), Yang Mulia Muhd Harith bin Dahlan (Atlet-Kumite), Yang Mulia Farhah Syahirah binti Mohd Shamrin (Atlet-Kata), Yang Mulia Rodhyatul Adhwanna binti Bakar (Atlet-Kata) dan Yang Mulia Farhana Najeeha binti Abdul Rahman (Atlet-Kata) telah berlepas ke Hangzhou, China bagi menyertai kejohanan Sukan Asia Ke-19 2022, yang berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober 2023. 

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan nasihat serta kata-kata semangat ialah Yang Mulia, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Pemangku Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Hadir sama ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Attachments
Created at 10/2/2023 12:25 PM by Hjh Noraini Binti Hj Samat
Last modified at 10/2/2023 1:25 PM by Roslinawati Binti Jamaludin