Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

26.09.2023 | Upacara Selamat Belayar Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan ASIA Ke-19 2022, Hangzhou, China

Majlis selemat belayar kontinjen brunei ke asian games 2023 - angkat berat p1.png

Majlis selemat belayar kontinjen brunei ke asian games 2023 - angkat berat p2.png

Majlis selemat belayar kontinjen brunei ke asian games 2023 - angkat berat p3.png

BERAKAS, Selasa, 10 Rabiulawal 1445H/26 September 2023M – Seramai 2 orang ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam terdiri Yang Mulia Muhammad Hadi Dinie bin Abdul Rahman (Jurulatih) dan Yang Mulia Dayang Jurulena binti Juna (Atlet - Angkat Berat) telah berlepas ke Hangzhou, China bagi menyertai kejohanan Sukan Asia Ke-19 2022, yang berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober 2023. Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan nasihat serta kata-kata semangat ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, selaku menjalankan tugas Setiausaha Tetap (Kesukanan). Hadir sama ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Kumpulan terakhir akan bertolak ke Hangzhou, China pada hari Isnin, 2 Oktober 2023.

Attachments
Created at 9/26/2023 1:41 PM by Roslinawati Binti Jamaludin
Last modified at 9/26/2023 1:41 PM by Roslinawati Binti Jamaludin