Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

27.01.2023 | Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kem Asuhan Minda Belia

IMG_7748.JPG

IMG_7750.JPG 

IMG_7749.JPG 

IMG_7751.JPG 

IMG_7752.JPG

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 5 Rejab 1444H/27 Januari 2023M. - Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Cawangan Daerah Brunei dan Muara telah mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kem Asuhan Minda Belia bertempat di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

Hadir menyempurnakan majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan.

Seramai 27 peserta terdiri daripada 17 peserta lelaki dan 10 peserta perempuan, yang sedang menunggu keputusan peperiksaan G.C.E 'O' Level dari Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI), Sekolah Menengah Sultan Jamalul Alam, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Sekolah Menengah Lambak Kiri, Sekolah Menengah Masin, Sekolah Menengah Muda Hashim dan Sekolah Menengah Sufri Bolkiah telah mengikuti Kem Asuhan Minda Belia berkenaan.

Disepanjang kem tersebut berlangsung, ia diisikan dengan pelbagai aktiviti antaranya ialah sembahyang berjemaah dan membaca Surah Yaa Siin; Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh yang dikhususkan untuk para peserta dengan tajuk 'Jangan Menyerah, Perjalanan Masih Panjang', yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohd Yadly bin Haji Mat Yassin, Penolong Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. 

Kem juga memuatkan kerja dan pembentangan secara kumpulan. Peserta juga turut diberikan tugasan yang mencabar iaitu melalui aktiviti Mengenali Bandar Kitani, mereka berkunjung bagi mengenali lebih lanjut bangunan-bangunan lama yang ada di Bandar Seri Begawan seperti melawat sambil membuat kerja alam. 

Antara bangunan dan tempat yang mereka kunjungi ialah Tamu Kianggeh, Pejabat Besar Pos, Jabatan Perkhidmatan Pos, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka; Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja dan Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja. 

Manakala bagi aktiviti berdudun ke Kampong Ayer, para peserta juga telah berkunjung dan berpeluang menemu ramah warga emas sambil bertanya mengenai sejarah kampung, mengenali bahasa-bahasa Brunei lama dan membuat kerja amal di Kampung Tamoi Ujong, Kampung Lurong Dalam, Kampung Peramu, Kampung Saba Darat A dan Kampung Setia A. Mereka diarahkan untuk menyelesaikan tugasan mereka dengan membuat video pendek mengenainya.

Kem Asuhan Minda Belia dihasratkan akan menjadi seorang yang proaktif, berinisiatif dan kreatif serta berani menyuarakan pendapat. Dengan adanya kem tersebut, para peserta dapat membentuk rangkaian persahabatan secara informal dan menjadi ejen perubahan kebaikan kepada sekolah masing-masing. Para peserta juga mampu membentuk belia yang lebih bertanggungjawab dan berdikari serta menggunakan masa dengan membuat aktiviti yang berfaedah. 

Dalam masa yang sama, Pusat Belia berharap dapat menambah dan menarik ahli baharu yang berminat untuk mengikuti kelab Pusat Belia Bandar Seri Begawan.​

Attachments
Created at 1/28/2023 9:34 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 1/28/2023 10:47 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan