Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

10.01.2023 | Upacara Selamat Belayar Bagi Delegasi Brunei Darussalam bagi menyertai JENESYS2022 ASEAN Inbound Program of Japan-Brunei Exchange (Japanese Anime and Culture)

IMG_7492.jpg

IMG_7500.jpg 

IMG_7511.jpg

BERAKAS, Selasa, 17 Jamadilakhir 1444H/10 Januari 2023M. – JENESYS merupakan sebuah program pertukaran belia yang dianjur dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Jepun sejak tahun 2007 untuk menjalinkan hubungan dua hala dan persahabatan, di samping mempromosi nilai-nilai budaya, adat resam dan memahami cara hidup masyarakat Jepun.

Seramai 20 perwakilan belia terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi dari beberapa Institusi Pengajian Tinggi telah berlepas ke Tokyo, Jepun bagi menyertai JENESYS2022 ASEAN Inbound Program of Japan-Brunei Exchange (Japanese Anime and Culture) yang akan diadakan selama lapan hari bermula pada 10 hingga 17 Januari 2023. Rombongan diketuai oleh Yang Mulia Awang Mohd Noramizul bin Haji Serbini, Penolong Penyelia Pusat Belia, Jabatan Belia dan Sukan.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada perwakilan belia tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan kepercayaan dan persefahaman bersama di kalangan rakyat Jepun dan rantau Asia Pasifik dan juga membina asas persahabatan dan kerjasama pada masa depan. Ianya juga untuk meningkatkan kefahaman mengenai jepun dari segi ekonomi, masyarakat, sejarah, budaya yang pelbagai, politik dan hubungan diplomatik.

Disepanjang program dijalankan, perwakilan belia tersebut akan berpeluang untuk mengikuti beberapa aktiviti seperti menjalankan orientasi; mendengarkan syarahan mengenai kebudayaan dan kesenian Jepun; mengikuti bengkel yang berkaitan dengan tema program; membuat lawatan ke tempat-tempat bersejarah serta kunjungan hormat kepada kerajaan tempatan di Wilayah Chiba, Kamogawa; homevisit kepada Japan host family dan sebagainya.​​

Attachments
Created at 1/11/2023 2:52 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 1/11/2023 4:08 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan