Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

01.12.2022 | Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Perkhemahan Belia Bersatu

500_9773.jpg

500_9793.jpg 

500_9863.jpg 

500_9870.jpg

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 Jamadilawal 1444H/1 Disember 2022M. - Seramai 60 belia, berusia di antara 17 hingga 23 tahun, dari keempat-empat daerah menyertai Perkhemahan Belia Bersatu, yang berlangsung selama empat hari bermula Isnin lalu.

Program merupakan kerjasama di antara Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) serta Persatuan Bekas Peserta Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun, (BERSATU).

Majlis Penutup program berkenaan diadakan hari ini, di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta program, Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin.

Pada majlis itu juga, seramai enam peserta menerima anugerah kelakuan cemerlang, iaitu Awang Muhd. Lukmanul Irfan bin Shamsul Bahrin, Awang Muhammad Ashraf Wafiudin bin Hamdini, Gabriel Yong Chen Wei, Dayang Nuryanie binti Mohd. Salleh, Dayang Nur Eazanah binti Haji Rosli dan Dayang Nurul 'Atiqah binti Zaini.

Fokus utama program adalah mengenai pembentukan kepimpinan, patriotisme, disiplin, sukarelawan dan komitmen, dalam persekitaran pasukan, termasuk aktiviti perbincangan serta persembahan.

Program diharap dapat memberi inspirasi dan hasil positif kepada para peserta, di samping menggilap potensi mereka untuk meningkatkan kepimpinan, tanggungjawab, keyakinan, selain membangunkan semangat patriotik, seterusnya menggalakkan semangat perpaduan 'keBruneian'.

Para peserta program setentunya memperoleh pengalaman unik, sekali gus diberikan platform bagi menyuarakan kebimbangan mereka dan mencadangkan penyelesaian pada isu serantau serta antarabangsa yang mengelilingi Brunei dengan harapan untuk menyumbang kepada dunia yang lebih baik.

Majlis penutup berakhir dengan persembahan video sepanjang program dan prestasi oleh peserta.

Attachments
Created at 12/7/2022 3:08 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 12/8/2022 10:05 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan