Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

27.11.2022 | Upacara Menyambut Kepulangan Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke 1st Sea Deaf Games, 2022, Kuala Lumpur

bcc4ddf1-6756-4ef5-9327-168d9436e86a.jpg

d10d00db-1916-4575-aeca-3a7d0a228f0b.jpg

BERAKAS, Ahad, 3 Jamadilawal 1444H/27 November 2022M. – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada daripada 6 orang atlet dan 7 orang pegawai termasuk Chef de Mission, Ketua Urus Setia, Pegawai Urus Setia (Jurubahasa), Pegawai Perhubungan, Jurulatih dan Kakitangan Perubatan telah kembali ke tanahair selepas menyertai 1st SEA DEAF Games 2022 di Kuala Lumpur, Malaysia mulai 21 hingga 27 November 2022.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara ialah Yang Mulia Dayang Zainab binti Haji Morshidi, Pemangku Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan, ​Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir sama ialah Yang Mulia Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan dan Yang Mulia Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan.

Kontinjen Negara diketuai oleh Yang Mulia Awang Khairul Anwar bin Haji Jofari selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke 1st SEA DEAF Games 2022, Kuala Lumpur, Malaysia.

Bagi edisi pertama kejohanan ini, atlet dan pasukan negara telah menyertai sebanyak dua acara sukan iaitu Olahraga dan Tenpin Bowling.​

Attachments
Created at 12/7/2022 2:55 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 12/8/2022 10:29 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan