Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

23.11.2022 | Kursus Kepimpinan Pergerakan Belia 2022: Pengurusan Projek Belia Daerah Tutong

500_9343.jpg

500_9347.jpg 

500_9335.jpg 

500_9376.jpg

TUTONG, Khamis, 28 Rabiulakhir 1444H/23 November 2022M. – Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Society for Community, Outreach & Training (SCOT) selaku Rakan Strategik sedang mengadakan Kursus Kepimpinan Pergerakan Belia 2022: Pengurusan Projek Belia selama dua hari mulai 23 hingga 24 November 2022 di Pusat Belia, Daerah Tutong.​

Pada tahun ini, sebagai salah satu inisiatif bagi menggerak dan mengaktifkan persatuan dan pergerakan belia, Kursus Kepimpinan Pergerakan Belia buat julung-julung kalinya mengetengahkan pengenalan asas pengurusan projek belia yang diadakan sebanyak dua sesi iaitu sesi pertama bagi belia Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong pada 9 dan 10 November 2022 bertempat di Pusat Belia, Daerah Temburong dan sesi kedua bagi belia Daerah Tutong dan Daerah Belait pada 23 dan 24 November 2022 di Pusat Belia, Daerah Tutong.

Seramai 24 orang belia, 16 lelaki dan 8 perempuan berumur di antara 18 hingga 35 tahun menyertai kursus pada sesi kedua ini, yang terdiri daripada belia-belia yang bergiat aktif di dalam pergerakan dan persatuan belia di Daerah Tutong dan Daerah Belait sama ada kelab belia, kumpulan belia masjid, belia Majlis Perundingan Kampung (MPK), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan usahawan sosial. 

Objektif kursus diadakan adalah untuk memberikan ilmu pengetahuan asas dalam pengurusan projek khususnya dalam membuat kertas kerja, peruntukan, garis masa dan laporan, di samping membentuk belia menjadi penggerak dan pelaksana projek yang baik dan teratur serta meningkatkan kebolehan belia untuk bekerja secara berkumpulan. 

Attachments
Created at 12/7/2022 2:18 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 12/8/2022 10:52 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan