BERAKAS, Rabu, 14 Rabiulakhir 1444H/9 November 2022M. - Seramai dua orang delegasi belia telah berlepas ke Phnom Penh, Cambodia bagi menyertai The ASEAN Leader's Interface With Representatives Of ASEAN Youth yang akan diadakan pada 10 November 2022.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Dayang Zainab binti Haji Morshidi, Pemangku Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan.
Perwakilan belia yang menyertai program berkenaan terdiri daripada ahli-ahli persatuan belia.