Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

06.10.2022 | Kempen Derma Darah Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2022 Di Daerah Tutong

DSC_6387.jpg

DSC_6396.jpg 

DSC_6358.jpg

Tutong, Khamis, 6 Oktober 2022. – Kempen Derma Darah ini diadakan di keempat-empat daerah bermula pada hari ini di Daerah Tutong seterusnya di Daerah Temburong, Belait dan berakhir di Brunei dan Muara.   Ini merupakan salah satu aktiviti yang diungkayahkan bersempena dengan Festival Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2022.

Kempen Derma Darah di Daerah Tutong dikendalikan oleh Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kementerian Kesihatan.

Antara objektif kempen ini ialah untuk memberikan kesedaran kepada orang  awam mengenai kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan banyak nyawa dan membantu pihak Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi keperluan menambah lagi stok darah yang ada pada masa ini.  Ia juga bertujuan bagi mewujudkan  masyarakat yang bersatu padu dalam semua aspek dan pengendalian kerja-kerja sosial.

Kempen Derma Darah pada kali ini telah menerima sambutan yang menggalakkan dari orang ramai terdiri daripada warga perkhidmatan awam, sektor swasta, pasukan-pasukan beruniform, persatuan-persatuan belia dan sukan, sukarelawan, penduduk mukim dan kampung dan orang persendirian bagi sama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat dalam membantu menyelamatkan nyawa dengan melibatkan diri dalam kempen ini selaku penderma.

Seramai 80 jumlah penderma darah yang mendaftar awal melalui aplikasi Bloodkad dan juga mendaftar secara walk in dan berjaya mengumpulkan sebanyak 63 pain darah melalui Kempen Derma Darah di Daerah Tutong pada hari ini.

Usaha sebegini akan diteruskan lagi di Daerah Temburong pada 22 Oktober 2022 bertempat di Dewan Bukit Retak, Pusat Belia, Bangar. Diharap pada masa akan datang hubungan kerjasama ini akan dapat diteruskan dan menyokong usaha Whole of Nation Approach untuk bersatu bagi menolong masyarakat dalam aktiviti yang bermanfa'at. Selain itu, amalan berkebajikan seumpama ini memberikan banyak faedah kepada penderma dari segi kesihatan dan menggalakkan agar lebih  ramai untuk tampil menderma darah khususnya kepada penderma-penderma baharu.

Attachments
Created at 11/15/2022 9:53 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 11/28/2022 3:37 PM by Info Jabatan Belia Dan Sukan