Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

18.09.2022 | Upacara Menyambut Kepulangan Kontinjen Negara Brunei Darussalam Dari Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, Malaysia

ND5_5236.jpg

ND5_5245.jpg 

ND5_5255.jpg 

ND5_5266.jpg 

ND5_5300.jpg 

ND5_5324.jpg 

ND5_5342.jpg

BERAKAS, Ahad, 21 Safar 1444H/18 September 2022M. – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Pasukan Karate dan Wushu telah kembali ke Negara Brunei Darussalam selepas berada di Kuala Lumpur, Malaysia bagi Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara dan seterusnya mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir sama ialah Yang Mulia Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Atlet sukan Karate negara telah berjaya membawa pulang dua pingat iaitu satu pingat perak bagi acara Kata Individu Wanita melalui Dayang Farhah Syahirah binti Mohamad Shamrin dengan mengutip 24.94 mata dan satu pingat gangsa bagi acara Kata Lelaki Berpasukan yang terdiri daripada Awang Khairul Shafiq bin Khairul Arifin, Awang Muhammad Nazirul bin Haji Johar dan Awangku Ahmad Munib Aiman bin Pengiran Hasimudin selepas menewaskan pasukan Johor dengan kutipan 24.22 mata.​​

Attachments
Created at 10/6/2022 10:37 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 10/6/2022 10:43 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan