Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

13.09.2022 | Upacara Selamat Belayar Rombongan Kedua Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, Malaysia

500_6912.jpg

500_6927.jpg 

500_6954.jpg 

500_6978.jpg 

500_7009.jpg

BERAKAS, Selasa, 16 Safar 1444H/13 September 2022M. - Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022 dijadual berlangsung di sekitar Lembah Klang dan Langkawi pada 16 hingga 24 September 2022.

Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang bertolak ke Kuala Lumpur, Malaysia hari ini dianggotai seramai 20 orang terdiri daripada 13 orang atlet dan 7 orang pegawai termasuk Chef de Mission, Pegawai Urus Setia, Pegawai Perubatan dan Jurulatih.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan seterusnya memberikan kata-kata nasihat kepada kontinjen negara ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir sama ialah Tuan Yang Terutama Dato' Raja Reza bin Raja Zaib Shah, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam serta pegawai-pegawai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kontinjen Negara diketuai oleh Yang Mulia Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, Malaysia.

Edisi kali ini, atlet dan pasukan negara akan menyertai sebanyak lima acara sukan iaitu Akuatik (Renang), Karate, Petanque, Pencak Silat dan Wushu.

Negara Brunei Darussalam mula mengikuti SUKMA pada tahun 1996. Kali terakhir Negara Brunei Darussalam menyertai SUKMA ialah pada tahun 2018 di Negeri Perak.

Rombongan seterusnya akan bertolak ke Kuala Lumpur, Malaysia pada hari Rabu, 14 September 2022.​


Attachments
Created at 10/6/2022 10:06 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 10/6/2022 10:59 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan