Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

09.09.2022 | Kejohanan Futsal Piala Pengarah Belia dan Sukan 2022

ND5_3795.jpg

ND5_3810.jpg 

ND5_3752.jpg 

ND5_3892.jpg 

ND5_3888.jpg 

ND5_3835.jpg 

ND5_3957.jpg 

ND5_3983.jpg 

ND5_4002.jpg

BERAKAS, Jumaat, 12 Safar 1444H/09 September 2022M. – Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Bahagian Prasarana dan Estet telah mengelolakan Kejohanan Futsal Piala Pengarah Belia dan Sukan Tahun 2022 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Hadir menyaksikan perlawanan dan menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kemenangan ialah Yang Mulia Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan.

Perlawanan peringkat akhir Kejohanan Futsal Piala Pengarah Belia dan Sukan telah menyaksikan perlawanan di antara Gabungan Sports Medicine and Research Centre dan Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan menentang Bahagian Prasarana dan Estet 'A'. Turut bertanding bagi mendapat tempat ketiga dan keempat ialah JBS Temburong menentang Bahagian Prasarana dan Estet 'B'.

Objektif kejohanan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturahim diantara pegawai dan kakitangan jabatan disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas selain menghidupkan kembali kejohanan tersebut setelah terhenti sejak tahun 2019 serta memberikan peluang untuk memilih pemain-pemain yang berpotensi untuk mewakili Jabatan Belia dan Sukan bagi persiapan ke kejohanan futsal dimasa-masa akan datang.

Sebanyak enam pasukan telah menyertai kejohanan ini iaitu Gabungan Sports Medicine and Research Centre dan Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan, JBS Tutong, JBS Temburong, Bahagian Sukan, Bahagian Prasarana dan Estet 'A' dan Bahagian Prasarana dan Estet 'B'.

Pasukan Gabungan Sports Medicine and Research Centre dan Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan muncul juara dalam kejohanan tersebut dengan mengalahkan pasukan Bahagian Prasarana dan Estet 'A' dengan kemenangan 2 - 1.​

Attachments
Created at 10/6/2022 9:55 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan
Last modified at 10/6/2022 11:05 AM by Info Jabatan Belia Dan Sukan