Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

13.08.2020 | Majlis Doa Kesyukuran bagi Penaiktarafan Fasiliti Pusat Belia Bandar Seri Begawan dan Pelancaran Pejabat Majlis Belia Brunei

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

MENGENAI

MAJLIS DOA KESYUKURAN BAGI PENAIKTARAFAN FASILITI PUSAT BELIA BANDAR SERI BEGAWAN

DAN PELANCARAN PEJABAT MAJLIS BELIA BRUNEI


pb_opening.jpg

pb_opening2.jpg

pb_opening3.jpg

pb_opening4.jpg

pb_opening5.jpg

pb_opening7.jpg

pb_opening8.jpg


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 Ogos. – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Bagi Penaiktarafan Fasiliti Pusat Belia Bandar Seri Begawan dan Pelancaran Pejabat Majlis Belia Brunei.

 

Hadir ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat.

 

Turut hadir ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Sabli bin Haji Arshad, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, Yang Berhormat Awang Haji Mohimin bin Haji Johari dan Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu; Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) KKBS; Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) KKBS; pegawai-pegawai kanan KKBS serta pergerakan dan persatuan-persatuan belia.

 

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat diketuai oleh Yang Mulia Haji Abdul Mateen Bolkini bin Awang Haji Ahmad, Timbalan Setiausaha Agong Tertinggi Majlis Belia Brunei, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) KKBS dan tetamu kehormat seterusnya menyaksikan Galeri Pameran di Dewan Silaturahim. Tetamu kehormat seterusnya melancarkan Pejabat Majlis Belia Brunei, Sistem Tempahan 'BOOKSys' dan Program Memperkasa Keusahawanan Belia (YEEP) yang dikendalikan oleh Majlis Belia Brunei. Tetamu kehormat turut membuat lawatan Penaiktarafan Fasiliti Bilik Sindiket. Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu Asar Berjemaah yang diimamkan oleh Muhammad Yadiy bin Haji Mat Yassin.

 

Penaiktarafan fasiliti dan kemudahan di Pusat Belia Bandar Seri Begawan merupakan salah sebuah projek Jabatan Belia dan Sukan dalam perancangan Penjenamaan Semula (Rebranding) Pusat Belia. Projek menaiktaraf infrastruktur mengikut peredaran semasa untuk terus menyokong pergerakan belia dalam sama-sama memajukan Negara Brunei Darussalam. Projek kali ini iaitu penaiktarafan Dewan Silaturahim, surau, bilik sindiket dan Pejabat Majlis Belia Brunei adalah kesinambungan daripada penaiktarafan Asrama Pusat Belia, Ruang Belia Kitani dan Shared Kitchen yang telah dibukakan semula penggunaannya.

 

Antara lain tujuan penaiktarafan tersebut adalah untuk memberigakan kepada orang ramai terutama pertubuhan-pertubuhan belia, persatuan, kelab dan alumni program-program belia serta untuk dijadikan ruang galeri pameran, tempat berforum, kegiatan keagamaan mahu pun majlis-majlis rasmi.


#   #   #

 

Disediakan oleh:

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

23 Zulhijjah 1441/13 Ogos 2020


Attachments
Created at 8/15/2020 3:50 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 8/15/2020 3:53 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar