Dengan
ini dimaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan kaunter di
Jabatan-Jabatan dibawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan ditutup buat sementara waktu mulai hari Selasa, 24 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Walaubagaimana pun, kaunter-kaunter perkhidmatan JAPEM untuk Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong mengambil wang-wang pencen, elaun dan bantuan kebajikan bulanan akan dibuka pada 28 Mac 2020.
Kerjasama
dan pertimbangan daripada orang ramai adalah sangat diharapkan dan
sebarang kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali dan Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan memohon maaf atas perkara ini.