Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

15.02.2020 | Fiesta Belia Belait perkenalkan MINDA Youth Movement

MINDA Youth Movement dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Cawangan Daerah Belait dan Da'im Event Management Services di atas sokongan daripada Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan buat julung kalinya menganjurkan "Fiesta Belia Belait" yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Jabatan Belia dan Sukan, Daerah Belait.


Pelancaran fiesta tersebut disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku Tetamu Kehormat Majlis.

 

Antara objektif Fiesta Belia Belait diadakan adalah untuk memperkenalkan MINDA Youth Movement kepada masyarakat tentang kewujudan agensi tersebut dalam membantu para belia di Daerah Belait untuk tampil bergiat aktif sejajar dengan hasrat kerajaan.

 

Di samping itu, memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana tempatan berkecimpung dalam bidang keusahawanan di samping meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Sebanyak 40 petak disediakan bagi pengusaha-pengusaha yang menjual pelbagai jenis barangan terdiri dari pakaian,aksesori, makanan dan sebagainya.

 

Para peniaga terdiri daripada mereka yang tinggal di Daerah Belait dan juga dari daerah-daerah lain.

 

Fiesta tersebut dianjurkan selama dua hari berturut-turut bermula hari ini yang dibukakan dari jam 4.30 petang hingga 10:00 malam dan esok, bermula jam 8:00 pagi hingga 8:00 malam.

 

Di sepanjang fiesta ini dijalankan, pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan lagi suasana fiesta tersebut. 


Sumber: Pelita Brunei 


Attachments
Created at 2/18/2020 10:41 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 2/20/2020 4:10 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar