Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

14.02.2020 | Sertailah Larian Hari Kebangsaan Ke-36

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan menganjurkan Larian Hari Kebangsaan Ke-36 Tahun 2020 di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada hari Ahad, 29 Mac 2020 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-36, Tahun 2020.

 

Sebanyak empat kategori pertandingan disediakan iaitu Kategori Terbuka Lelaki; Kategori Terbuka Wanita; Kategori Veteran Lelaki 45 Tahun ke atas (lahir tahun 1975 ke bawah); dan Kategori Veteran Wanita 45 Tahun ke atas (lahir tahun 1975 ke bawah) semua dengan jarak 10 kilometer (km). Manakala Kategori Fun Run Terbuka pula sejauh 4km.


Acara larian ini dibukakan penyertaannya kepada semua rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam serta warganegara asing yang memegang kad pintar berwarna ungu dan hijau yang bekerja dan bermastautin di negara ini. Yuran penyertaan adalah BND15 setiap seorang dan setiap peserta hanya dibenarkan menyertai satu kategori sahaja.


Pendaftaran larian akan mula dibukakan pada hari Sabtu, 15 Februari hingga 7 Mac 2020 pada hari dan waktu bekerja sahaja bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang. Borang penyertaan boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Jabatan Belia dan Sukan di www.belia-sukan.gov.bn dan juga boleh didapati di Stadium Negara Hassanal Bolkiah (SNHB), Berakas dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) cawangan daerah-daerah.

 

Borang yang lengkap diisi berserta yuran pendaftaran hendaklah dikembalikan tidak lewat 7 Mac 2020 sebelum pukul 3.30 petang di SNHB, Berakas dan cawangan JBS di daerah-daerah pada hari dan waktu bekerja sahaja.

 

Sementara pengambilan baju-T dan nombor bib bagi larian tersebut akan diadakan pada 25 dan 26 Mac 2020 pukul 9.00 pagi hingga 3.30 petang bertempat di SNHB, Berakas; Kompleks Sukan Mumong; Kompleks Sukan Tutong; dan Kompleks Sukan Temburong.

 

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut, sila hubungi Urus Setia Larian Hari Kebangsaan Ke-36, Bahagian Sukan, JBS ditalian 2382911/2381914 sambungan 1616/1632; 3335582 bagi JBS Cawangan Daerah Belait; 4260118 bagi JBS Cawangan Daerah Tutong dan 5221718 bagi JBS Cawangan Daerah Temburong atau layari laman web www.belia-sukan.gov.bn.


Sumber: Pelita Brunei


Attachments
Created at 2/18/2020 10:37 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 2/18/2020 10:37 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar