Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

15.12.2019 | ‘City Clean Up’ sahut seruan kerajaan kekal persekitaran bersih

Kumpulan MINDA Youth Movement dengan kolaborasi bersama Jabatan Belia dan Sukan, Daerah Belait dan Green Depot mengadakan acara 'City Clean Up' iaitu kempen kebersihan di sekitar kawasan Pekan Belait.


Kempen yang bermula seawal jam 7.30 pagi tadi diadakan sempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa dan Kempen 'Day of Action'.


Aktiviti kebersihan ini merangkumi seluas 2 kilometer di Dewan Serbaguna, Jalan Bunga Rambai, Daerah Belait.

 

Acara dimulakan dengan perasmian yang disempurnakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanafi bin Mohd. Siput selaku Ketua Kampung Labi 1.


Turut menyertai kempen 'City Clean Up' tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud dan juga Ketua Cawangan Jabatan Belia dan Sukan, Awang Md. Shahjohan bin Haji Shari.


Seramai 40 sukarelawan menyertai kempen berkenaan.


Antara objektif kempen diadakan adalah sebagai menyahut seruan kerajaan dalam mengekalkan persekitaran yang bersih, memberi kesedaran kepada orang awam terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan meningkatkan penglibatan belia dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarelawan.


Sumber: Pelita Brunei

Attachments
Created at 12/17/2019 10:31 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 12/18/2019 8:48 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli