Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

08.09.2019 | Belia berpeluang pamerkan kreativiti dan inovasi

01 01.jpg

02 02.jpg

03 03.jpg

04 4.jpg

05 05.jpg

Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 yang bermula dan berakhir bertujuan untuk memberikan peluang dan kesedaran kepada para belia dalam aspek kekeluargaan dengan memfokuskan kepada pengukuhan institusi keluarga serta perubahan 'mindset' yang lebih positif.


Dengan tema 'Belia Ceria Keluarga Bahagia', riadah tersebut diisikan dengan aktiviti yang dibahagikan kepada dua zon yang dikendalikan oleh agensi kerajaan, swasta, persatuan-persatuan dan kelab-kelab belia dan sukan serta pihak-pihak yang berkaitan iaitu Zon Kreativiti dan Inovasi; dan Zon Sukan Ria dan Keluarga.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan paduka-paduka anakanda baginda berkenan berangkat bagi menyaksikan aktiviti sempena riadah tersebut yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di sini.


Zon Kreativiti dan Inovasi menumpukan kepada aktiviti-aktiviti belia dalam bentuk industri kreatif serta belia-belia yang bergiat aktif di dalam bidang teknologi.


Zon ini menampilkan, pameran dari Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) dengan aktiviti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, pengenalan asas motosikal dan lain-lain lagi; Alumni PBCTA; YEP-Cohort4 menampilkan pameran ActFast Project; Malam Minggu Pusat Belia (MMPB) dengan aktiviti Festival Jualan MMPB; Sekolah Menengah Chung Hwa dengan Belon Dart dan Timbak Laju-laju; Pusat Pembangunan Belia menampilkan aktiviti Pertandingan Teh Tarik, Pertandingan Mengukir Buah dan Jualan Produk Pusat Pembangunan Belia; Hyperdrive Hobby dengan Perlumbaan 'Mini Drone'; Kumpulan Meraih Berkah memaparkan Pameran Keusahawanan, Projek Anak-anak Yatim dan Kenali Bahasa Arab; Darussalam Asset dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mempamerkan produk-produk dari 1K1P; Arena Shooting Paintball dengan aktiviti kekeluargaan seperti Cabaran Satu Keluarga dan 'Shooting Range'; UnderArmour dengan cabaran ketahanan; Chinese Chamber of Commerce pula menampilkan persembahan Komuniti China dan pertunjukan Wushu dan Taichi.


Juga menyertai aktiviti dalam zon ini ialah Pertubuhan Fotografi Negara Brunei Darussalam dengan mempamerkan Galeri Riadah Berbasikal dari Lensa Kamera; Pameran Persatuan Bulan Sabit Merah; Pameran Demensia BN; Happy Harun dengan mempamerkan 'Tarbiyah on Wheels', sebuah kelas Islamik bergerak yang pertama diadakan di negara ini yang diasaskan oleh Dr. Hajah Mona Yati binti Dato Seri Laila Jasa Haji Mohd Kassim; Doodles And Colours; A SustainaBRU Project dengan aktiviti kuiz, permainan 'Zero Waste'; MMPB mempamerkan pameran Kereta Klasik Bettle; Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya dengan mempamerkan rakaman Mesej Keselamatan daripada orang ramai dan selebriti tempatan dan memperlihatkan penggunaan 'Child Seat'; Pameran Kewangan dari Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD).


Sementara itu, Zon Sukan Ria dan Keluarga menumpukan kepada aktiviti-aktiviti sukan (sukan tradisi dan ria) termasuk aktiviti-aktiviti bagi kanak-kanak dan keluarga.


Zon ini menampilkan La Vida dan Special Olympics Brunei Darussalam mengadakan aktiviti Golf, 'Craft Stamping Station Zone'; Babeland Trading Company dengan sesi demonstrasi dan aktiviti kanak-kanak; aktiviti memanah dari Kelab Memanah Seri Begawan; TelBru menampilkan Cabaran 'Blindfold', Perlumbaan Telur, 'Dress up with Dad', 'Family Feud' dan meneka benda dalam kotak; School of Thought mengadakan Giant Boggle (Padang) bagi orang ramai; Bike Doctor BN pula mempamerkan kesedaran 'Basic Hand Signal', mewarna bagi kanak-kanak; Persekutuan Pengakap Brunei Darussalam dengan aktiviti Ikatan Berganti-ganti, Puzzle, Melukis Muka dan sebagainya; Persatuan KACA dengan kerjasama Persatuan SCOT dengan aktiviti membaling sasaran, mengisi air dalam botol dengan span, Mencari gula-gula dalam bakul, Memancing ikan dalam baldi dan lain-lain.


Biro Kawalan Narkotik dengan aktiviti Interaktif 'Snake and Ladders'; dan Tabung Amanah Islam Brunei dan Insuran TAIB mengadakan aktiviti 'Giant Jenga dan Boling', Perlawanan Tarik Kalat, 'Dress Up Relay' dan Permainan Relay Belon.


Dalam temu bual Pelita Brunei bersama Presiden Persatuan Helang Brunei, Awang Muhd Fahmi bin Haji Manan menjelaskan, antara tujuan Pameran Burung Helang adalah bagi mempamerkan dan memperkenalkan pelbagai spesies burung-burung helang tempatan yang terdapat di negara ini kepada orang ramai.


Menerusi pameran ini, katanya, orang ramai berkesempatan untuk bermain, bergambar dengan burung-burung helang yang telah dilatih dan jinak ini.


Persatuan tersebut jelasnya ditubuhkan pada tahun 2015 dengan keahlian setakat ini seramai 40 orang dan ia adalah dikhaskan bagi penggemar-penggemar burung helang.











Sumber : Pelita Brunei

Attachments
Created at 9/9/2019 3:06 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 9/9/2019 3:06 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli