​Sebanyak
tujuh kategori dipertandingkan pada Kejohanan Wushu Remaja Asia Ke-10
yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal
Bolkiah, Berakas.
Pada
kejohanan berkenaan, pingat emas dimenangi oleh Republik Rakyat China,
Hao Zhang setelah berjaya mengutip 9.40 mata dalam Kategori Changquan
Remaja Lelaki manakala pingat perak dimenangi oleh peserta dari Republik
Filipina, Sandrex Gainsan dengan 9.34 mata dan pingat gangsa diraih
oleh peserta Malaysia, Muhammad Danish Aizad bin Mohd Firdaus Chua
dengan 9.33 mata.
Sementara
dalam Kategori Taijiquan Remaja Perempuan, pingat emas dirangkul oleh
peserta dari China, Jinke Ren dengan mengutip 9.40 mata diikuti pingat
perak oleh peserta dari Jepun, Koju Mori dengan 9.33 mata manakala
pingat gangsa diraih oleh peserta dari Republik Singapura, Zoe Tan Ziyi
dengan 9.32 mata.
Berkenan
berangkat menyaksikan beberapa acara pada kejohanan berkenaan ialah
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja
Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik
Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC).
Juga
berangkat, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Aliiyah Amalul Bulqiah binti
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja
Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah.
Sementara
itu, Qiquan DU dari China berjaya membawa pulang pingat emas dalam
Kategori Boy's Nandao Youth dengan mengumpul 9.61 mata, Ali Shokravi
dari Iran dengan 9.47 mata membawa pulang pingat perak dan pingat gangsa
diraih oleh Lok Man Ngan dari Hong Kong dengan 9.47 mata.
Dalam
Kategori Girl's Nandao Youth, pingat emas direbut oleh Qi Zhou dari
China dengan 9.60 mata, pingat perak diraih oleh Sam In Wong dari Macau
dengan 9.46 mata sementara Po Yan Lau dari Hong Kong meraih pingat
gangsa dengan 9.43 mata.
Bagi
Kategori Boy's Jianshu Youth, Jiawen Zhang dari China membawa pulang
pingat emas dengan memperoleh 9.61 mata, pingat perak pula disandang
oleh Ka Hou Chin dari Macau dengan 9.52 mata dan pingat gangsa diraih
oleh Shin Peng Si dari Malaysia dengan 9.51 mata.
Atlet
dari Macau, Hou Cheong Cai pula berjaya memungut pingat emas bagi
Kategori Boy's Gunshu Children dengan 9.14 mata diikuti pingat perak
dimenangi oleh Caleb Ng Bin Rong dari Republik Singapura dengan 9.12
mata dan Cheuk Yin Yeung dari Hong Kong memperoleh pingat gangsa dengan
9.07 mata.
Pingat
emas dalam Kategori Girl's Gunshu Children dirangkul oleh Ut Leng
Cheung dari Macau dengan 9.10 mata, Setayesh Takfallah dari Iran dengan
9.09 mata membawa pulang pingat perak sementara peserta dari Malaysia,
Jia Ye Lee dan Hong Kong Long Yi Candice Kung masing-masing memperoleh
pingat gangsa dengan 9.05 mata.
Hadir
menyampaikan pingat kepada para pemenang ialah Duta Besar Istimewa dan
Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang
Terutama Yu Hong dan Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Dayang
Mariam binti Ulat.
Kejohanan
Wushu tersebut yang diadakan pada 19 hingga 24 Ogos 2019 itu, disertai
oleh 19 buah negara, iaitu Negara Brunei Darussalam; Republik Raykat
China; Hong Kong, China; India; Filipina; Indonesia; Iran; Jepun;
Jordan; Kazakhstan; Korea; Kyrgyzstan; Lebanon; Macau, China; Malaysia;
Singapura; Sri Lanka; Chinese Taipei dan Viet Nam dengan penyertaan 265
atlet yang akan bertanding dalam acara Sanda dan Taolu.
Kejohanan dianjurkan oleh Persekutuan Wushu Brunei Darussalam (WUFBD) dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Orang
ramai adalah dialu-alukan untuk menyaksikan kejohanan tersebut bermula
jam 9.00 hingga 11.30 pagi; 2.30 hingga 5.00 petang dan 7.00 hingga 9.00
malam. Masuk adalah percuma di sepanjang kejohanan.
Sumber : Pelita Brunei