​Jualan
Kuih Muih Belia merupakan aktiviti jualan yang sangat dinantikan oleh
pembeli dan juga penjual menjelang Hari Raya Aidilfitri setiap tahun.
Biro
Keusahawanan, Kelab Komuniti Belia Transformasi (KBBT) untuk kali
keduanya diamanahkan untuk menguruskan jualan-jualan yang berlangsung
dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Dewan Riadah, Pusat Belia.
Sehubungan
itu, majlis pelancarannya telah diadakan hari ini yang disempurnakan
oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan (KKBS), Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.
Tahun
ini merupakan kali ke-16 Pusat Belia Bandar Seri Begawan mengadakan
aktiviti jualan tersebut yang merupakan kesinambungan program membuat
kek dan pastri (biskut), Akademi Masakan Belia, yang dibukakan kepada
belia-belia berumur 15 hingga 35 tahun di bawah naungan pusat tersebut.
Aktiviti
seumpamanya bertujuan untuk menggalakkan belia-belia yang mengikuti
Akademi Masakan Belia untuk terus berusaha dalam meningkatkan kemahiran
dan menjana ekonomi masing-masing, di samping melibatkan para belia
untuk menceburi bidang keusahawanan.
Di
samping, mendedahkan para belia dalam pengurusan sesebuah perniagaan
secara bersistem dan memanfaatkan kemahiran internet untuk menarik lebih
ramai pengunjung datang ke Pusat Belia.
Aktiviti
jualan tersebut disertai oleh bekas pelajar-pelajar Akademi Masakan
Belia; Belia Berniaga; Majlis Wanita Brunei (WI); Jabatan Penjara; Pusat
Da'wah Islamiah; dan Alumni Program-Program Anjuran Jabatan Belia dan
Sukan, dan akan berakhir pada 29 atau 30 Ramadan 1440 Hijrah.