Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

03.05.2019 | Sukan Arafura 2019 : Berpeluang raih pingat gangsa

​Pasukan Bola Jaring Brunei Darussalam hanya mampu ke pusingan penentuan pingat gangsa apabila tewas kepada Fiji 90 - 16 pada saingan separuh akhir petang tadi.


Pada perlawanan penentuan pingat gangsa esok, skuad bola jaring negara akan menentang  Pints NT pada jam 10.30 pagi waktu Darwin.


Sebelumnya, perlawanan separuh akhir skuad negara berjaya menewaskan Pasukan SAASTA Black pada dua  peringkat berturut-turut kelmarin pada Sukan Arafura 2019, yang berlangsung di Netball Stadium, Darwin.


Berangkat menyertai pasukan negara, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah selaku Kapten Pasukan.

Attachments
Created at 5/4/2019 1:39 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 5/15/2019 10:44 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli