Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

28.04.2019 | Sukan Arafura 2019 : Negara Tuai Emas dan Gangsa

​Kontinjen negara berjaya mengutip satu pingat emas dan satu pingat gangsa dalam Sukan Arafura 2019 yang berlangsung di Arafura Stadium, Darwin, di sini.

 

Pingat emas pertama negara berjaya dikutip oleh Hirdan Haji Abdul Kadir melalui acara Men Open Shot Put Seated Wheel Chair, dengan catatan 23.22 meter pada perlawanan akhir yang diadakan malam tadi.

 

Hirdan Haji Abdul Kadir juga berjaya membawa pulang satu pingat gangsa melalui acara Men Open Javelin Seated Wheel Chair, dengan catatan 8.43 meter.

 

Penyampaian hadiah-hadiah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Canberra, Australia, Tuan Yang Terutama Haji Zakaria bin Haji Ahmad.

 

Pada Sukan Arafura 2019, kontinjen negara menyertai sebanyak tiga acara sukan, iaitu bola jaring dan renang, termasuk olahraga bagi atlet para.

Attachments
Created at 5/2/2019 4:02 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 5/4/2019 11:51 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli