Lima
pemain skuasy dari Negara Brunei Darussalam telah berlepas ke Manila,
Filipina, kelmarin untuk bertanding dalam Kejohanan Piala Skuasy SEA
Ke-5 2019. Pertandingan itu akan diadakan di Kerry Sports, Shangri La
The Fort bermula pada 9 hingga 13 April 2019.
Atlet-atlet
negara iaitu Abang Md. Huzairie bin Abang Md. Ali, Haji Md. Saiful
Rizal bin Haji Md. Ali, Pengiran Md. Khairul Amir bin Pengiran Md. Alam,
Hamidah binti Haji Ismail and Pengiran Amal Najwana binti Pengiran Haji
Ali.
Kontinjen Brunei juga disertai jurulatih pasukan, Pengiran Md. Hasnan bin Pengiran Anak Haji Rozanan.
Pada
Kejohanan Piala Skuasy SEA Ke-5, atlet negara akan bersaing dengan
pemain skuasy profesional dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand
dan negara tuan rumah Filipina. Mereka akan bertanding dalam tiga
kategori iaitu Perseorangan lelaki, Perseorangan Wanita dan Pasukan
Campuran.
Penyertaan
kali ini diharap dapat memberi lebih banyak pendedahan dan
mempersiapkan mereka untuk Sukan SEA akan datang di Manila pada bulan
November tahun ini.
Para pemain disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan dan rakan kongsi rasmi, Sport Finesse.
Hadir
di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat
belayar ialah Presiden Persatuan Raket Skuasy Brunei (BSRA), Haji Abdul
Mateen bin OKML Haji Md. Yusuf; Pegawai Tugas-Tugas Khas, Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Haji Mohamad Azlan bin Pengiran
Haji Tengah Omar dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif BSRA, Pengiran Haji
Tajuddin bin Pengiran Haji Adi.
Sumber : Pelita Brunei Online