Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

24.03.2019 | Memperkasa kepimpinan belia

Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Latihan Kemahiran LESTARI Ke-19 di Perkampungan Sukan, Berakas bermula dari 21 Mac lalu hingga hari ini.

 

Program LESTARI adalah satu program latihan yang diadakan selama empat hari tiga malam dengan gabungan aktiviti dalaman dan luaran yang mencabar para peserta dari segi keupayaan emosi, fizikal dan rohani.

 

Pada program kali ini, lebih 30 belia yang berusia antara 16 hingga 26 tahun menyertai program tersebut.

 

Program diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian sijil kepada para peserta itu disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku tetamu kehormat.

 

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Yang Di-Pertua Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad.

 

Dengan menggabungkan pelbagai latihan praktikal yang diperolehi dari dalam dan luar negara, LESTARI menyesuaikan isi latihan dengan sosio-budaya tempatan dalam penyampaiannya dengan menggunakan muzik, bercerita, 'audio visual', aktiviti interaktif dan permainan.

 

Para peserta LESTARI kali ini menamakan kumpulan mereka sebagai 'Usrah 33' yang bermaksud keluarga dalam Bahasa Arab.

 

Latihan dijalankan oleh belia-belia tempatan dari anggota Brunei Darussalam AIDS Council Life Skills Graduates (BLISS) di mana matlamat utama mereka adalah untuk memperkasakan belia dan kepimpinan.

 

Objektif utama program adalah untuk mendidik para peserta dengan kemahiran hidup dalam persekitaran interaktif selain menggalakkan para belia untuk bertanggungjawab ke atas diri mereka sendiri, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

 

Di samping itu, ia membantu para peserta belajar dan memperolehi peluang untuk menggunakan potensi mereka sepenuhnya.

 

Program juga memberi penekanan kepada kemahiran hidup dan nilai-nilai untuk diterapkan kepada para peserta.

 

Selain itu, latihan dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran tentang HIV / AIDS dalam mensasarkan jangkitan sifar di Brunei.


Sumber : Pelita Brunei - Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Azmah Haji Ahad


Attachments
Created at 3/26/2019 2:14 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 3/26/2019 2:14 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli